Assalamualaikum kawan2 semua.
Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan, perjumpaan dengan pihak KKTM Petaling Jaya telah diadakan dengan jayanya antara pihak kita (selepas ini saya akan gunakan perkataan Alumni yang lebih dimaksudkan kepada bekas pelatih sesebuah pusat pengajian) pada 13 Februari yang lepas. Hasil perjumpaan sungguh mengkagumkan kerana pihak KKTM telah bersetuju, bukan sahaja membenarkan kita menggunakan dewan mereka tetapi mereka sendiri mahu terlibat secara langsung menganjurkannya.
Dengan itu, boleh lah dimaksudkan bahawa program majlis Reunion 2008 akan datang ini akan diadakan atas dasar anjuran bersama antara KKTM, Koperasi KKTM dan Alumni. Antara perkara asas yang dipersetujui ialah mereka telah bersetuju membenarkan menggunakan dewan dan halaman, peralatan PA system. pentas dan beberapa fasiliti lain seperti surau, bilik air, ruang parking dan sebagainya. Beberapa orang pihak pengurusan KKTM dan kakitangan mereka juga sudi akan hadir sama dalam majlis itu nanti. Mereka juga akan menyediakan seorang teknisen untuk membantu dan mengawal selia jika ada sebarang masalah pada alat PA mereka. Pihak KKTM/Koperasi KKTM juga akan meguruskan penyediaan makanan dan minuman untuk majlis tersebut.
Pihak Alumni pula akan memastikan kehadiran maksima semua ahli, menjemput tetamu jemputan seperti bekas para pengajar dan sebagainya, menyediakan aturcara majlis juga melantik pengerusi atau juruacara majlis, mengurus kutipan wang daripada ahli untuk pembelanjaan makan dan minum, hadiah dan sebagainya dan seterusnya menguruskan pembayaran kepada KKTM/Koperasi KKTM,
Dari segi tarikh pula, kedua dua pihak telah bersetuju menetapkan bahawa 13.12.2008 adalah tarikh keramat yang sangat sangat dinantikan itu. Pihak KKTM tidak boleh melambatkan lagi dari tarikh tersebut kerana pada minggu berikutnya mereka sibuk dengan penyediaan menyambut pelatih baru dan pada minggu selepas itu lagi adalah merupakan hari pendaftaran pelatih baru. Pengistiharan tarikh ini telah di war war minggu lepas kepada kawan2 yang tidak mempunyai email melalui SMS. Mereka juga diminta menghantar alamat masing masing untuk tujuan menghantar borang penyertaan. SMS reply dari mereka sungguh menggalakkan diharap dan kesemua mereka akan membuat perkara yang sama. Kepada kawan2 yang boleh dihubungi dengan email pula, buat masa ini saya tidak memerlukan alamat surat menyurat anda kerana segala urusan penghantaran borang akan dilakukan melalui email.
Ada juga antara kawan2 kita yang bertanya kepada saya apakah itu KKTM?. Sukacita dimaklumkan KKTM ialah singkatan dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Ini bermakna KKTM PJ ialah yang dahulunya ialah IKM PJ yang telah dinaik tarafkan.
Mengenai bayaran yang akan dikenakan nanti, saya akan jelaskan didalam email berikutnya memandangkan email ini pun sudah terlalu panjang.
Mengenai pertambahan jumlah nama kawan2 yang terkumpul sehingga kehari ini tetap tidak berubah iaitu 65 orang. Oleh itu saya berharap kita sama2 melipat gandakan usaha untuk mencari saki baki kawan2 yang masih gagal dikesan itu.
Tuan Rahimi (LRB) pula telah memberi email address beliau untuk sama2 menjadi ahli grup email kita. Email beliau ialah rahimi_zain@yahoo.com. Kepada Rahimi, sila lawati laman web blog kita untuk menyemak berita2 yang telas lepas di http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/.
Sekian dimaklumkan, jumpa lagi di email berikutnya.
Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment