Thursday, May 22, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 20/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tidak apa apa perubahan tentang bilangan nama kawan2 kita yang sudah dapat dikumpul. Jumlah keseluruhan nama yang terkumpul sehingga kehari ini ialah 68 orang. Kita harap beberapa nama lagi akan dapat dikumpul dalam tempoh kurang 6 bulan akan datang ini. Diharap sama2 lah kita melipat gandakan proses pencarian kita seterusnya. Tarikh dan tempat majlis reunion kita masih kekal seperti mana yang dirancang. Bayaran dan cara2nya akan saya jelaskan dalam email bulan june nanti.

Mengenai email saya sebelum ini mengenai beberapa projek tajaan Mara, seperti mana yang dijanjikan bersama ini saya sertakan beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk difikirkan

Untuk pengetahuan sahabat2 semua, sekarang bahagian usahawan Mara telah memperkembangkan lagi bantuan kewangannya kepada projek2 agrikultur selain dari projek2 sedia ada, Antara yang terbaru ialah projek menternak ikan keli, kambing, lembu, ikan laut, dan lintah. Kebanyakkan projek ini melibatkan program mentor-menti.

Antara yang terbaru dan menarik ialah projek menternak lintah. Projek ini dibiayai oleh Mara dari segi kewangan manakala Mentor pula akan membekalkan peralatan, benih, nasihat dan membeli semula lintah2 tersebut. Pulangan modal sungguh menguntungkan dan hasilnya boleh dikecapi dalam masa yang singkat dan boleh diusahakan secara sambilan. Kepada kawan2 yang berminat mahu menceburi dalam bidang ini atau sekadar mahu tahu lebih lanjut, boleh lah merujuk kepada pejabat2 Mara yang berdekatan.

Bagi projek lain yang bukan bercorak agrikultur, kawan2 boleh juga merujuk kepada pejabat Mara.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com



No comments: