Tuesday, October 30, 2007

Terbaru Sehingga 29hb Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian

Kita akan mengadakan satu majlis perjumpaan beramas mesra (ramas aje lah apa yang ada) pada hari ahad 4/11/2007 jam 5.00 petang di Restoran Nurislah.No.59, Jalan 5/76B, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Untuk perhatian semua, perjumpaan ini bukan lah majlis reunion yang kita cadangkan itu. Majlis reunion sebenar itu tetap akan di adakan pada tahun hadapan (2008).

Majlis yang hendak di adakan di desa pandan ini ada lah untuk beramas mesra dan berbincang mengenai rancangan mengadakan majlis reunion tahun depan itu. Ianya terbuka kepada semua bekas pelatih IKM PJ sessi 85/86 terutamanya dari sekitar KL/Selangor dan sekitarnya. Diharap semua dapat meluangkan masa.

Bagi kawan2 yang jauh jika kebetulan berada di KL sekitar tarikh tersebut juga dijemput untuk memeriahkan sekali majlis tersebut nanti.

Untuk perhatian semua, Restoran Nurislah adalah kepunyaan salah seorang kawan kita iaitu saudara Ishak (LSB). Ianya terletar berhampiran dengan IKM Kg. Pandan.

Lagi satu, untuk makluman, Mak Cik yang menjual kat warung tepi IKM dulu (yang bagi hutang buku 555) telah pun meninggal dunia 4/5 tahun lepas. (Dia ada mewasiatkan sesiapa yang masih berhutang dengannya hendaklah menjelaskan kat aku……….)

Sekian, Wasallam



Azahari bin Abdullah
012-9161042

No comments: