Friday, January 25, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 25/01/2008

Assalamualaikum Kawan2 Semua

Untuk pengetahuan semua, angka 63 iaitu jumlah nama terkini masih tidak berubah. Tidak ada sebarang perkembangan terbaru mengenai kawan2 baru yang dapat dikesan. Kita akan menjangkakan angka ini akan berubah juga sebelum masa sebenar Reunion 2008 itu nanti diadakan. Beberapa keping surat juga telah dihantar kealamat kampung masing tetapi masih tidak ada respons. Diharap musim cuti raya cina ini mereka akan pulang ke kampong dan dapat membaca surat yang dihantar itu.

Walaupun begitu, beberapa perkembangan yang menakjubkan mengenai kawan2 sedia ada amat membanggakan. Di antaranya ialah

1. Tuan Haji Hamzani (LRB) telah selamat kembali ke tanah air pada 15hb Januari lepas selepas berjaya menamatkan tugasnya di tanah suci pada musim haji yang lalu.

2. Saudari Ramlah atau Emi (LRB) telah selamat menerbitkan novel nya yang bertajuk “RINDU BERBISIK” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan nama penanya Indah Hairani. Diharap kawan2 yang meminati membaca novel boleh lah membeli nya, juga sebagai tanda sokongan kepada kawan kita.

3. Saudari Norazmah (LSB-2) bersama suaminya sekarang telah menceburi dalam bisnes perabut jati. Suaminya sekarang sedang membuat promosi perabut jati di Tesco Ampang selama sebulan bermula dari semalam. Sesiapa yang berminat dengan perabut ini bolehlah melawatnya disana. Diskaun special untuk kawan2. Kawan2 yang berminat untuk berjinak2 dalam bidang ini juga di offerkan untuk menjadi ejen.

Sekian dahulu untuk kali ini. Sekali lagi saya meminta kepada kawan2 sedia ada yang masih menyimpan atau memiliki alamat2 kampung kawan2 kita yang masih tidak dapat dikesan itu supaya memberinya kepada saya untuk tindakan lanjut.

Terima Kasih.

Yang Benar

Azahari bin Abdullah
012-9161042
Azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com

No comments: