Thursday, April 24, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 17/04/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Perkembangan terbaru sehingga kehari ini ialah kita telah dapat mengumpul satu lagi nama kawan kita ia itu Roslina binti Othman dari kelas LJM. Ini bermakna kita telah berjaya mengumpul 68 orang nama setakat ini. Pertambahan demi pertambahan nama2 ini menunjukkan ada antara kawan2 kita yang sentiasa bekerja keras dalam usaha mengesan kawan2 bekas pelatih IKM ini secara berterusan. Saya di fahamkan ada beberapa nama lagi akan di kumpulkan pada minggu2 hadapan. Untuk pengetahuan semua, secara kebetulan, taman perumahan tempat Roslina sekeluarga tinggal bersebelahan dengan taman perumahan tempat saya tinggal.

Diperkembangan yang lain pula, beberapa orang kawan2 kita mula bertanya mengenai bila kah saya akan mula mengutip wang untuk menjayakan program reunion ini?. Untuk pengetahuan semua masa yang agak sesuai untuk saya mengutip wang tersebut ialah sekitar bulan Jun dan Julai nanti. Ini adalah kerana saya tidak mahu menyimpan duit2 kawan2 semua lama2 sangat takut tersalah guna. Cara pembayaran dan syarat2 lain nya akan saya emailkan bila tiba masa yang sesuai nanti.

Saya juga mendapat cadangan dari salah seorang kawan kita untuk mencipta stiker kereta yang berkonsepkan Alumni IKM PJ. Stiker itu akan/sedang direka cipta oleh pencadangnya dan akan diedarkan selewat2nya pada hari reunion nanti.

Banner majlis reunion itu nanti pula telah dipersetujui untuk direka/sponsor oleh salah seorang kawan kita yang kebetulan menjalankan perniagaan yang berkaitan.

Manakala ada kawan2 kita dari selatan tanah air mengajak antara kawan2 yang mempunyai kelapangan datang kesana untuk beramas mesra sambil makan2. Rancangan ini akan diteliti dengan lebih lanjut. Mereka mungkin akan berkumpul disana dan kita akan pergi kesana pada hari minggu (balik hari) secara berkongsi kereta, minyak dan tol.

Sejak program cari mencari kawan2 ini berjalan, ada juga antara kawan2 kita yang pandai/suka memasak mengajak saya sekeluarga kerumah mereka untuk menjamu selera. Terima kasih banyak2 kepada yang berkenaan. (Ada yang dah pergi, ada yang belum).

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com


Wednesday, April 9, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 10/04/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Dari tempoh email saya yang terbaru minggu lepas, kita tidak menerima apa apa penambahan baru dalam indeks nama kawan2. Walau bagai mana pun kita akan dapat menambah beberapa nama baru dalam minggu2 akan datang. Ini memandangkan ada antara kawan2 kita yang sedia ada ini dan juga diri saya sendiri sedang gigih mengesan beberapa nama lagi. Oleh itu untuk minggu ini jumlah indeks nama kawan2 yang sudah boleh dihubungi kekal kepada angka 67 orang.

Seperti yang dijanjikan, di samping menunggu penambahan nama2 baru juga sambil menunggu majlis sebenar reunion kita itu, mari lah kita sama2 menatap beberapa keping foto lama sebagai menyemarakan lagi kenangan antara kita yang pernah kita lalui dalam jarak masa lebih 20 tahun yang lampau. Foto2 ini antaranya adalah dipinjamkan dari kawan2 dari kursus lain selain lukisan jentera supaya semuanya dapat dinikmati dengan adil.

Sekeping gambar boleh bercerita 1000 makna. Hanya mereka yang ada di dalam gambar ini sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku semasa gambar ini diambil.



Gambar campuran LSB, LJ dan Senior.

Gambar campuran LSB-A, LSB-B dan LRB semasa kursus menguruskan jenazah. Majoriti dah di temui kecuali bro yang dudok antara Indera dan Karim tu masih belum ditemui dan Sukarno…….


No comment
LSB sahaja…….Jamal dan sukarno masih dicari……….
Hero2 dan heroin2 LSB ……….Bro Sukarno (yang tak tido belakang sekali) masih belum dapat dihubungi……

LSB sahaja……..

Masih banyak gambar2 yang terkumpul untuk disiarkan tetapi byte yang terhad menyebabkan saya menghadkan penyiaran gambar2 tersebut untuk kali ini dan akan disambung di email yang berikutnya.

Sekali lagi seperti yang di jelaskan, tujuan menyiarkan gambar2 ini adalah semata2 untuk menyemarakan kenangan antara kita dan tiada apa2 maksud lainnya. Saya meminta maaf sekiranya dengan penyiaran gambar2 ini boleh menimbulkan masalah lain dikemudian hari. Diharap sesiapa ada didalam gambar2 ini bersetuju gambar2 nya disebar luaskan, kerana bila saya masukkan dalam laman blog nanti, semua gambar2 ini boleh di tonton seluruh dunia.

Bersama ini juga saya mengalu alukan sebarang feedback, saranan, cadangan, comment dan sebagainya. Kawan2 boleh email terus kepada saya atau reply kepada grup. Kawan2 juga boleh beri comment dalam laman blog.

Akhir sekali, jangan lupa tarikh Reunion kita pada13hb Disember 2008 nanti , seminggu sebelum Persidangan Umno 2008 yang dijadualkan seminggu kemudian yang dijangka paling hangat dalam sejarah….

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Wednesday, April 2, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 02/04/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Pejam celik pejam celik sedar sedar sudah enam bulan berlalu proses mengumpul maklumat kawan2 kita berjalan. Dan, dengan itu juga kita ada lagi lebih kurang lapan bulan lebih lagi berlangsungnya majlis reunion kita.

Dalam tempoh enam bulan tersebut, dia atas kerja keras kawan2 semua, kita sudah berjaya mengumpul 67 nama kawan2 yang sudah boleh dihubungi. Yang paling terbaru sekali ialah saudara Abd Karim bin Saad dari kelas LSB-A. Beliau sekarang adalah seorang usahawan yang berjaya di negeri asalnya iaitu Kedah.

Bila dikenang kembali, rasanya agak mustahil dapat mengumpul maklumat tentang kawan2 seramai itu dalam tempoh masa enam bulan, tetapi atas usaha keras berterusan dan semangat kerjasama yang ada, tidak ada perkara yang tidak dapat dilaksanakan.

Saya difahamkan, pada masa sekarang ini pun ada antara kawan2 kita yang sedang mengesan kawan2 kita yang lain yang mereka rasa boleh dikesan. Dalam masa terdekat ini, kita mengharapkan beberapa nama lagi akan dapat dikesan dan boleh dihubungi. Saya percaya dalam tempoh lapan bulan ini, kita akan berjaya mengesan kesemua kawan2 kita tersebut yang saki bakinya kurang dari 30 orang lagi.

Mengenai feed back yang saya dapat dari kawan2 mengenai majlis reunion itu nanti sungguh memberangsangkan. Ramai yang sudah tidak sabar2 menunggu tarikh tersebut. Di email yang lain nanti kita akan siarkan nama2 kawan2 yang sudah komited untuk menghadiri majlis itu nanti.

Saya juga telah diberikan beberapa keping gambar lama semasa di IKM dulu dari kawan2 kita untuk discan dan disiarkan di laman blog kita tapi saya masih tak berkesempatan.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com