Assalamualaikum Kawan2 Semua.
Harap maaf sebab hampir 10 hari tak buat update. Ini ada lah kerana saya bercuti dari sehari sebelum hari raya haji sehingga ke sehari selepas Krismas. Hari ini baru masuk kerja. Lepas ni nak cuti lagi, cuti tahun baru dan hantar anak sekolah.
Perkembangan terbaru ialah kita telah dapat mengesan seorang lagi kawan lama kita, iaitu saudara
Omar bin Hamzah. (LSB-A)
Ini ada lah hasil terjah kekampungnya pada masa cuti yang lalu. Walaupun dia sudah tidak menetap di kampung tersebut tetapi masih ramai lagi saudara maranya dan ahli keluarganya dikampung tersebut yang masih berhubung dengannya.
Ini bermakna kita sudah mempunyai 58 nama yang boleh dihubungi.
Bersama ini disertakan sekeping gambar lama untuk tatapan kawan2 semua.

Omar ada lah yang paling kiri sekali, dikuti oleh Jamal dan Hadi (masih dalam pencarian), Azahari dan Fauzi (sudah ditemui)
Saya juga akan menerjah seorang lagi kawan kita yang agak penting iaitu pada 29hb Disember ini di Kampung Teluk Berembang, Lubok China, Melaka. Harap harap berhasil (cuba teka, siapa?) Jika kita berhasil menemui saudara kita ini, saya percaya banyak maklumat baru akan dapat dikumpul.
Diharap juga kawan2 yang dapat sebarang maklumat dari kawan2 lain supaya menghubungi saya untuk di update kan maklumat nya.
Sekian dulu untuk kali ini, Wasallam
Azahari bin Abdullah
012-9161042
Azba757@streamyx.com
No comments:
Post a Comment