Assalamualakum kawan2 semua.
Alhamdulillah. Akhirnya PRU yang ke 12 telah pun berakhir. Tidak dinafikan bahang atau kesannya masih lagi hangat di perkatakan di segenap pelusuk negara. Tahniah di ucapkan kepada sahabat sahabat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PRU kali ini. Saya di fahamkan ramai kawan2 kita yang terlibat dalam memastikan kemenangan calun masing2 telah berjaya mencapai matlamatnya dan sedang meraikan kejayaannya.
Diharap bahang pilihanraya ini akan sedikit demi sedikit akan menjadi sejuk dan marilah pula kita sama sama menumpukan pula kepada majlis reunion kita yang akan berlangsung pada 13 Disember 2008 ini.
Sehingga pada email saya yang terakhir sebelum ini dan hingga kini, kita masih tidak dapat menambah sebarang nama baru dalam senarai kita. Angka 65 masih tidak berganjak.
Diharapkan selepas ini kita akan menambah beberapa nama lagi sebelum berlangsungnya majlis reunion kita itu nanti. Kepada kawan2 yang dapat sebarang konteks dari kawan2 lain di harap menghubungi saya untuk dikemaskinikan senarai kita.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment