
Sahabat sahabat sekalian
Bebarapa sahabat telah dapat kesan dan telah diberitahu tujuan kita. Majoritinya memberi jawapan yang positif. Melalui mereka, kita juga meminta mereka mengesan "jejak kasih" lagi sahabat sahabat yang lain. Di harap proses "jejak kasih" akan berterusan dan berjalan dengan lancar.
Tidak lama lagi kita akan mengistiharkan nama nama AJK atau wakil wakil kawasan. Kita juga akan menyertakan email mereka untuk dihubungi. Nama nama sahabat yang telah dikesan juga akan disiarkan disini.
Kita juga menggunakan perkhidmatan sahabat sahabat junior yang kita kenali untuk mengesan abang abang atau kakak senior mereka. Ini adalah kerana mereka ini masih berhubung dengan abang abang atau kakak kakak angkat mereka selepas keluar dari IKM.
Disini juga disertakan logo IKM PJ kita dulu (sekarang ni mereka dah guna logo baru....20 tahun, macam macam boleh jadi beb.....)
No comments:
Post a Comment