Dari tempoh email saya yang terbaru minggu lepas, kita tidak menerima apa apa penambahan baru dalam indeks nama kawan2. Walau bagai mana pun kita akan dapat menambah beberapa nama baru dalam minggu2 akan datang. Ini memandangkan ada antara kawan2 kita yang sedia ada ini dan juga diri saya sendiri sedang gigih mengesan beberapa nama lagi. Oleh itu untuk minggu ini jumlah indeks nama kawan2 yang sudah boleh dihubungi kekal kepada angka 67 orang.
Seperti yang dijanjikan, di samping menunggu penambahan nama2 baru juga sambil menunggu majlis sebenar reunion kita itu, mari lah kita sama2 menatap beberapa keping foto lama sebagai menyemarakan lagi kenangan antara kita yang pernah kita lalui dalam jarak masa lebih 20 tahun yang lampau. Foto2 ini antaranya adalah dipinjamkan dari kawan2 dari kursus lain selain lukisan jentera supaya semuanya dapat dinikmati dengan adil.
Sekeping gambar boleh bercerita 1000 makna. Hanya mereka yang ada di dalam gambar ini sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku semasa gambar ini diambil.
Gambar campuran LSB, LJ dan Senior.
No comment
LSB sahaja…….Jamal dan sukarno masih dicari……….
Hero2 dan heroin2 LSB ……….Bro Sukarno (yang tak tido belakang sekali) masih belum dapat dihubungi……
LSB sahaja……..
Masih banyak gambar2 yang terkumpul untuk disiarkan tetapi byte yang terhad menyebabkan saya menghadkan penyiaran gambar2 tersebut untuk kali ini dan akan disambung di email yang berikutnya.
Sekali lagi seperti yang di jelaskan, tujuan menyiarkan gambar2 ini adalah semata2 untuk menyemarakan kenangan antara kita dan tiada apa2 maksud lainnya. Saya meminta maaf sekiranya dengan penyiaran gambar2 ini boleh menimbulkan masalah lain dikemudian hari. Diharap sesiapa ada didalam gambar2 ini bersetuju gambar2 nya disebar luaskan, kerana bila saya masukkan dalam laman blog nanti, semua gambar2 ini boleh di tonton seluruh dunia.
Bersama ini juga saya mengalu alukan sebarang feedback, saranan, cadangan, comment dan sebagainya. Kawan2 boleh email terus kepada saya atau reply kepada grup. Kawan2 juga boleh beri comment dalam laman blog.
Akhir sekali, jangan lupa tarikh Reunion kita pada13hb Disember 2008 nanti , seminggu sebelum Persidangan Umno 2008 yang dijadualkan seminggu kemudian yang dijangka paling hangat dalam sejarah….
Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih
Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com
No comments:
Post a Comment