Tuesday, October 28, 2008

Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2008 Bekas Pelatih IKM PJ 85-86

Assalamualaikum

Kepada semua sahabat2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan.

Seperti yang sedia maklum, majlis perjumpaan bekas2 pelatih IKM PJ 85/86 sempena hariraya Aidil Fitri 2008 telah selamat dilangsungkan pada 19hb Oktober bersamaan Ahad lepas.

Kehadiran sangat membanggakan iaitu seramai 19 orang ahli telah menghadirkan diri. Jika dikira bersama ahli keluarga, lebih kurang 40 orang telah sama2 memeriahkan majlis tersebut. Lebih mengharukan lagi ialah kesudian kawan2 dari jauh yang sanggup datang untuk menceriakan lagi sambutan tersebut. Setengah2 dari mereka menyatakan perjumpaan ini boleh dikatakan “Berjaya”.

Sahabat2 yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya 2008

Zailani LSB
Sujah LJB
Ishak LSB (Tuan Rumah)
Rahimi LRB (Dari Ipoh)
Fauzi LSB
Det LRB
Syed LJM
Fadil LSB
Shahran LSB (Dari Penang)
Zuki LJM (Dari Penang)
Sulaiman LJB
Osman Ali LRB
Hamzani LRB (Dari Kluang Johor)
Adnan LSB
Jamal LJM
Shahidan LRB
Hanafiah LSB
Badrul LJM
Azahari LJM

Sahabat2 yang terpaksa membatalkan kehadiran disaat2 akhir

Azahari LRB
Sam @ Latta LSB
Othman Ghani LRB

Gambar2 yang dapat dipetik seputar majlis tersebut seperti berikut.

Setengah jam sebelum majlis perjumpaan. Kawan2 dari jauh sedang berehat sementara bertolak ke destinasi.

Antara yang terawal sampai dan menunggu kawan2 lain dan menjamah juadah dihidangkan

Antara kaum2 ibu dan anak anak yang hadir.

Beramah mesra selepas hampir 20 tahun berpisah

Semuanya serius…..

Penjelasan serba ringkas mengenai majlis reunion yang akan diadakan nanti. Perut tak sempat nak dikempiskan sebelum kamera dipetik……

Minta maaf kepada sahabat2 yang hadir tapi tiada dalam gambar….


Sekian dulu untuk kali ini. Selepas ini penumpuan seterusnya ialah pada Majlis Reunion kita bulan Disember nanti. Email mengenai perkembangan Reunion akan menyusul nanti

Wasallam

Azahari bin Abdullah

No comments: