Tuesday, October 30, 2007

Terbaru Sehingga 25 Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian.

Perkembangan terbaru ialah kita telah dapat berhubung dengan beberapa lagi kawan lama kita atas usaha gigih kawan kawan kita semua. Antara yang terbaru yang boleh dihubungi dengan email ialah saudara Shahidan dari kelas LRB dan saudara Fadir dari kelas LSB. (Sila lihat email address). Ada juga kawan2 lain yang dapat di hubungi hanya dengan phone. Semuanya sekarang sekitar 32 orang dan kita percaya ianya akan bertambah lagi dari semasa kesemasa.

Ada juga antara kawan kawan kita bertanya siapakah diantara kita yang jadi ketua atau presiden atau pengerusi atau boss atau sebagainya untuk majlis reunion itu nanti. Untuk pengetahuan kawan kawan semua, setakat ini kita tidak mempunyai sebarang ketua atau boss. Kita buat ini atas insentif masing masing dengan ikhlas hati tanpa memikirkan benda benda semacam tu. Cuma untuk setakat ini saya dengan rela hati melantik diri sendiri sebagai pengumpul maklumat secara berpusat. Ini memandangkan buat masa ini keadaan ditempat kerja saya tidak berapa sibuk. Dengan itu sahabat sahabat semua wajar lah melantik diri sendiri untuk bekerjasama mengumpul maklumat kawan kawan lain yang masih tersembunyi dialam yang serba terang ini.

Memang ada sebuah hadis yang lebih kurang berbunyi lebih kurang begini “bila kamu berdua, maka hendaklah kamu melantik antara kamu salah seorang sebagai ketua”. Ini kita akan memikirkan kemudian setelah antara kita duduk semeja berbincang kerana masanya memang akan tiba sebab bila nak buat majlis semacam ni memang kita kena ada ahli jawatan kuasa dan sebagainya. Tapi dalam proses mencari, mengesan dan mengumpul ini, biarlah kita sendiri menjadi “boss” kita sendiri masing masing……

Disini kita juga dapat mengesan bekas cikgu cikgu ikm kita. Antara yang dapat dikesan ialah Encik Hamid (LJ), Encik Kadir (LJ), Encik Rozi (LJ) Encik Kamil (LRB), Encik Ibrahim (LJ), Tok Ayah (LJ), Puan Rohayah (LJ)

Yang masih tidak dapat dikesan ialah Encik Khalid (LSB), Encik Kamal (LSB) dan Ustaz Nahrawi.

Dengan itu, diharap setiap dari kita yang telah dapat mengesan atau mengumpul mana mana maklumat tentang kawan kawan kita itu tanpa segan silu memaklumkan kepada saya untuk disimpan. Semoga selepas ini tidak terjadi lagi tragedi “Lost Contact” dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini.

Selepas ini nanti saya akan sertakan senarai nama kawan kawan yang telah dikumpul.

Maklum balas, cadangan atau apa apa buah fikiran atau idea bernas sangat lah diharapkan dari sahabat2 semua.


Sekalian…..


Azahari bin Abdullah
012-9161042

No comments: