Wednesday, July 16, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 16/07/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Proses pencarian dan menanya khabar kawan2 yang masih tidak dihubungi masih berjalan berterusan. Diharap kita dapat menghubungi sebahagian dari mereka sebelum tiba hari majlis reunion nanti. Kalau boleh jangan ada yang ketinggalan. Manakala yang sudah sedia ini WAJIB hadir dalam majlis itu nanti.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah berbuat sekarang.

Perkembangan lain ialah mengenai pelancaran Koperasi Alumni IKM dan KKTM Malaysia yang terbuka kepada semua bekas pelatih IKM seluruh negara. Bersama ini diserta kan borang keahlian Koperasi tersebut. Segala pertanyaan yang berkaitan atau faedah2nya boleh terus menghubungi pihak koperasi. Diharap kawan2 semua tidak ketinggalan mendaftarkan diri. Borang yang disertakan ini dalam format PDF dan boleh di buka dengan Adobe Acrobat atau Acrobat Reader. Bagi yang tidak ada program ini.boleh di download dengan percuma di internet. (Borang dan dokumen yang berkaitan dengan Koperasi Alumni IKM tidak di sertakan disini tetapi telah di hantar melalui email masing masing)

Sementara itu baru baru saya telah bertemu dengan seorang sahabat kita, Puan Ramlah atau Emi dari LRB, di KL yang kebetulan datang untuk menghadiri majlis menanda tangani novel nukilan beliau bersama2 peminatnya2. Novel tersebut, yang berjodol “Rindu Berbisik” dengan nama penanya Indah Hairani dan diterbitkan oleh DBP. (Bukan senang nak dapat pengiktirafan DBP…..) Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penggiat2 seni sastera negara yang terkenal.

Beliau juga akan mengeluarkan novel terbaru beliau tidak lama lagi

Cover novel “Rindu Berbisik”

Kawan2 yang mempunyai idea atau ada kisah hidup masing2 yang mahu dinovelkan, boleh lah menghubungi Emi untuk digarapkan. Novel ini boleh didapati di kedai2 buku ternama atau boleh order terus dengan Emi dengan email terus kepada beliau.

(Saya teringat masa belajar kat IKM dulu, kat dalam kelas LJM pantang ada ayat ayat sastera atau sajak2, terus kena kondem dengan Encik Hamid……….)

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Sunday, July 13, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 07/07/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sehingga kehari ini dari tarikh terakhir email yang lalu, saya tidak menerima sebarang kemasukan nama nama yang baru. Walaubagaimana pun usaha merisik masih terus dijalankan. Diharap semua kawan2 sedia ada sama2 mengesan kawan2 kita yang masih tidak dapat ditemui.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah dibuat sekarang.

Perkembangan lain pula ialah Saudara Shahidan LRB telah menukar email nya kepada dantoo65@yahoo.com dan saudara Karim LSB pula telah memberi email untuk memudahkan dihubungi iaitu carrim2rimila@yahoo.com.my. Diharap kawan2 semua meng update kan email address masing2.

Bersama ini pula disiarkan beberapa keping gambar yang dipetik semasa kenduri kahwin di rumah Ustadz Nahrawi untuk tatapan semua.


Gambar kerumah Ustaz

Pengantin lelaki tu anak ustaz. Pengantin perempuan tu menantu ustaz, yang kiri kanan tu besan ustaz….

Bersalam dengan ustaz. Kuat punya genggaman tu………

Ole ole dari ustaz


Tukar2 no hp dan menyatakan hasrat menjemput ustaz ke majlis reunion kita……..

Selamat tinggal ustaz, nanti jumpa lagi…………….

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com