






Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 - 29/11/2007
Assalamualaikum Semua
29/11/2007 – Genap 2 bulan pencarian dan pengumpulan maklumat bekas pelatih IKM PJ sessi 85/86. Sehingga ke tarikh ini kita telah mengumpul 54 nama yang boleh dihubungi. Nampaknya nama2 ini tidak boleh berkembang lagi selepas menunggu beberapa ketika. Ini bermakna kita tidak boleh lagi mengharapkan proses pengumpulan maklumat ini melalui nama nama yang sedia ada kerana ianya sudah sampai ke tahap tepu. Walau pun bergitu kita masih menunggu beberapa nama lagi yang telah dijanjikan akan diperolehi oleh kawan2 sedia ada.
Untuk itu kita terpaksa menggunakan langkah yang kedua iaitu melalui pihak IKM sendiri. Saya sudah pun menghubungi pihak IKM PJ (Sekarang dikenali sebagai KKTM PJ) melalui telefon dengan En Husaini – Timbalan Pengarah KKTM PJ dan berbincang mengenai penyewaan dewan dan sebagainya dan beliau telah meminta saya memohon secara rasmi melalui surat dan dialamatkan kepada Pengarah KKTM sendiri. Surat telah dihantar dan menunggu balasan dari pihak KKTM PJ. Antara isi surat tersebut ialah memohon menggunakan dewan dan halaman KKTM, memohon untuk menyemak rekod bekas pelatih IKM PJ 85/86 dan juga memohon menggunakan asrama KKTM sebagai tempat penginapan bekas pelatih yang datang dari jauh semasa majlis reunion nanti (jika ada).
Selepas kita mendapat maklum balas dari pihak KKTM nanti, (harap harap yang positif) Kita akan mula membuat bajet dan tahu berapakah kos yang perlu di bayar setiap orang dari kita untuk menjayakan majlis itu nanti. Jika pihak KKTM masih ada menyimpan rekod lama dan membenarkan kita menyemaknya, maka kita akan dapat menghubungi saki baki kawan2 yang lebih kurang 46 orang lagi itu.
Kita juga mempunyai beberapa pelan alternatif sekiranya pihak KKTM PJ tidak dapat memberi kerjasama dari segi menyewakan tempat.
Disini saya sekali lagi menyeru kepada kawan2 semua untuk teruskan mencari dan mengesan saki baki kawan2 kita ataupun memberi kerjasama kepada saya untuk menghubungi mereka. Jika kawan2 pernah pergi kekampung mana2 kawan kita itu dahulu, cuba ingatkan alamat rumah mereka atau cubalah mencari rekod2 lama yang mungkin masih tersimpan. Alamat yang diperolehi itu berikan kepada saya untuk dihubungi. Kerjasama anda semua sangat sangat diharapkan.
Saya juga meminta anda memberitahu mengenai isi kandungan email ini kepada kawan2 lain disekitar anda yang tidak mempunyai kemudahan email.
Akhir sekali, saya juga telah dihubungi oleh beberapa orang kawan2 senior dan junior yang juga berminat untuk sama sama menghangatkan suasana majlis reunion kita itu nanti.
Sekian, wassalam
Azahari bin Abdullah
012-9161042
Azba757@streamyx.com