Monday, August 4, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 22/07/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Proses pencarian dan menanya khabar kawan2 yang masih tidak dihubungi masih berjalan berterusan. Diharap kita dapat menghubungi sebahagian dari mereka sebelum tiba hari majlis reunion nanti. Kalau boleh tidak ada yang ketinggalan. Sekali lagi saya meminta kawan2 yang mempunyai alamat2 kawan yang masih belum ditemui itu, sila berikan kepada saya, jika kebetulan saya berada dikawasan yang berhampiran dengan rumah mereka, saya akan ketuk pintu rumah mereka. Senarai kawan2 yang masih belum dikesan akan disiarkan pada email berikutnya.

Lanjutan dari email mengenai majlis pelancaran koperasi alumni IKM, saya telah mendapat panggilan dan pertanyaan dari kawan2. Antara yang sudah menyatakan kesedian untuk sama2 hadir pada majlis itu ialah Syed dan Sujah. Sesiapa lagi yang yang hendak hadir walaupun tidak sempat mendaftarkan diri, saya rasa kita boleh terus saja datang ke PWTC pada 23 Ogos ini jam 8.00 pagi hari sabtu ini dan daftar disana. Habis majlis nanti boleh kita lepak kat mana2 kedai mamak yang berhampiran sambil sembang2. Bab bayar membayar untuk menjadi ahli koperasi itu tidak semestinya kita bayar semasa hadir kesana atau sebelumnya jika tidak bersedia. Yang penting kita hadir dulu dan dengar apa yang mereka kata.

Saya difahamkan antara matlamat koperasi ini ditubuhkan ialah untuk membentuk sebuah jaringan (network) perniagaan antara ahli ahli atau bekas2 pelatih IKM seluruh Malaysia. Saya rasa ini satu peluang yang sangat baik untuk kita semua dan merasakan tepat pada masanya kita pula bersatu dalam reunion kita sendiri nanti.

Sesiapa yang mempunyai rancangan atau berminat dalam bidang pertanian khasnya dalam bidang penanaman kelapa sawit, boleh menghubungi saudara Zahir LSB di telefon 019-2243120. Beliau boleh membekalkan benih sawit dari jenis terbaik dengan harga yang teristimewa kepada kawan2 semua.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah berbuat sekarang.

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

No comments: