Sunday, November 9, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 31/10/2008

Assalamualaikum kawan2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan semua.

Pencarian kawan2 bekas pelatih IKM kita masih berjalan seperti biasa. Beberapa nama lagi dijangka akan bertambah sebelum bermulanya majlis reunion kita yang hanya akan berlangsung kira kira sebulan lebih sahaja lagi sekarang. Diharap kawan2 semua ada ini dapat mengesan saki baki kawan2 kita yang lain itu yang dalam lingkungan 10 hingga 20 orang lagi.

Lanjutan dari majlis perjumpaan sempena hari raya yang lalu, satu resolusi antara yang hadir telah dicapai iaitu diharap bersama sama berkempen sesama ahli yang ada untuk memastikan kehadiran maksima seramai yang boleh. Diharap proses ini berjalan lancar. Saya sendiri akan memastikan dapat menghubungi setiap seorang dari ahli ahli kita yang sedia ada ini sama ada mereka dapat hadir atau tidak nanti. Ini ada lah penting untuk proses penyediaan makanan dan persiapan lainnya.

Mengenai bayaran kemajlis ini, bayaran boleh dibuat bila bila masa sahaja termasuk pada hari reunion nanti. Bajet untuk menjayakan majlis tersebut telah pun ada dengan di sponsor oleh beberapa pihak lain. Mengenai hal ini diharap kawan2 tidak perlu risau.

Pada hari selasa 28/10/2008 yang lalu, satu mesyuarat perlantikan AJK perlaksanaan majlis dan seterusnya menyusun aturcara pada majlis kita nanti telah pun diadakan. 7 orang ahli dari sekitar KL yang komited telah hadir. Mesyuarat berlangsung dari pukul 9.00 mlm dan berakhir ke hampir 12.00 malam di restoran Nur Islah. Butiran lanjut mengenai AJK dan aturcara majlis akan disiarkan pada email akan datang. Sesiapa yang tidak hadir juga akan dilantik bersesuaian dengan tugas dan pengalaman masing2.

Pada minggu berikutnya kita dijangka akan mengadakan satu lagi mensuarat bersama pihak KKTM (IKM) untuk memperkemaskan perjalanan majlis itu nanti.

Jemputan khas kepada bekas2 tenaga pengajar dan pihak2 tertentu akan dilakukan sebaik saja selesai mesyuarat itu nanti.

Selepas itu saya akan mengeluarkan nama2 kawan2 yang komited untuk hadir menjayakan majlis itu nanti

Seorang sahabat kita, Ruby telah menukarkan emailnya kepada robiahsulaiman@yahoo.com. Diharap kawan2 dapat update
email address masing2.

Sekali lagi dimaklumkan, Majlis reunion ini bukanlah majlis orang lain. Ianya dirancang dan diadakan khusus untuk kita iaitu untuk bekas pelatih IKM PJ 85/86. Tidak kira siapa kita. Kalau bukan kita yang akan hadir, pada siapa kah lagi yang kita harapkan????. Selepas ini, tidak tahu bila lagi kita ada peluang untuk berjumpa selepas lebih 20 tahun terpisah.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com