Tuesday, December 16, 2008

Kemuncak Majlis Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 - 01

Assalamualaikum kawan2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan semua.

Akhirnya saat dan tarikh yang sangat2 dinantikan itu sudah pun berlalu. Segalanya telah pun selesai. 30 orang bekas pelatih IKM PJ telah hadir disamping 6 orang bekas tenaga pengajar dikuti dengan beberapa orang kakitangan KKTM dan petugas2. Jika di campur bersama semua ahli keluarga yang ikut sama, jumlah keseluruhan yang hadir pada hari itu ialah sekitar 150 – 180 orang. Terharu dengan kawan2 datang dari pantai timur, utara dan selatan, memandu dari jauh atau menaiki bas.

Ramai bekas2 pelatih yang telah confirm untuk datang termasuk yang telah membuat pembayaran tetapi terpaksa menark diri disaat saat akhir atas sebab2 tersendiri yang tidak dapat dielakan. Jumlah kutipan dari bayaran ialah sebanyak RM 1970.00. (sehingga saat ini audit sebenar tidak dapat dibuat kerana senarai yang hadir dan bayaran masih berada ditangan AJK Pendaftaran).

Senarai yang hadir rasanya tidak perlu saya senaraikan memadai dengan melihat gambar mereka mengikut kursus masing2.

Hingga ke hari terakhir kita telah berjaya mengumpul 73 orang nama yang dapat dihubungi. Yang paling terakhir ialah saudara Tengku Hadi dari LJB.

Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Gambar yang lainnya akan diupload ke sesuatu website nanti dan linknya akan diemailkan seperti biasa.



Antara AJK yang hadir untuk persiapan terakhir sehari sebelum berlangsungnya majlis.



Bekas pelatih mengambil kesempatan bergambar dengan Ustaz Nahrawi. Semuanya ceria sebab ustaz dah cakap, kalau nak pasang dua, jumpa dia.
Encik Ibrahim dan Encik Azman bersama bekas murid kesayangan nya (agak nye le….)


Sesi bergambar. Geng2 LSB dengan Encik Khalid dan Encik Kamal (Maaf mutu gambar kurang memuaskan)



Geng2 LJ dengan Encik Ibrahim dan Encik Rozi



Geng2 LRB (Encik Kamil tak dapat datang)

Souvenir

Dibawah ini ialah gambar souvenir yang dihadiahkan kepada semua ahli yang hadir termasuk bekas tenaga pengajar dan kakitangan KKTM. Ianya ditempah khas untuk dimiliki oleh semua bekas pelatih IKM PJ sesi 85/86 sama ada hadir atau pun tidak. Ianya merupakan sekeping pinggan ceramik berwarna putih yang bercetak logo IKM PJ dan tulisan dan ucapan mengenai majlis reunion kita yang datang bersama stand plastik, kotak dan beg kertas. Ianya tidak dijual dimana2 dan anda tidak akan mendapati tempat lain. Yang paling penting ialah ianya tercipta sememangnya untuk dimiliki oleh anda. Orang lain yang tidak ada kena mengena tidak tahu tentangnya. Harganya ialah RM16.00 merupakan harga kilang disamping harga beg itu RM 1.00. Jika tuan/puan ingin memilikinya boleh lah memesan dengan saya selagi stok masih ada dengan konsep siapa cepat dia dapat. Belanja pos tidak termasuk dan saya tidak menggalakkan ianya di pos kerana dikhuatirkan pecah dan seeloknya dikirimkan by-hand. Kepada kawan yang telah membayar tetapi tidak dapat hadir akan diberikan dengan percuma.





Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah

012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT DATANG KE
MAJLIS REUNION ALUMNI
INSTITUT KEMAHIRAN MARA PETALING JAYA
SESSI 1985-1986
BERTEMPAT DI
DEWAN KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) PETALING JAYA
No. 12 Jalan Templer, Petaling Jaya Selangor
PADA 13.12.2008 BERSAMAAN HARI SABTU
BERMULA JAM 12.00 TENGAH HARI

Sunday, November 9, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 31/10/2008

Assalamualaikum kawan2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan semua.

Pencarian kawan2 bekas pelatih IKM kita masih berjalan seperti biasa. Beberapa nama lagi dijangka akan bertambah sebelum bermulanya majlis reunion kita yang hanya akan berlangsung kira kira sebulan lebih sahaja lagi sekarang. Diharap kawan2 semua ada ini dapat mengesan saki baki kawan2 kita yang lain itu yang dalam lingkungan 10 hingga 20 orang lagi.

Lanjutan dari majlis perjumpaan sempena hari raya yang lalu, satu resolusi antara yang hadir telah dicapai iaitu diharap bersama sama berkempen sesama ahli yang ada untuk memastikan kehadiran maksima seramai yang boleh. Diharap proses ini berjalan lancar. Saya sendiri akan memastikan dapat menghubungi setiap seorang dari ahli ahli kita yang sedia ada ini sama ada mereka dapat hadir atau tidak nanti. Ini ada lah penting untuk proses penyediaan makanan dan persiapan lainnya.

Mengenai bayaran kemajlis ini, bayaran boleh dibuat bila bila masa sahaja termasuk pada hari reunion nanti. Bajet untuk menjayakan majlis tersebut telah pun ada dengan di sponsor oleh beberapa pihak lain. Mengenai hal ini diharap kawan2 tidak perlu risau.

Pada hari selasa 28/10/2008 yang lalu, satu mesyuarat perlantikan AJK perlaksanaan majlis dan seterusnya menyusun aturcara pada majlis kita nanti telah pun diadakan. 7 orang ahli dari sekitar KL yang komited telah hadir. Mesyuarat berlangsung dari pukul 9.00 mlm dan berakhir ke hampir 12.00 malam di restoran Nur Islah. Butiran lanjut mengenai AJK dan aturcara majlis akan disiarkan pada email akan datang. Sesiapa yang tidak hadir juga akan dilantik bersesuaian dengan tugas dan pengalaman masing2.

Pada minggu berikutnya kita dijangka akan mengadakan satu lagi mensuarat bersama pihak KKTM (IKM) untuk memperkemaskan perjalanan majlis itu nanti.

Jemputan khas kepada bekas2 tenaga pengajar dan pihak2 tertentu akan dilakukan sebaik saja selesai mesyuarat itu nanti.

Selepas itu saya akan mengeluarkan nama2 kawan2 yang komited untuk hadir menjayakan majlis itu nanti

Seorang sahabat kita, Ruby telah menukarkan emailnya kepada robiahsulaiman@yahoo.com. Diharap kawan2 dapat update
email address masing2.

Sekali lagi dimaklumkan, Majlis reunion ini bukanlah majlis orang lain. Ianya dirancang dan diadakan khusus untuk kita iaitu untuk bekas pelatih IKM PJ 85/86. Tidak kira siapa kita. Kalau bukan kita yang akan hadir, pada siapa kah lagi yang kita harapkan????. Selepas ini, tidak tahu bila lagi kita ada peluang untuk berjumpa selepas lebih 20 tahun terpisah.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Tuesday, October 28, 2008

Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2008 Bekas Pelatih IKM PJ 85-86

Assalamualaikum

Kepada semua sahabat2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan.

Seperti yang sedia maklum, majlis perjumpaan bekas2 pelatih IKM PJ 85/86 sempena hariraya Aidil Fitri 2008 telah selamat dilangsungkan pada 19hb Oktober bersamaan Ahad lepas.

Kehadiran sangat membanggakan iaitu seramai 19 orang ahli telah menghadirkan diri. Jika dikira bersama ahli keluarga, lebih kurang 40 orang telah sama2 memeriahkan majlis tersebut. Lebih mengharukan lagi ialah kesudian kawan2 dari jauh yang sanggup datang untuk menceriakan lagi sambutan tersebut. Setengah2 dari mereka menyatakan perjumpaan ini boleh dikatakan “Berjaya”.

Sahabat2 yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya 2008

Zailani LSB
Sujah LJB
Ishak LSB (Tuan Rumah)
Rahimi LRB (Dari Ipoh)
Fauzi LSB
Det LRB
Syed LJM
Fadil LSB
Shahran LSB (Dari Penang)
Zuki LJM (Dari Penang)
Sulaiman LJB
Osman Ali LRB
Hamzani LRB (Dari Kluang Johor)
Adnan LSB
Jamal LJM
Shahidan LRB
Hanafiah LSB
Badrul LJM
Azahari LJM

Sahabat2 yang terpaksa membatalkan kehadiran disaat2 akhir

Azahari LRB
Sam @ Latta LSB
Othman Ghani LRB

Gambar2 yang dapat dipetik seputar majlis tersebut seperti berikut.

Setengah jam sebelum majlis perjumpaan. Kawan2 dari jauh sedang berehat sementara bertolak ke destinasi.

Antara yang terawal sampai dan menunggu kawan2 lain dan menjamah juadah dihidangkan

Antara kaum2 ibu dan anak anak yang hadir.

Beramah mesra selepas hampir 20 tahun berpisah

Semuanya serius…..

Penjelasan serba ringkas mengenai majlis reunion yang akan diadakan nanti. Perut tak sempat nak dikempiskan sebelum kamera dipetik……

Minta maaf kepada sahabat2 yang hadir tapi tiada dalam gambar….


Sekian dulu untuk kali ini. Selepas ini penumpuan seterusnya ialah pada Majlis Reunion kita bulan Disember nanti. Email mengenai perkembangan Reunion akan menyusul nanti

Wasallam

Azahari bin Abdullah

Thursday, October 9, 2008

Pengumuman : Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2008

Assalamualaikum Sahabat2 ku yang sangat2 dihormati sekalian

Perjumpaan Hari Raya untuk kawan2 bekas pelatih IKM PJ 85/86 telah dijadualkan akan diadakan pada
19hb Oktober 2008 bersamaan hari Ahad
bermula jam 5.00 petang hingga 7.30 malam
di Restoran Nur Islah, No 59, Jalan 5/76B, Desa Pandan, Kuala Lumpur
(Restoran Saudara Ishak LSB)

Semua di dijemput hadir lebih2 lagi kepada kawan yang berada
di sekitar Selangor/KL

Peta seperti yang dilampirkan

Sebarang pertanyaan, terus kan kepada saya, Azahari Abdullah LJM 012-9161042 atau kepada Saudara Ishak 012-2197625 / email nurislah@gmail.com

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 08/10/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Setelah agak lama tidak ada sebarang pertambahan nama baru. Diharap kawan2 yang terjumpa dengan kawan kita yang lain pada hari raya lalu dapat update kan kat saya untuk disimpan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kita akan mengadakan majlis perjumpaan hari raya seperti tahun lepas di Restoran Nurislah, (Restoran Ishak) Desa Pandan, Kuala Lumpur pada 19hb Oktober ini, bersamaan hari Ahad bermula jam 5.00 petang. Diharap semua kawan kawan yang berkelapangan atau yang kebetulan berada disekitar lembah kelang hadir kemajlis itu nanti. Bagi kawan2 yang sememangnya tinggal di sekitar lembah kelang adalah DIWAJIBKAN hadir.

Selain menyambut Aidil Fitri yang masih ada kita juga akan membincangkan perjalanan majlis reunion kita nanti dengan lebih terperinci.

Sesiapa yang masih tidak tahu hendak kesana, sila hubungi saya atau saudara Ishak untuk panduan.

Kepada kawan2 yang ingin membuat pembayaran, boleh lah memasukan wang anda kedalam akaun saya iaitu Maybank 114227002587 AZAHARI BIN ABDULLAH. Seperti yang dinyatakan saya akan memulangkan kembali wang kawan2 sekiranya majlis gagal diadakan tetapi jika kawan2 yang gagal hadir, tidak ada pemulangan kembali sekiranya tempahan telah dibuat. Cenderahati akan di poskan bagi yang gagal untuk hadir selepas pembayaran dibuat.

Formula untuk bayaran ialah seperti berikut:

RM 35 untuk diri sendiri. Pertambahan RM 15.00 untuk pasangan suami/isteri. RM 10.00 untuk anak2 yang berumur 12 tahun keatas. Pertambahan RM 5 untuk anak2 yang berumur 8 hingga 11 tahun. Percuma untuk anak2 yang berumur 7 tahun kebawah. (Walaubagaimana pun saya akan sedaya upaya mengumpul dana supaya pengurangan dapat dilakukan diatas
sumbangan diatas)


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 22/09/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sejak dari email terdahulu hingga ke hari ini, tidak ada sebarang pertambahan penemuan kawan2 IKM kita. Oleh itu indeks jumlah kawan2 yang terkumpul tidak berubah. Kita mengharap beberapa nama lagi akan bertambah menjelang hari reunion itu nanti yang tinggal lebih kurang tak sampai 3 bulan saja lagi.

Pelan saya ialah semasa menyambut aidil Fitri selama sebulan nanti (tarikh masih tidak ditetapkan lagi) satu pertemuan antara kawan2 peringkat lembah kelang akan diadakan ditempat biasa. Disana nanti kita akan berbincang secara lebih detail mengenai majlis akan dilangsungkan itu nanti.

Diulangkan lagi mengenai collection bayaran majlis hari reunion itu nanti. Beberapa orang kawan telah pun menyatakan komitmen untuk hadir dan sebahagian nya sudah pun membuat pembayaran. Diharap kawan2 yang berhasrat untuk hadir diharap menyatakan secara jelas kehadiran masing2 kepada saya supaya senang kita menyusun rancangan.

Kepada kawan2 yang ingin membuat pembayaran, boleh lah memasukan wang anda kedalam akaun saya iaitu Maybank 114227002587 AZAHARI BIN ABDULLAH. Seperti yang dinyatakan saya akan memulangkan kembali wang kawan2 sekiranya majlis gagal diadakan tetapi jika kawan2 yang gagal hadir, tidak ada pemulangan kembali sekiranya tempahan telah dibuat. Cenderahati akan di poskan bagi yang gagal untuk hadir selepas pembayaran dibuat.

Formula untuk bayaran ialah seperti berikut:

RM 35 untuk diri sendiri. Pertambahan RM 15.00 untuk pasangan suami/isteri. RM 10.00 untuk anak2 yang berumur 12 tahun keatas. Pertambahan RM 5 untuk anak2 yang berumur 8 hingga 11 tahun. Percuma untuk anak2 yang berumur 7 tahun kebawah. (Walaubagaimana pun saya akan sedaya upaya mengumpul dana supaya pengurangan dapat dilakukan diatas
sumbangan diatas)

Sahabat2 ku yang budiman. 22 tahun sudah berlalu. 2008 ada lah tahun yang bermakna sekali sekiranya setiap kita dapat menghadirkan diri dalam majlis reunion nanti. Ianya mungkin boleh diulang lagi atau mungkin tidak. Diharap semua sahabat dapat menerima majlis reunion ini dengan positif. Jika masih ada sesuatu yang masih melukai perasaan masing semasa 22 tahun yang lampau, diharap dapat dilupakan segala persengketaan itu. 22 tahun itu sudah jauh berlalu. Tidak perlu memendam kekesalan dan kedukaan seumur hidup anda.

Sempena Aidil Fitri yang akan menjelma beberapa hari nanti, bersama ini saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, sekiranya sepanjang saya mengatur program ini, ini ada yang tersilap dan tersalah atau mungkin ada yang tersinggung atau juga jika masih ada saki baki kesilapan yang berlaku sepanjang 85-86 di ikm pj dahulu. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com