Seperti yang dirancangkan, satu perjumpaan telah diadakan pada 24hb November 2007 telah diadakan di Nurislah Restoran, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Perjumpaan kali kedua bagi kawan2 dari sekitar KL/Selangor ini telah dapat mengumpul sepuluh orang termasuk 3 orang yang datang untuk kali pertama.
Yang hadir bagi kali pertama ialah
Sujah (LJB)
Amir (LRB)
Md Lata@Sam (LSB)
Yang lain lain ialah
Azahari
Syed
Sulaiman
Fauzi
Zailani
Hasnan
Ishak (tuan punya Nurislah Restoran)
Kebanyakkan kawan2 lain tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri majlis yang lebih penting.
Perbincangan adalah lebih banyak tertumpu kepada hal ehwal politik semasa dan pengalaman bekerja masing masing sejak keluar dari IKM.
Perubahan ketara pada saudara Sujah dirasai oleh kebanyakkan kawan2 yang mengenali dirinya sebelum ini. Kalau di IKM dulu, dia seorang yang pendiam dan pemalu, tapi sekarang Sujah sudah jauh berubah. Sekarang dia seorang yang ramah dan periang. Ini diakui oleh tuan empunya badan itu sendiri. Dia memberitahu, dia mula berubah sebaik saja selepas mendirikan rumah tangga. Dia juga telah membawa buah anggur yang dipetik dari ladang anggurnya di Jenjarum, Banting.
Amir pula masih seperti dahulu dan telah sudi membelanja kawan2 goreng pisang dan kuih muih.
Ishak pula tidak dibenarkan menghidangkan makanan dan minuman secara percuma kepada kawan2. Jika dia masih lagi mahu menaja makanan percuma seperti yang lepas, kawan2 mengugut tidak mahu lagi berkumpul di restorannya. Zailani telah berbesar hati membayar makan dan minum pada petang itu.
Hampir semua kawan2 yang hadir bersetuju menangguhkan perjumpaan seterusnya ialah pada Januari tahun depan (2008).
Perjumpaan bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Kebanyakkan kawan2 masih berat hendak meninggalkan kerusi masing2 untuk pulang.
Sekian
Azahari bin Abdullah
012-9161042
Azba757@streamyx.com
Papan tanda Nurislah Restoran. Sepatut gambarnya diambil pada perjumpaan yang pertama.
Makanan dan minuman yang menjadi hidangan pada petang itu. Mee goreng, pisang goreng dan kuih muih. Yang dalam plastik putih itu ialah anggur yang dibawa oleh Sujah.
No comments:
Post a Comment