Tuesday, October 30, 2007

Terbaru Sehingga 30hb Oktober 2007

Assalamuaikum Sahabat sahabat semua

Bersama ini disertakan senarai nama kawan2 kita yang sudah boleh dihubungi seperti mana yang dijanjikan. Kita sudah dapat mengumpul maklumat kawan2 semua seramai 39 orang dalam masa lebih kurang 1 bulan. Ini satu perkembangan yang menakjubkan memandangkan mengesan orang yang “lost contact” lebih dari 20 tahun bukannya mudah. Semua ini ada lah atas usaha gigih dan semangat kerjasama kawan kawan semua. Jika kita berteruskan mengekalkan semangat ini sudah pasti impian kita untuk mengadakan majlis reunion 2008 nanti akan menjadi kenyataan.

Sila lihat maklumat yang dilampirkan dalam ms words



Sekian dimaklumkan, terima kasih


Azahari bin Abdullah
012-9161042

BEKAS PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA
PETALING JAYA

JURUSAN LUKISAN JENTERA, SENIBINA DAN RANGKABINA
SESSI 1985 – 1986

SENARAI NAMA KAWAN2 YANG BOLEH DIHUBUNGI SEHINGGA 29.10.2007


LJM
Azahari bin Abdullah
Badrul
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Hasnan bin Muhammad
Rizuan bin Abd Razak
Nasir bin Yahya
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Zukila
Laila

LJB
Osman
Basiron
Malek
Ridzuan
Zuhairi
Sujah
Sulaiman
Rodzi
Azlan

LSB A
Mohd Noor
Mohamad Zailani
Ahmad Fadil
Fauzi bin Ibrahim
Shahran
Dzahir bin Karim
Adnan

LSB B
Bob
Ishak
Aziz
Rosnah


LRB
Mohd Hadzir
Azahari bin Mustafa
Amir bin Hassan
Othman Bin Ghani
Wan Mohd Ruzman
Jamaluddin
Hamzani
Ramlah
Noraini bin Sudarji
Shahidan

Tenaga Pengajar
Encik Hamid (LJ)
Encik Ibrahim (LJ)
Encik Rozi (LJ)
Encik Kamil (LRB)
Encik Kadir (LJ)
Encik Khalid (LSB)
Ustadz Narahwi


Boleh dihubungi melalui Email

Azahari bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Rizuan bin Abd Razak
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Mohd Noor
Mohamad Zailani
Ahmad Fadil
Dzahir bin Karim
Adnan
Amir bin Hassan
Hamzani
Ramlah
Shahidan
Rodzi


Jumlah semua yang boleh dihubungi sehingga 29.10.2007 – 39 orang
Jumlah semua bekas pelatih ikm pj (anggaran 100 orang)
Yang masih dicari 61 orang
Tarikh Mula mencari 28.09.2007



Senarai nama yang bakal diketahui dalam tempoh masa terdekat

Omar (LSB)
Zawah (LJ)
Zulkefli (LJ)
Hanafiah (LSB)
Suraya (LSB)
Isnin (LRB)

Terbaru Sehingga 29hb Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian

Kita akan mengadakan satu majlis perjumpaan beramas mesra (ramas aje lah apa yang ada) pada hari ahad 4/11/2007 jam 5.00 petang di Restoran Nurislah.No.59, Jalan 5/76B, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Untuk perhatian semua, perjumpaan ini bukan lah majlis reunion yang kita cadangkan itu. Majlis reunion sebenar itu tetap akan di adakan pada tahun hadapan (2008).

Majlis yang hendak di adakan di desa pandan ini ada lah untuk beramas mesra dan berbincang mengenai rancangan mengadakan majlis reunion tahun depan itu. Ianya terbuka kepada semua bekas pelatih IKM PJ sessi 85/86 terutamanya dari sekitar KL/Selangor dan sekitarnya. Diharap semua dapat meluangkan masa.

Bagi kawan2 yang jauh jika kebetulan berada di KL sekitar tarikh tersebut juga dijemput untuk memeriahkan sekali majlis tersebut nanti.

Untuk perhatian semua, Restoran Nurislah adalah kepunyaan salah seorang kawan kita iaitu saudara Ishak (LSB). Ianya terletar berhampiran dengan IKM Kg. Pandan.

Lagi satu, untuk makluman, Mak Cik yang menjual kat warung tepi IKM dulu (yang bagi hutang buku 555) telah pun meninggal dunia 4/5 tahun lepas. (Dia ada mewasiatkan sesiapa yang masih berhutang dengannya hendaklah menjelaskan kat aku……….)

Sekian, Wasallam



Azahari bin Abdullah
012-9161042

Terbaru Sehingga 25 Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian.

Perkembangan terbaru ialah kita telah dapat berhubung dengan beberapa lagi kawan lama kita atas usaha gigih kawan kawan kita semua. Antara yang terbaru yang boleh dihubungi dengan email ialah saudara Shahidan dari kelas LRB dan saudara Fadir dari kelas LSB. (Sila lihat email address). Ada juga kawan2 lain yang dapat di hubungi hanya dengan phone. Semuanya sekarang sekitar 32 orang dan kita percaya ianya akan bertambah lagi dari semasa kesemasa.

Ada juga antara kawan kawan kita bertanya siapakah diantara kita yang jadi ketua atau presiden atau pengerusi atau boss atau sebagainya untuk majlis reunion itu nanti. Untuk pengetahuan kawan kawan semua, setakat ini kita tidak mempunyai sebarang ketua atau boss. Kita buat ini atas insentif masing masing dengan ikhlas hati tanpa memikirkan benda benda semacam tu. Cuma untuk setakat ini saya dengan rela hati melantik diri sendiri sebagai pengumpul maklumat secara berpusat. Ini memandangkan buat masa ini keadaan ditempat kerja saya tidak berapa sibuk. Dengan itu sahabat sahabat semua wajar lah melantik diri sendiri untuk bekerjasama mengumpul maklumat kawan kawan lain yang masih tersembunyi dialam yang serba terang ini.

Memang ada sebuah hadis yang lebih kurang berbunyi lebih kurang begini “bila kamu berdua, maka hendaklah kamu melantik antara kamu salah seorang sebagai ketua”. Ini kita akan memikirkan kemudian setelah antara kita duduk semeja berbincang kerana masanya memang akan tiba sebab bila nak buat majlis semacam ni memang kita kena ada ahli jawatan kuasa dan sebagainya. Tapi dalam proses mencari, mengesan dan mengumpul ini, biarlah kita sendiri menjadi “boss” kita sendiri masing masing……

Disini kita juga dapat mengesan bekas cikgu cikgu ikm kita. Antara yang dapat dikesan ialah Encik Hamid (LJ), Encik Kadir (LJ), Encik Rozi (LJ) Encik Kamil (LRB), Encik Ibrahim (LJ), Tok Ayah (LJ), Puan Rohayah (LJ)

Yang masih tidak dapat dikesan ialah Encik Khalid (LSB), Encik Kamal (LSB) dan Ustaz Nahrawi.

Dengan itu, diharap setiap dari kita yang telah dapat mengesan atau mengumpul mana mana maklumat tentang kawan kawan kita itu tanpa segan silu memaklumkan kepada saya untuk disimpan. Semoga selepas ini tidak terjadi lagi tragedi “Lost Contact” dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini.

Selepas ini nanti saya akan sertakan senarai nama kawan kawan yang telah dikumpul.

Maklum balas, cadangan atau apa apa buah fikiran atau idea bernas sangat lah diharapkan dari sahabat2 semua.


Sekalian…..


Azahari bin Abdullah
012-9161042

Terbaru Sehingga 23 Oktober 2007 - II

Assamualaikum Emi.

Balik dari kl semalam terus start kerja ke?. Terkilan juga sebab tak dapat jumpa emi hari itu, tapi tak pe lah kita boleh bincang dalam email ni. Salah satu yang nak disembangkan ialah nak tanya emi, ada berapa kawan kawan kita yang masih boleh berhubung atau dihubungi dengan emi. Kalau boleh emi beritahu saya nama2 mereka tu. Kalau tak nak bagi no phone pun tak pe. Yang penting masih boleh di konteks. Saya cuma nak buat statistik berapa ramaikah kawan2 kita yang masih boleh dihubungi dan berkemungkinan besar akan hadir dalam majlis itu nanti. Kalau boleh, emi juga dapat menghubungi mereka dan menyatakan hasrat kita nak mengadakan majlis reunion nanti.

Saya juga ada buat kertas cadangan berkenaan majlis itu. Saya ingat saya nak bentangkan dan bincangkan dengan emi masa emi kat kl tu. Tapi tak pe lah nanti saya email kan kertas cadangan tu untuk kita bincangkan sama2.



Azahari bin Abdullah
012-9161042

Sehingga 23hb Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian

Selepas seminggu bercuti hari raya, tentu agaknya banyak cerita cerita yang boleh dikongsi bersama umpamanya berjumpa dengan kawan kawan lama IKM dulu. Kalau ada yang berjumpa dengan kawan kawan lama tu atau bertukar tukar no phone, jangan segan silu beritahu member lain juga supaya segala maklumat dapat di simpan secara berpusat.

Raya tahun ni aku pergi ke rumah Wan Ruzman (LRB), encik Hamid (LJ) dan encik Kadir (LJ). Dan tidak lupa aku menyampaikan hasrat untuk mengadakan majlis reunion pada 2008 nanti.

Sahabat sahabat sekalian. Setiap kita hendaklah membayangkan bahawa majlis yang hendak kita adakan nanti bukanlah majlis perseorangan atau ajenda individu atau anjuran individu2 tertentu. Ianya ada lah majlis kita semua. Oleh itu kita perlu lah bekerjasama samaada dalam kaedah mencari atau mengesan dan megumpul maklumat sehinggalah kepada membuat perancangan mengadakan majlis itu nanti. Setiap seorang dari kita mestilah merasa bertanggung jawab untuk menjayakan majlis itu nanti. Dalam bahasa yang mudah, boleh lah difahamkan bahawa majlis itu nanti ada lah majlis kita kita dan keluarga kita. Tujuannya juga ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kita dan juga keluarga kita.

Azahari bin Abdullah
012-9161042

Terbaru Sehingga 11 Oktober 2007

Saya sekeluarga juga mengambil kesempatan disini mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN” kepada sahabat2 semua. Kita jumpa semula lepas raya ni insyallah.

Terbaru Sehingga 10 October 2007

Assalamualakum sahabat sekalian.

Kita dah dapat seorang lagi sahabat email yang sama2 berbincang pasal majlis reunion kita nanti. Beliau ialah Tuan Haji Hamzani atau nama manjanya Am dari kelas LRB. Buat sementara ini beliau lah satu satu sahabat dari selatan tanah air yang boleh di access melalui email. Beliau juga bersetuju meluangkan masa untuk menjadi wakil kelas LRB zon selatan sekali gus wakil bagi semua kelas bagi zon selatan. Email beliau ialah masid66@yahoo.com

Sekarang senarai kawan2 email kita seperti berikut

Mohd Zuki – Kedah (LJ)
Dzahir – Kedah (LSB)
Zailani – KL (LSB)
Rizuan – Penang (LJ)
Amir Hassan – KL (LRB)
Mat Noor – Kuantan (LSB)
Azahari – KL (LJ)
Ramlah@emi – K.Trengganu (LRB)
Hamzani – Johor (LRB)
Syed Nazaruddin – Bangi (LJ)

Kita masih kurang wakil wakil dari kelas LJ yg satu lagi dan juga LSB yg satu lagi. (masa dulu kita ada 2 kelas LJ, 2 kelas LSB dan 1 kelas LRB)

Tuesday, October 9, 2007

Terbaru sehingga 9hb Oktober 2007

Assalamualakum sahabat2 sekalian.

Beberapa perkembangan terbaru tentang pengumpulan maklumat kawan kawan kita ialah buat masa ini kita sudah ada 28 orang yang boleh dihubungi, terdiri dari pelbagai jurusan dan dari segenap pelusuk Malaysia.

Jika semua member kita lebih kurang 90 orang, bermakna kita sudah mencapai lebih kurang 30%.

Dari beberapa perbualan dengan sahabat, ada juga antara sahabat kita telah pulang ke rahmatullah. Tetapi berita ini belum disahkan lagi.

Manakala ahli email kita pun sudah bertambah iaitu Ramlah LRB, Syed LJ, Dzahir LSB dan pertukaran email address Zuki. Sila update

Diharap pada member2 dari LSB dan LRB menyediakan senarai penuh bekas bekas pelatih dari kelas masing masing samada yang dapat dihubungi atau tidak. Ini ada lah untuk memudahkan mengesan mereka mereka yang mungkin kita lupai.

Saya juga mengharapkan sebarang input atau cadangan atau saranan dari sahabat sahabat sekalian dalam proses kita menjayakan majlis ini nanti.


Sekalian

Wasallam


Jawapan dari Zailani

Assalamu'alaikum.

Ini nama bekas pelajar LSB 4A yg saya ingat. Yang 2 lagi minta Md Noor & Dzahir tolong tambah.
1. Melor
2. Narema
3. Rubiah
4. Suraya
5. Hanafiah
6. Md Noor
7. Abu Karim
8. Ahmad Fadil
9. Omar
10. Rozi
11. Othman Mohamad
12. Fauzi13. Dzahir
14. Abu Bakar
15. Jamaludin Rani
16. Adnan
17. Mohamad Zailani
18. Shahran
19.
20.

SekianWassalam

Monday, October 8, 2007

Terbaru sehingga 8hb Oktober 2007


Perkembangan terbaru sehingga 8hb oktober 2007. Pada hujung minggu lepas banyak perkara baru berlaku dan banyak maklumat teman teman dapat di kumpul. Dari encik Kamil LRB, aku dapat no konteks Wan Ruzman dan Ramlah. Dari Wan Ruzman aku dapat Osman dan Hamzani. Dari Hamzani, aku dapat Malek, Wan LJB dan Bob. Ramlah berjanji nak beri nombor contact budak budak perempuan. Dalam bab ini aku serahkan kepadanya.


Pada hari sabtu aku telah pergi kerumah Syed di sungai Merab. Nasib baik dapat berjumpa. Dari Syed aku dapat no Badrul, Ishak dan Nasir. Dari Badrul pulak aku dapat Hasnan.


Pagi tadi dapat email dari Zuki dengan beberapa no konteks iaitu Basiron, Sujah, Man Baling, Shahran dan Zahir.


Aku dah dapat bersembang dengan Basiron. Manakala Sujah belum balas lagi SMS aku. Geng2 utara aku serahkan pada Zuki. Dengan Ishak pula aku janji nak pergi ke restoran dia kat Pandan Indah lepas raya nanti.

Semuanya sekarang dah ada lebih kurang 28 nama bekas pelatih IKM PJ yang boleh dihubungi. Segala maklumat tersimpan dalam master copy.
Menurut pehitungan aku ada lebih kurang 90 orang semuanya bekas pelatih dan ini bermakna kita baru dapat mengumpul 30%.
Kita harap selepas hari raya nanti kita akan dapat menambah lagi jumlah bekas pelatih yang dapat dihubungi.


Ramlah yang tak berapa cam dengan aku minta gambar aku. Inilah saja gambar yang dapat aku beri yang kebetulan aku ciluk dari laman RF.....


Wednesday, October 3, 2007

Pengistiharan AJK Sementara atau Wakil Kelas

Assalamualaikum sahabat sahabat semua

Untuk merealisasikan impian kita mengadakan majlis reunion nanti, aku mencadangkan untuk peringkat awal ini kita tubuhkan jawatan kuasa sementara untuk menguruskan mengumpul data dan maklumat sahabat sahabat lain.

Dibawah ini disenaraikan seperti berikut.

Lukisan Jentera Merah (LJM)
Zuki
Wan
Laila *

Lukisan Jentera Biru (LJB…..aku dah lupa warna sebenarnya)
Rodzi
Man Sengap

Lukisan Senibina (Kalau tak silap aku ada 2 kelas……..nanti susun balik)
Mat Noor
Zailani
Fauzi
Aziz

Lukisan Rangkabina
Amir
Det

Laila juga dengan izin suaminya bertindak sebagai orang yang bertanggung jawab dalam hal hal bekas2 pelatih wanita (makcik makcik) sebab buat masa ini hanya dia seorang saja bekas pelatih wanita yang boleh dihubungi

Ki, tolong forwardkan email ni kat Rodzi. Kalau boleh minta email address dan phone number sekali.

Semoga setiap orang dari kita dapat berkerja sama sepenuhnya. Bersama ini disertakan Excel file yang mengandungi sedikit data yang perlu dikongsi dan isi. Kalau boleh alamat rumah tu diisi dengan segera, sebab senang nak hantar kad raya…..

Segala maklumat yang di update hendak lah dihantarkan kembali kepada aku untuk centeralised kat master copy. Diharap maklumat yang ada dalam file ini tidak disalahgunakan untuk apa apa kepentingan peribadi.

Ada cadangan supaya kita kembangkan atau gabungkan majlis ini dengan junior kita, tapi aku rasa buat masa ini kita cuba kumpulkan maklumat dan melihat sambutan dari batch kita dahulu. Kalau sambutan kurang, kita akan fikirkan kemudian.

Satu perkara yang tidak kurang penting ialah untuk pengetahuan sahabat sahabat semua, sebahagian besar bekas pelatih batch kita dulu gagal mendapat perkerjaan dalam bidang yang dipelajari di IKM dahulu. Ini ada lah kerana semasa tamat latihan IKM dulu, negara dilanda kegawatan ekonomi (1987 – 1988) menyebabkan ramai terpaksa bekerja diluar bidang latihan yang diterima. Selepas ekonomi pulih, sebahagian mereka ini sudah hilang semangat dan hilang keyakinan diri dan terus kekal dengan pekerjaan asal. Ini menyebabkan mereka mengalami sindrom rendah diri dan segan untuk berjumpa dengan mereka mereka yang agak bernasib baik. Oleh itu aku berharap kita hendak lah berhati hati meng”approach’ mereka. Jangan sekali kali lukakan hati mereka.

Segala masalah yang timbul atau apa apa cadangan sila beritahu kat aku.

Sekian untuk kali ini. Harap balas balik email ini sebagai tanda kalian telah menerimanya.


Azahari bin Abdullah
012-9161042

Tuesday, October 2, 2007

Perkembangan Semasa "Jejak Kasih"


Sahabat sahabat sekalian


Bebarapa sahabat telah dapat kesan dan telah diberitahu tujuan kita. Majoritinya memberi jawapan yang positif. Melalui mereka, kita juga meminta mereka mengesan "jejak kasih" lagi sahabat sahabat yang lain. Di harap proses "jejak kasih" akan berterusan dan berjalan dengan lancar.


Tidak lama lagi kita akan mengistiharkan nama nama AJK atau wakil wakil kawasan. Kita juga akan menyertakan email mereka untuk dihubungi. Nama nama sahabat yang telah dikesan juga akan disiarkan disini.


Kita juga menggunakan perkhidmatan sahabat sahabat junior yang kita kenali untuk mengesan abang abang atau kakak senior mereka. Ini adalah kerana mereka ini masih berhubung dengan abang abang atau kakak kakak angkat mereka selepas keluar dari IKM.


Disini juga disertakan logo IKM PJ kita dulu (sekarang ni mereka dah guna logo baru....20 tahun, macam macam boleh jadi beb.....)