
Perkembangan terbaru sehingga 8hb oktober 2007. Pada hujung minggu lepas banyak perkara baru berlaku dan banyak maklumat teman teman dapat di kumpul. Dari encik Kamil LRB, aku dapat no konteks Wan Ruzman dan Ramlah. Dari Wan Ruzman aku dapat Osman dan Hamzani. Dari Hamzani, aku dapat Malek, Wan LJB dan Bob. Ramlah berjanji nak beri nombor contact budak budak perempuan. Dalam bab ini aku serahkan kepadanya.
Pada hari sabtu aku telah pergi kerumah Syed di sungai Merab. Nasib baik dapat berjumpa. Dari Syed aku dapat no Badrul, Ishak dan Nasir. Dari Badrul pulak aku dapat Hasnan.
Pagi tadi dapat email dari Zuki dengan beberapa no konteks iaitu Basiron, Sujah, Man Baling, Shahran dan Zahir.
Aku dah dapat bersembang dengan Basiron. Manakala Sujah belum balas lagi SMS aku. Geng2 utara aku serahkan pada Zuki. Dengan Ishak pula aku janji nak pergi ke restoran dia kat Pandan Indah lepas raya nanti.
Semuanya sekarang dah ada lebih kurang 28 nama bekas pelatih IKM PJ yang boleh dihubungi. Segala maklumat tersimpan dalam master copy.
Menurut pehitungan aku ada lebih kurang 90 orang semuanya bekas pelatih dan ini bermakna kita baru dapat mengumpul 30%.
Kita harap selepas hari raya nanti kita akan dapat menambah lagi jumlah bekas pelatih yang dapat dihubungi.
Ramlah yang tak berapa cam dengan aku minta gambar aku. Inilah saja gambar yang dapat aku beri yang kebetulan aku ciluk dari laman RF.....
No comments:
Post a Comment