Assalamualaikum kawan2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan semua.
Akhirnya saat dan tarikh yang sangat2 dinantikan itu sudah pun berlalu. Segalanya telah pun selesai. 30 orang bekas pelatih IKM PJ telah hadir disamping 6 orang bekas tenaga pengajar dikuti dengan beberapa orang kakitangan KKTM dan petugas2. Jika di campur bersama semua ahli keluarga yang ikut sama, jumlah keseluruhan yang hadir pada hari itu ialah sekitar 150 – 180 orang. Terharu dengan kawan2 datang dari pantai timur, utara dan selatan, memandu dari jauh atau menaiki bas.
Ramai bekas2 pelatih yang telah confirm untuk datang termasuk yang telah membuat pembayaran tetapi terpaksa menark diri disaat saat akhir atas sebab2 tersendiri yang tidak dapat dielakan. Jumlah kutipan dari bayaran ialah sebanyak RM 1970.00. (sehingga saat ini audit sebenar tidak dapat dibuat kerana senarai yang hadir dan bayaran masih berada ditangan AJK Pendaftaran).
Senarai yang hadir rasanya tidak perlu saya senaraikan memadai dengan melihat gambar mereka mengikut kursus masing2.
Hingga ke hari terakhir kita telah berjaya mengumpul 73 orang nama yang dapat dihubungi. Yang paling terakhir ialah saudara Tengku Hadi dari LJB.
Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Gambar yang lainnya akan diupload ke sesuatu website nanti dan linknya akan diemailkan seperti biasa.

Bekas pelatih mengambil kesempatan bergambar dengan Ustaz Nahrawi. Semuanya ceria sebab ustaz dah cakap, kalau nak pasang dua, jumpa dia.
Encik Ibrahim dan Encik Azman bersama bekas murid kesayangan nya (agak nye le….)

Sesi bergambar. Geng2 LSB dengan Encik Khalid dan Encik Kamal (Maaf mutu gambar kurang memuaskan)

Geng2 LRB (Encik Kamil tak dapat datang)
Souvenir
Dibawah ini ialah gambar souvenir yang dihadiahkan kepada semua ahli yang hadir termasuk bekas tenaga pengajar dan kakitangan KKTM. Ianya ditempah khas untuk dimiliki oleh semua bekas pelatih IKM PJ sesi 85/86 sama ada hadir atau pun tidak. Ianya merupakan sekeping pinggan ceramik berwarna putih yang bercetak logo IKM PJ dan tulisan dan ucapan mengenai majlis reunion kita yang datang bersama stand plastik, kotak dan beg kertas. Ianya tidak dijual dimana2 dan anda tidak akan mendapati tempat lain. Yang paling penting ialah ianya tercipta sememangnya untuk dimiliki oleh anda. Orang lain yang tidak ada kena mengena tidak tahu tentangnya. Harganya ialah RM16.00 merupakan harga kilang disamping harga beg itu RM 1.00. Jika tuan/puan ingin memilikinya boleh lah memesan dengan saya selagi stok masih ada dengan konsep siapa cepat dia dapat. Belanja pos tidak termasuk dan saya tidak menggalakkan ianya di pos kerana dikhuatirkan pecah dan seeloknya dikirimkan by-hand. Kepada kawan yang telah membayar tetapi tidak dapat hadir akan diberikan dengan percuma.
Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih
Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com