Assalamualaikum sahabat sahabat semua
Untuk merealisasikan impian kita mengadakan majlis reunion nanti, aku mencadangkan untuk peringkat awal ini kita tubuhkan jawatan kuasa sementara untuk menguruskan mengumpul data dan maklumat sahabat sahabat lain.
Dibawah ini disenaraikan seperti berikut.
Lukisan Jentera Merah (LJM)
Zuki
Wan
Laila *
Lukisan Jentera Biru (LJB…..aku dah lupa warna sebenarnya)
Rodzi
Man Sengap
Lukisan Senibina (Kalau tak silap aku ada 2 kelas……..nanti susun balik)
Mat Noor
Zailani
Fauzi
Aziz
Lukisan Rangkabina
Amir
Det
Laila juga dengan izin suaminya bertindak sebagai orang yang bertanggung jawab dalam hal hal bekas2 pelatih wanita (makcik makcik) sebab buat masa ini hanya dia seorang saja bekas pelatih wanita yang boleh dihubungi
Ki, tolong forwardkan email ni kat Rodzi. Kalau boleh minta email address dan phone number sekali.
Semoga setiap orang dari kita dapat berkerja sama sepenuhnya. Bersama ini disertakan Excel file yang mengandungi sedikit data yang perlu dikongsi dan isi. Kalau boleh alamat rumah tu diisi dengan segera, sebab senang nak hantar kad raya…..
Segala maklumat yang di update hendak lah dihantarkan kembali kepada aku untuk centeralised kat master copy. Diharap maklumat yang ada dalam file ini tidak disalahgunakan untuk apa apa kepentingan peribadi.
Ada cadangan supaya kita kembangkan atau gabungkan majlis ini dengan junior kita, tapi aku rasa buat masa ini kita cuba kumpulkan maklumat dan melihat sambutan dari batch kita dahulu. Kalau sambutan kurang, kita akan fikirkan kemudian.
Satu perkara yang tidak kurang penting ialah untuk pengetahuan sahabat sahabat semua, sebahagian besar bekas pelatih batch kita dulu gagal mendapat perkerjaan dalam bidang yang dipelajari di IKM dahulu. Ini ada lah kerana semasa tamat latihan IKM dulu, negara dilanda kegawatan ekonomi (1987 – 1988) menyebabkan ramai terpaksa bekerja diluar bidang latihan yang diterima. Selepas ekonomi pulih, sebahagian mereka ini sudah hilang semangat dan hilang keyakinan diri dan terus kekal dengan pekerjaan asal. Ini menyebabkan mereka mengalami sindrom rendah diri dan segan untuk berjumpa dengan mereka mereka yang agak bernasib baik. Oleh itu aku berharap kita hendak lah berhati hati meng”approach’ mereka. Jangan sekali kali lukakan hati mereka.
Segala masalah yang timbul atau apa apa cadangan sila beritahu kat aku.
Sekian untuk kali ini. Harap balas balik email ini sebagai tanda kalian telah menerimanya.
Azahari bin Abdullah
012-9161042
Wednesday, October 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment