Thursday, May 22, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 23/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Atas usaha gigih seorang sahabat yang membekalkan alamat dan seorang sahabat lagi yang bersungguh2 mengesan jejak berdasarkan alamat yang dibekalkan, akhirnya kita telah dapat mengesan seorang lagi kawan ikm kita iatu (Puan) Zawah binti Deraman dari kelas LJM. Dengan itu index nama kawan2 kita telah mencecah ke bilangan ke 69 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diatas usaha kawan2 kita ini dan diharap yang lain2 dapat memberi kerja sama sepenuhnya untuk mengesan saki baki sahabat kita yang lain yang bilangannya lebih kurang 30 orang lagi.

Bersama ini saya sertakan 3 keping gambar terbaru untuk menyegarkan ingatan kawan2 semua kepada suatu masa dulu, iaitu kira2 lebih 20 tahun yang lampau. Cuba teka siapa dalam gambar2 ini.








Mereka ini adalah antara tetamu2 jemputan yang akan hadir dalam majlis reunion kita nanti, insyallah


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 20/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tidak apa apa perubahan tentang bilangan nama kawan2 kita yang sudah dapat dikumpul. Jumlah keseluruhan nama yang terkumpul sehingga kehari ini ialah 68 orang. Kita harap beberapa nama lagi akan dapat dikumpul dalam tempoh kurang 6 bulan akan datang ini. Diharap sama2 lah kita melipat gandakan proses pencarian kita seterusnya. Tarikh dan tempat majlis reunion kita masih kekal seperti mana yang dirancang. Bayaran dan cara2nya akan saya jelaskan dalam email bulan june nanti.

Mengenai email saya sebelum ini mengenai beberapa projek tajaan Mara, seperti mana yang dijanjikan bersama ini saya sertakan beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk difikirkan

Untuk pengetahuan sahabat2 semua, sekarang bahagian usahawan Mara telah memperkembangkan lagi bantuan kewangannya kepada projek2 agrikultur selain dari projek2 sedia ada, Antara yang terbaru ialah projek menternak ikan keli, kambing, lembu, ikan laut, dan lintah. Kebanyakkan projek ini melibatkan program mentor-menti.

Antara yang terbaru dan menarik ialah projek menternak lintah. Projek ini dibiayai oleh Mara dari segi kewangan manakala Mentor pula akan membekalkan peralatan, benih, nasihat dan membeli semula lintah2 tersebut. Pulangan modal sungguh menguntungkan dan hasilnya boleh dikecapi dalam masa yang singkat dan boleh diusahakan secara sambilan. Kepada kawan2 yang berminat mahu menceburi dalam bidang ini atau sekadar mahu tahu lebih lanjut, boleh lah merujuk kepada pejabat2 Mara yang berdekatan.

Bagi projek lain yang bukan bercorak agrikultur, kawan2 boleh juga merujuk kepada pejabat Mara.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com



Friday, May 16, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 09/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Saya minta maaf kerana agak lambat membuat update mengenai kawan2 kita semua kerana berada diluar kawasan liputan sejak dari minggu lepas.

Perkembangan selanjutnya ialah setakat hari ini saya belum ada menerima apa apa nama baru yang boleh ditambah didalam senarai kita. Oleh itu angka 68 kekal sebagai jumlah semua nama kawan2 yang sudah dapat dikumpul. Lebih 10 pucuk surat dihantar kepada 10 nama/alamat kawan kita tapi masih tidak mendapat balasan.

Diperkembangan yang lain pula, saya telah menghubungi beberapa orang pegawai mara khususnya di bahagian pembangunan usahawan untuk dijemput bersama dalam majlis reunion kita nanti. Ini ada lah untuk memperjelaskan kepada kita tentang peluang2 yang diboleh direbut oleh kita sebagai bekas pelatih IKM. Saya juga mendapat makluman dari mereka mengenai peluang2 semasa yang telah sedia ada yang perlu disegerakan. Dalam email yang seterusnya saya akan jelaskan tentang peluang2 tersebut juga mengenai pembiayaan Mara dalam projek2 tertentu.


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com