Tuesday, February 26, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 27/02/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sehingga ke hari ini, bilangan nama2 orang kenamaan yang berjaya dikumpul ialah seramai 65 orang. Tidak ada apa apa perubahan dari minggu lepas. Proses pencarian masih terus dijalankan. Kepada kawan2 yang berjanji untuk mengesan kawan2 lain, di harap dapat menunaikan janji2 masing2.

Bahang pilihanraya ke12 jelas terasa di segenap pelusuk negara. Saya difahamkan ramai kawan2 kita yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengamalkan konsep demokrasi di negara ini. Mereka ini aktif dalam pelbagai parti politik yang ada. Kepada mereka ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan supaya bekerja kuat dan terus bersemangat untuk mempastikan calun pilihan anda akan mencapai kemenangan. Kepada yang kurang aktif tu, jangan lupa keluar mengundi nanti.

Sempena bahang pilihanraya yang sedang hangat ini, saya ada satu cadangan dalam mencari kawan2 yang masih lagi tidak dapat dikesan. Kawan2 boleh pergi ke mana mana pusat/markas atau bilik gerakan mana mana parti yang ada dan mengikut keselesaan masing2, minta buat kan satu salinan CD nama2 pendaftaran pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mengikut negeri masing2. Bisanya dalam kes ini anda mistilah kenal rapat dengan petugas yang ada disitu. Dengan CD itu kita dapat mengesan nama kawan kita dengan memasukkan nama kawan2 kita yang kita agak2 betul namanya. Hasil pencarian itu kita akan mendapat beberapa nama dan bin/binti yang berlainan. Dari situ kita boleh agak yang mana satu nama kawan kita. Bisanya hasil pencarian itu membolehkan mendapat maklumat lain iaitu kawasan mengundi dan no kad pengenalan mereka. Jika kawan2 dapat maklumat nama penuh dan no kad pengenalan mereka, kirimkan kepada saya untuk tindakan lanjut. (Cadangan ini hanya akan berjaya jika kawan yang kita cari itu mendaftarkan nama mereka dengan SPR)

Bayaran kemajlis Reunion

Mengenai bayaran yang perlu dibayar untuk menjayakan majlis reunion kita nanti, saya telah membuat kira kira seperti berikut. Bayaran wajib untuk seorang ahli ialah RM 35.00. Tambahan untuk pasangan suami atau isteri ialah RM 15.00. Tambahan untuk anak 13 tahun keatas ialah RM 10.00 seorang. Tambahan untuk anak 7 hingga 12 tahun ialah RM 5.00 seorang. Untuk anak yang dibawah 7 tahun adalah percuma. Bayaran yang diperlukan ini ialah untuk menampung makan dan minum tengah hari dan minum petang, hadiah dan souvenir juga makan minum tetamu jemputan. Pada masa ini kawan2 semua tidak perlu membuat sebarang bayaran lagi. Saya akan umumkan kemudian bila tarikh akhir membuat bayaran dan cara2 nya. Kawan2 diminta membuat cadangan atau bantahan dengan bayaran yang dikenakan ini.

Sekian dulu untuk kali ini. Wasallam

Selamat Mengundi


Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com

Tuesday, February 19, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 18/02/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan, perjumpaan dengan pihak KKTM Petaling Jaya telah diadakan dengan jayanya antara pihak kita (selepas ini saya akan gunakan perkataan Alumni yang lebih dimaksudkan kepada bekas pelatih sesebuah pusat pengajian) pada 13 Februari yang lepas. Hasil perjumpaan sungguh mengkagumkan kerana pihak KKTM telah bersetuju, bukan sahaja membenarkan kita menggunakan dewan mereka tetapi mereka sendiri mahu terlibat secara langsung menganjurkannya.

Dengan itu, boleh lah dimaksudkan bahawa program majlis Reunion 2008 akan datang ini akan diadakan atas dasar anjuran bersama antara KKTM, Koperasi KKTM dan Alumni. Antara perkara asas yang dipersetujui ialah mereka telah bersetuju membenarkan menggunakan dewan dan halaman, peralatan PA system. pentas dan beberapa fasiliti lain seperti surau, bilik air, ruang parking dan sebagainya. Beberapa orang pihak pengurusan KKTM dan kakitangan mereka juga sudi akan hadir sama dalam majlis itu nanti. Mereka juga akan menyediakan seorang teknisen untuk membantu dan mengawal selia jika ada sebarang masalah pada alat PA mereka. Pihak KKTM/Koperasi KKTM juga akan meguruskan penyediaan makanan dan minuman untuk majlis tersebut.

Pihak Alumni pula akan memastikan kehadiran maksima semua ahli, menjemput tetamu jemputan seperti bekas para pengajar dan sebagainya, menyediakan aturcara majlis juga melantik pengerusi atau juruacara majlis, mengurus kutipan wang daripada ahli untuk pembelanjaan makan dan minum, hadiah dan sebagainya dan seterusnya menguruskan pembayaran kepada KKTM/Koperasi KKTM,

Dari segi tarikh pula, kedua dua pihak telah bersetuju menetapkan bahawa 13.12.2008 adalah tarikh keramat yang sangat sangat dinantikan itu. Pihak KKTM tidak boleh melambatkan lagi dari tarikh tersebut kerana pada minggu berikutnya mereka sibuk dengan penyediaan menyambut pelatih baru dan pada minggu selepas itu lagi adalah merupakan hari pendaftaran pelatih baru. Pengistiharan tarikh ini telah di war war minggu lepas kepada kawan2 yang tidak mempunyai email melalui SMS. Mereka juga diminta menghantar alamat masing masing untuk tujuan menghantar borang penyertaan. SMS reply dari mereka sungguh menggalakkan diharap dan kesemua mereka akan membuat perkara yang sama. Kepada kawan2 yang boleh dihubungi dengan email pula, buat masa ini saya tidak memerlukan alamat surat menyurat anda kerana segala urusan penghantaran borang akan dilakukan melalui email.

Ada juga antara kawan2 kita yang bertanya kepada saya apakah itu KKTM?. Sukacita dimaklumkan KKTM ialah singkatan dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Ini bermakna KKTM PJ ialah yang dahulunya ialah IKM PJ yang telah dinaik tarafkan.

Mengenai bayaran yang akan dikenakan nanti, saya akan jelaskan didalam email berikutnya memandangkan email ini pun sudah terlalu panjang.

Mengenai pertambahan jumlah nama kawan2 yang terkumpul sehingga kehari ini tetap tidak berubah iaitu 65 orang. Oleh itu saya berharap kita sama2 melipat gandakan usaha untuk mencari saki baki kawan2 yang masih gagal dikesan itu.

Tuan Rahimi (LRB) pula telah memberi email address beliau untuk sama2 menjadi ahli grup email kita. Email beliau ialah rahimi_zain@yahoo.com. Kepada Rahimi, sila lawati laman web blog kita untuk menyemak berita2 yang telas lepas di http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/.

Sekian dimaklumkan, jumpa lagi di email berikutnya.

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com

Monday, February 11, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 12/02/2008

Assalamualakum kawan2 semua.

Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini kita sudah pun dapat mengumpul dua lagi nama kawan kita dan dengan ini jumlah nama yang boleh dihubungi ialah 65 orang. Kawan yang dimaksudkan itu ialah Encik Hanafiah dari LSB-A dan isterinya Puan Suraya juga dari LSB-A. Ini ada lah atas usaha rakan kita iaitu Encik Fauzi LSB dengan bantuan Encik Google. Encik Hanafiah bekerja di salah sebuah firma arkitek di Kuala Lumpur.

Hanafiah juga boleh dihubungi dengan email. Email beliau ialah haracad@yahoo.com

Sila update email address masing2.

Kepada Hanafiah dan isteri, sila lawati laman web blog kita di http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com untuk melihat perkembangan yang lepas2. Jangan lupa melawat juga ruangan archive untuk melihat paparan pada bulan lepas sekali gus untuk tahun lepas (2007)

Temu janji dengan pihak KKTM PJ (IKM PJ) ialah pada hari esok 13hb Februari 2008 jam 10 pagi. Selepas ini kita akan tahu tarikh sebenar majlis reunion kita nanti.

Sekali lagi, saya meminta kerja sama dari kawan2 semua supaya dapat membantu saya mengesan ramai lagi kawan2 lain yang masih gagal di kesan. Kawan2 boleh memberitahu saya nama penuh mereka, alamat kampung dan kalau tahu dimana mereka bekerja lagi bagus.

Senarai penuh terbaru kawan2 yang boleh dihubungi dan tidak boleh dihubungi akan di siarkan di email yang datang

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com

Sunday, February 3, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 04/02/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sehingga kini, jumlah nama orang2 kenamaan yang boleh di hubungi masih tidak berganjak dari minggu lepas iaitu seramai 63 orang. Surat surat yang beralamatkan seperti mana yang dibekalkan oleh kawan2 telah pun dihantar tetapi masih belum mendapat apa apa balasan. Walau bagaimana pun jumlah nama2 senior dan junior bertambah dari sehari ke sehari dalam simpanan saya.

Saya sudah pun mendapat maklumbalas dari pihak KKTM Petaling Jaya. Mereka telah menjemput untuk mengadakan perbincangan. Tarikhnya mungkin pada minggu depan iaitu selepas cuti raya cina. Antara perkara yang mungkin hendak dibincangkan ialah berkaitan dengan tarikh majlis reunion dan sewa dewan yang sesuai.

Untuk mendapatkan tarikh yang sesuai, saya mencadangkan kawan2 supaya dapat memberi idea dan pandangan. Saya sangat mengalu alukan pandangan kawan2 dalam soal ini.

Didalam kepala saya, sudah ada dua atau tiga tarikh yang dirasakan sangat sesuai untuk majlis reunion kita nanti, iaitu pada 29.11.2008, atau 6.12.2008 atau 13.12.2008.

Mengapa saya memilih tarikh tersebut?

Ketiga tiga tarikh tersebut ialah jatuh pada hari sabtu. Untuk memberi keadilan kepada kawan2 dari seluruh Malaysia termasuk kawan2 dari pantai timur yang hari cuti mingguan jatuh pada hari jumaat dan sabtu.

29.11.2008 – Tarikh ini ialah dua minggu selepas cuti sekolah penggal ketiga 2008 iaitu pada 15.11.2008. Peperiksaan SPM dijangka telah pun selesai sehari sebelumnya. (Peperiksaan SPM hendaklah diambil kira kerana majoriti kawan2 kita telah mempunyai anak yang telah bersekolah hingga ke tingkatan 5). Tetapi ada setengah2 kawan2 kita masih belum mendapat gaji lagi pada tarikh tersebut.

6.12.2008 – Minggu pertama pada bulan Disember. Perpeiksaan SPM sudah selesai dan gaji pun dah dapat. Boleh bercuti agak panjang kerana pada hari isnin selepasnya ada cuti Hari Raya Haji yang mungkin jatuh pada 8.12.2008. Kemungkinan ada kawan yang merancang untuk berhari raya dikampung atau berkorban atau akikah dan sebagainya. Mungkin pada hari tersebut sibuk untuk menangkap lembu atau kerbau.

13.12.2008 – Tarikh yang agak selesa jika tidak ada kawan2 yang terjejas dengan banjir.

Diharap kawan2 semua dapat memilih satu tarikh yang paling sesuai dan tidak semestinya pada tarikh2 yang saya berikan diatas. Dalam hal ini saya akan menurut suara majoriti, kerana yang akan hadir ke majlis itu semua adalah anda semua.

Walaupun begitu, seperti mana yang telah dimaklumkan, pihak KKTM kemungkinan mempunyai tarikh nya yang tersendiri yang mereka rancang sesuai dengan jadual pembelajaran mereka yang perlu kita hormati dan akur.

Bersama ini saya attachedkan planner untuk kawan2 semua menyemak dan meneliti tarikh yang sesuai tersebut.


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042