Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian
Selepas seminggu bercuti hari raya, tentu agaknya banyak cerita cerita yang boleh dikongsi bersama umpamanya berjumpa dengan kawan kawan lama IKM dulu. Kalau ada yang berjumpa dengan kawan kawan lama tu atau bertukar tukar no phone, jangan segan silu beritahu member lain juga supaya segala maklumat dapat di simpan secara berpusat.
Raya tahun ni aku pergi ke rumah Wan Ruzman (LRB), encik Hamid (LJ) dan encik Kadir (LJ). Dan tidak lupa aku menyampaikan hasrat untuk mengadakan majlis reunion pada 2008 nanti.
Sahabat sahabat sekalian. Setiap kita hendaklah membayangkan bahawa majlis yang hendak kita adakan nanti bukanlah majlis perseorangan atau ajenda individu atau anjuran individu2 tertentu. Ianya ada lah majlis kita semua. Oleh itu kita perlu lah bekerjasama samaada dalam kaedah mencari atau mengesan dan megumpul maklumat sehinggalah kepada membuat perancangan mengadakan majlis itu nanti. Setiap seorang dari kita mestilah merasa bertanggung jawab untuk menjayakan majlis itu nanti. Dalam bahasa yang mudah, boleh lah difahamkan bahawa majlis itu nanti ada lah majlis kita kita dan keluarga kita. Tujuannya juga ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kita dan juga keluarga kita.
Azahari bin Abdullah
012-9161042
Tuesday, October 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment