Tuesday, December 16, 2008

Kemuncak Majlis Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 - 01

Assalamualaikum kawan2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan semua.

Akhirnya saat dan tarikh yang sangat2 dinantikan itu sudah pun berlalu. Segalanya telah pun selesai. 30 orang bekas pelatih IKM PJ telah hadir disamping 6 orang bekas tenaga pengajar dikuti dengan beberapa orang kakitangan KKTM dan petugas2. Jika di campur bersama semua ahli keluarga yang ikut sama, jumlah keseluruhan yang hadir pada hari itu ialah sekitar 150 – 180 orang. Terharu dengan kawan2 datang dari pantai timur, utara dan selatan, memandu dari jauh atau menaiki bas.

Ramai bekas2 pelatih yang telah confirm untuk datang termasuk yang telah membuat pembayaran tetapi terpaksa menark diri disaat saat akhir atas sebab2 tersendiri yang tidak dapat dielakan. Jumlah kutipan dari bayaran ialah sebanyak RM 1970.00. (sehingga saat ini audit sebenar tidak dapat dibuat kerana senarai yang hadir dan bayaran masih berada ditangan AJK Pendaftaran).

Senarai yang hadir rasanya tidak perlu saya senaraikan memadai dengan melihat gambar mereka mengikut kursus masing2.

Hingga ke hari terakhir kita telah berjaya mengumpul 73 orang nama yang dapat dihubungi. Yang paling terakhir ialah saudara Tengku Hadi dari LJB.

Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Gambar yang lainnya akan diupload ke sesuatu website nanti dan linknya akan diemailkan seperti biasa.



Antara AJK yang hadir untuk persiapan terakhir sehari sebelum berlangsungnya majlis.



Bekas pelatih mengambil kesempatan bergambar dengan Ustaz Nahrawi. Semuanya ceria sebab ustaz dah cakap, kalau nak pasang dua, jumpa dia.
Encik Ibrahim dan Encik Azman bersama bekas murid kesayangan nya (agak nye le….)


Sesi bergambar. Geng2 LSB dengan Encik Khalid dan Encik Kamal (Maaf mutu gambar kurang memuaskan)



Geng2 LJ dengan Encik Ibrahim dan Encik Rozi



Geng2 LRB (Encik Kamil tak dapat datang)

Souvenir

Dibawah ini ialah gambar souvenir yang dihadiahkan kepada semua ahli yang hadir termasuk bekas tenaga pengajar dan kakitangan KKTM. Ianya ditempah khas untuk dimiliki oleh semua bekas pelatih IKM PJ sesi 85/86 sama ada hadir atau pun tidak. Ianya merupakan sekeping pinggan ceramik berwarna putih yang bercetak logo IKM PJ dan tulisan dan ucapan mengenai majlis reunion kita yang datang bersama stand plastik, kotak dan beg kertas. Ianya tidak dijual dimana2 dan anda tidak akan mendapati tempat lain. Yang paling penting ialah ianya tercipta sememangnya untuk dimiliki oleh anda. Orang lain yang tidak ada kena mengena tidak tahu tentangnya. Harganya ialah RM16.00 merupakan harga kilang disamping harga beg itu RM 1.00. Jika tuan/puan ingin memilikinya boleh lah memesan dengan saya selagi stok masih ada dengan konsep siapa cepat dia dapat. Belanja pos tidak termasuk dan saya tidak menggalakkan ianya di pos kerana dikhuatirkan pecah dan seeloknya dikirimkan by-hand. Kepada kawan yang telah membayar tetapi tidak dapat hadir akan diberikan dengan percuma.





Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah

012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT DATANG KE
MAJLIS REUNION ALUMNI
INSTITUT KEMAHIRAN MARA PETALING JAYA
SESSI 1985-1986
BERTEMPAT DI
DEWAN KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) PETALING JAYA
No. 12 Jalan Templer, Petaling Jaya Selangor
PADA 13.12.2008 BERSAMAAN HARI SABTU
BERMULA JAM 12.00 TENGAH HARI

Sunday, November 9, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 31/10/2008

Assalamualaikum kawan2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan semua.

Pencarian kawan2 bekas pelatih IKM kita masih berjalan seperti biasa. Beberapa nama lagi dijangka akan bertambah sebelum bermulanya majlis reunion kita yang hanya akan berlangsung kira kira sebulan lebih sahaja lagi sekarang. Diharap kawan2 semua ada ini dapat mengesan saki baki kawan2 kita yang lain itu yang dalam lingkungan 10 hingga 20 orang lagi.

Lanjutan dari majlis perjumpaan sempena hari raya yang lalu, satu resolusi antara yang hadir telah dicapai iaitu diharap bersama sama berkempen sesama ahli yang ada untuk memastikan kehadiran maksima seramai yang boleh. Diharap proses ini berjalan lancar. Saya sendiri akan memastikan dapat menghubungi setiap seorang dari ahli ahli kita yang sedia ada ini sama ada mereka dapat hadir atau tidak nanti. Ini ada lah penting untuk proses penyediaan makanan dan persiapan lainnya.

Mengenai bayaran kemajlis ini, bayaran boleh dibuat bila bila masa sahaja termasuk pada hari reunion nanti. Bajet untuk menjayakan majlis tersebut telah pun ada dengan di sponsor oleh beberapa pihak lain. Mengenai hal ini diharap kawan2 tidak perlu risau.

Pada hari selasa 28/10/2008 yang lalu, satu mesyuarat perlantikan AJK perlaksanaan majlis dan seterusnya menyusun aturcara pada majlis kita nanti telah pun diadakan. 7 orang ahli dari sekitar KL yang komited telah hadir. Mesyuarat berlangsung dari pukul 9.00 mlm dan berakhir ke hampir 12.00 malam di restoran Nur Islah. Butiran lanjut mengenai AJK dan aturcara majlis akan disiarkan pada email akan datang. Sesiapa yang tidak hadir juga akan dilantik bersesuaian dengan tugas dan pengalaman masing2.

Pada minggu berikutnya kita dijangka akan mengadakan satu lagi mensuarat bersama pihak KKTM (IKM) untuk memperkemaskan perjalanan majlis itu nanti.

Jemputan khas kepada bekas2 tenaga pengajar dan pihak2 tertentu akan dilakukan sebaik saja selesai mesyuarat itu nanti.

Selepas itu saya akan mengeluarkan nama2 kawan2 yang komited untuk hadir menjayakan majlis itu nanti

Seorang sahabat kita, Ruby telah menukarkan emailnya kepada robiahsulaiman@yahoo.com. Diharap kawan2 dapat update
email address masing2.

Sekali lagi dimaklumkan, Majlis reunion ini bukanlah majlis orang lain. Ianya dirancang dan diadakan khusus untuk kita iaitu untuk bekas pelatih IKM PJ 85/86. Tidak kira siapa kita. Kalau bukan kita yang akan hadir, pada siapa kah lagi yang kita harapkan????. Selepas ini, tidak tahu bila lagi kita ada peluang untuk berjumpa selepas lebih 20 tahun terpisah.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Tuesday, October 28, 2008

Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2008 Bekas Pelatih IKM PJ 85-86

Assalamualaikum

Kepada semua sahabat2 yang sangat2 dihormati dan dimuliakan.

Seperti yang sedia maklum, majlis perjumpaan bekas2 pelatih IKM PJ 85/86 sempena hariraya Aidil Fitri 2008 telah selamat dilangsungkan pada 19hb Oktober bersamaan Ahad lepas.

Kehadiran sangat membanggakan iaitu seramai 19 orang ahli telah menghadirkan diri. Jika dikira bersama ahli keluarga, lebih kurang 40 orang telah sama2 memeriahkan majlis tersebut. Lebih mengharukan lagi ialah kesudian kawan2 dari jauh yang sanggup datang untuk menceriakan lagi sambutan tersebut. Setengah2 dari mereka menyatakan perjumpaan ini boleh dikatakan “Berjaya”.

Sahabat2 yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya 2008

Zailani LSB
Sujah LJB
Ishak LSB (Tuan Rumah)
Rahimi LRB (Dari Ipoh)
Fauzi LSB
Det LRB
Syed LJM
Fadil LSB
Shahran LSB (Dari Penang)
Zuki LJM (Dari Penang)
Sulaiman LJB
Osman Ali LRB
Hamzani LRB (Dari Kluang Johor)
Adnan LSB
Jamal LJM
Shahidan LRB
Hanafiah LSB
Badrul LJM
Azahari LJM

Sahabat2 yang terpaksa membatalkan kehadiran disaat2 akhir

Azahari LRB
Sam @ Latta LSB
Othman Ghani LRB

Gambar2 yang dapat dipetik seputar majlis tersebut seperti berikut.

Setengah jam sebelum majlis perjumpaan. Kawan2 dari jauh sedang berehat sementara bertolak ke destinasi.

Antara yang terawal sampai dan menunggu kawan2 lain dan menjamah juadah dihidangkan

Antara kaum2 ibu dan anak anak yang hadir.

Beramah mesra selepas hampir 20 tahun berpisah

Semuanya serius…..

Penjelasan serba ringkas mengenai majlis reunion yang akan diadakan nanti. Perut tak sempat nak dikempiskan sebelum kamera dipetik……

Minta maaf kepada sahabat2 yang hadir tapi tiada dalam gambar….


Sekian dulu untuk kali ini. Selepas ini penumpuan seterusnya ialah pada Majlis Reunion kita bulan Disember nanti. Email mengenai perkembangan Reunion akan menyusul nanti

Wasallam

Azahari bin Abdullah

Thursday, October 9, 2008

Pengumuman : Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2008

Assalamualaikum Sahabat2 ku yang sangat2 dihormati sekalian

Perjumpaan Hari Raya untuk kawan2 bekas pelatih IKM PJ 85/86 telah dijadualkan akan diadakan pada
19hb Oktober 2008 bersamaan hari Ahad
bermula jam 5.00 petang hingga 7.30 malam
di Restoran Nur Islah, No 59, Jalan 5/76B, Desa Pandan, Kuala Lumpur
(Restoran Saudara Ishak LSB)

Semua di dijemput hadir lebih2 lagi kepada kawan yang berada
di sekitar Selangor/KL

Peta seperti yang dilampirkan

Sebarang pertanyaan, terus kan kepada saya, Azahari Abdullah LJM 012-9161042 atau kepada Saudara Ishak 012-2197625 / email nurislah@gmail.com

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 08/10/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Setelah agak lama tidak ada sebarang pertambahan nama baru. Diharap kawan2 yang terjumpa dengan kawan kita yang lain pada hari raya lalu dapat update kan kat saya untuk disimpan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kita akan mengadakan majlis perjumpaan hari raya seperti tahun lepas di Restoran Nurislah, (Restoran Ishak) Desa Pandan, Kuala Lumpur pada 19hb Oktober ini, bersamaan hari Ahad bermula jam 5.00 petang. Diharap semua kawan kawan yang berkelapangan atau yang kebetulan berada disekitar lembah kelang hadir kemajlis itu nanti. Bagi kawan2 yang sememangnya tinggal di sekitar lembah kelang adalah DIWAJIBKAN hadir.

Selain menyambut Aidil Fitri yang masih ada kita juga akan membincangkan perjalanan majlis reunion kita nanti dengan lebih terperinci.

Sesiapa yang masih tidak tahu hendak kesana, sila hubungi saya atau saudara Ishak untuk panduan.

Kepada kawan2 yang ingin membuat pembayaran, boleh lah memasukan wang anda kedalam akaun saya iaitu Maybank 114227002587 AZAHARI BIN ABDULLAH. Seperti yang dinyatakan saya akan memulangkan kembali wang kawan2 sekiranya majlis gagal diadakan tetapi jika kawan2 yang gagal hadir, tidak ada pemulangan kembali sekiranya tempahan telah dibuat. Cenderahati akan di poskan bagi yang gagal untuk hadir selepas pembayaran dibuat.

Formula untuk bayaran ialah seperti berikut:

RM 35 untuk diri sendiri. Pertambahan RM 15.00 untuk pasangan suami/isteri. RM 10.00 untuk anak2 yang berumur 12 tahun keatas. Pertambahan RM 5 untuk anak2 yang berumur 8 hingga 11 tahun. Percuma untuk anak2 yang berumur 7 tahun kebawah. (Walaubagaimana pun saya akan sedaya upaya mengumpul dana supaya pengurangan dapat dilakukan diatas
sumbangan diatas)


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 22/09/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sejak dari email terdahulu hingga ke hari ini, tidak ada sebarang pertambahan penemuan kawan2 IKM kita. Oleh itu indeks jumlah kawan2 yang terkumpul tidak berubah. Kita mengharap beberapa nama lagi akan bertambah menjelang hari reunion itu nanti yang tinggal lebih kurang tak sampai 3 bulan saja lagi.

Pelan saya ialah semasa menyambut aidil Fitri selama sebulan nanti (tarikh masih tidak ditetapkan lagi) satu pertemuan antara kawan2 peringkat lembah kelang akan diadakan ditempat biasa. Disana nanti kita akan berbincang secara lebih detail mengenai majlis akan dilangsungkan itu nanti.

Diulangkan lagi mengenai collection bayaran majlis hari reunion itu nanti. Beberapa orang kawan telah pun menyatakan komitmen untuk hadir dan sebahagian nya sudah pun membuat pembayaran. Diharap kawan2 yang berhasrat untuk hadir diharap menyatakan secara jelas kehadiran masing2 kepada saya supaya senang kita menyusun rancangan.

Kepada kawan2 yang ingin membuat pembayaran, boleh lah memasukan wang anda kedalam akaun saya iaitu Maybank 114227002587 AZAHARI BIN ABDULLAH. Seperti yang dinyatakan saya akan memulangkan kembali wang kawan2 sekiranya majlis gagal diadakan tetapi jika kawan2 yang gagal hadir, tidak ada pemulangan kembali sekiranya tempahan telah dibuat. Cenderahati akan di poskan bagi yang gagal untuk hadir selepas pembayaran dibuat.

Formula untuk bayaran ialah seperti berikut:

RM 35 untuk diri sendiri. Pertambahan RM 15.00 untuk pasangan suami/isteri. RM 10.00 untuk anak2 yang berumur 12 tahun keatas. Pertambahan RM 5 untuk anak2 yang berumur 8 hingga 11 tahun. Percuma untuk anak2 yang berumur 7 tahun kebawah. (Walaubagaimana pun saya akan sedaya upaya mengumpul dana supaya pengurangan dapat dilakukan diatas
sumbangan diatas)

Sahabat2 ku yang budiman. 22 tahun sudah berlalu. 2008 ada lah tahun yang bermakna sekali sekiranya setiap kita dapat menghadirkan diri dalam majlis reunion nanti. Ianya mungkin boleh diulang lagi atau mungkin tidak. Diharap semua sahabat dapat menerima majlis reunion ini dengan positif. Jika masih ada sesuatu yang masih melukai perasaan masing semasa 22 tahun yang lampau, diharap dapat dilupakan segala persengketaan itu. 22 tahun itu sudah jauh berlalu. Tidak perlu memendam kekesalan dan kedukaan seumur hidup anda.

Sempena Aidil Fitri yang akan menjelma beberapa hari nanti, bersama ini saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, sekiranya sepanjang saya mengatur program ini, ini ada yang tersilap dan tersalah atau mungkin ada yang tersinggung atau juga jika masih ada saki baki kesilapan yang berlaku sepanjang 85-86 di ikm pj dahulu. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com


Wednesday, September 3, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 28/08/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Dari minggu lepas hingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang pertambahan data penemuan kawan baru. Walaubagaimana pun kita dapat dipertemukan dengan beberapa orang bekas tenaga pengajar kita dulu yang juga akan dijemput sebagai tetamu kehormat dalam majlis reunion kita nanti.

Pada minggu ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai majlis perlancaran Koperasi Alumni IKM atau nama ringkasnya KALAM yang berlangsung sabtu lepas. Saya tidak dapat menerangkan dengan panjang lebar disini. Jika kawan2 nak tahu lebih lanjut boleh melawat di http://www.ekemahiran.com/. Laman khas KALAM rasa saya belum di lancarkan lagi. Antara tujuan penubuhan koperasi ini ialah seperti mana koperasi yang lain lain juga seperti koperasi felda, atm, pdrm dan sebagainya. Yang mungkin membezakannya ialah KALAM akan menjalankan perniagaan yang mengcakupi kemahiran ahli2nya. Ahli2 boleh mengeluarkan modal dengan membeli saham koperasi manakala pihak pentadbiran akan menjalankan perniagaan. Jika ada keuntungan ahli akan dibayar dividen. Pihak pentadbiran dipilih melalui system demokrasi dan mesyuarat agong akan diadakan setiap ? tahun.

Bayaran menyertai KALAM ialah RM50.00 sebagai ahli dan RM100.00 saham minimum dan maksimum RM10,000.00. Terbuka kepada semua bekas pelatih IKM/KKTM seluruh Malaysia

Itu saja yang dapat diterangkan. Mengenai kehadiran kawan2 dari batch kita ialah saya LJM, Syed Nasaruddinn LJM, Zolkeplee LJB dan Sujah LJB. Kawan2 dari LSB dan LRB tidak dapat hadir walaupun telah diberitahu dari awal. Selain turut mewakili IKM PJ ialah beberapa orang junior dan super2 junior. Bersama ini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan umum sepanjang majlis tersebut.

Dari kiri Sujah, Ramlan (junior) Syed, Zol dan Meor (junior). Syed sedang mengikuti perkembangan di Permatang Pauh melalui SMS

Bergambar bersama Puan Rohaya dan Junior

Bersama Junior

Barisan kepimpinan KALAM tahun 2010. Syed begitu optimized untuk memegang jawatan presiden KALAM dua tahun lagi. Tiada yang mustahil kerana jika 72 orang kawan2 kita yang dari IKM PJ menyokongnya dan ditambah lagi dengan para Junior2 kita, impian akan menjadi kenyataan. Buat masa ini batch kita merupakan antara yang teramai dan tersusun dapat disatukan…….

Hidangan pada hari tersebut yang disediakan oleh pihak PWTC
(Banyak lagi foto lain tapi tak semua boleh dimuatkan disini. Laman blog ni hanya boleh muat lebih kurang 8mb foto saja dalam satu satu masa, jadi jika tidak menjadi halangan, kita akan usahakan di posting akan datang)

Pandangan peribadi saya mengenai KALAM dan hubung kaitnya dengan kawan2 kita. KALAM merupakan satu platform dan satu peluang untuk kita berjumpa setiap tahun dan boleh juga menumpang untuk menjadi majlis reunion kita setiap tahun dengan cara yang lebih mudah. Oleh itu saya menyeru kepada kawan2 semua, join lah KALAM, kita boleh datang mesyuarat agung, boleh sembang2 dan makan2 disamping menunggu dividen yang dijanjikan.

Ulangan dari email yang lepas………………

Mengenai bayaran untuk menghadiri majlis reunion pula, seperti mana dimaklumkan ianya terbuka sehingga hujung oktober 2008. Pembayaran dan menyatakan komitmen awal sangat sangat dialukan kerana saya perlu membuat bajet untuk menyedian sajian makanan dan membeli sedikit cenderahati untuk kawan2 sekalian. Beberapa orang kawan2 kita telah menyatakan komitmen untuk hadir kemajlis itu nanti. Diharap kawan2 yang belum lagi berbuat demikian, eloklah memberitahu saya tahap keinginan mereka untuk hadir setidak2nya dapat saya membuat persediaan dan sebagainya.

Sempena ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, saya mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat berpuasa. Saya mengharapkan satu perjumpaan hari raya akan diadakan selepas berlalunya aidil fitri nanti untuk peringkat kawan di lembah kelang sekali gus untuk membentuk ahli jawatan kuasa sambutan majlis reunion itu nanti.

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com


Thursday, August 28, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 22/08/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tanpa di duga seorang lagi sahabat kita telah dapat dikesan. Beliau yang dimaksudkan itu ialah saudara Misran dari kelas LSB. Beliau sekarang menetap di Banting, Selangor. Ini bermakna jumlah keseluruhan kawan bekas pelatih IKM kita yang berjaya dikumpul ialah seramai 72 orang. Kita berjaya angka ini akan terus meningkat sehingga ke hari bersejarah itu nanti.

Mengenai bayaran untuk menghadiri majlis reunion pula, seperti mana dimaklumkan ianya terbuka sehingga hujung oktober 2008. Pembayaran dan menyatakan komitmen awal sangat sangat dialukan kerana saya perlu membuat bajet untuk menyedian sajian makanan dan membeli sedikit cenderahati untuk kawan2 sekalian. Beberapa orang kawan2 kita telah menyatakan komitmen untuk hadir kemajlis itu nanti. Diharap kawan2 yang belum lagi berbuat demikian, eloklah memberitahu saya tahap keinginan mereka untuk hadir setidak2nya dapat saya membuat persediaan dan sebagainya.

Esok 23hb Ogos, seperti dimaklumkan minggu lepas dan minggu sebelumnya, satu majlis perlancaran koperasi bekas pelatih IKM Malaysia akan dilancarkan di PWTC bermula jam 8 pagi. Diharap dapat berjumpa kawan2 disana.

Sempena ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, saya mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat berpuasa. Saya mengharapkan satu perjumpaan hari raya akan diadakan selepas berlalunya aidil fitri nanti untuk peringkat kawan di lembah kelang sekali gus untuk membentuk ahli jawatan kuasa sambutan majlis reunion itu nanti.

Pada minggu lepas secara kebetulan, saya telah berjumpa dengan Encik Khalid (Bekas Tenaga Pengajar LSB) yang kebetulan berkunjung ke pejabat saya. Beliau kini merupakan seorang usahawan dalam bidang arkitektur. Saya juga telah menyatakan hasrat menjemput beliau sebagai salah seorang tetamu dalam majlis kita nanti. Beliau sangat gembira dan sudah pasti ingin turut serta bersama kita.

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com


Thursday, August 21, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 05/08/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Agak terlambat untuk buat update kali ini memandangkan kesuntukan masa akhir akhir ini. Tidak ada sebarang kemasukkan maklumat baru mengenai kawan2 kita yang lain yang masih tidak ditemui. Saki baki sekitar 20 – 30 orang ini memang sukar dikesan. Antara apa yang boleh dilakukan ialah berdoa dengan Tuhan semoga mereka ini dapat ditemui dalam masa terdekat atau setidak2nya sebelum majlis reunion kita bermula.

Kawan2 yang mahu menghadiri majlis perlancaran koperasi bekas pelatih IKM juga diharap sama2 hadir dan memeriahkan lagi suasana selain daripada mengintai peluang yang ada (bukan intai aweks…..) lebih lebih lagi bagi kawan yang meminati dan ingin mencebur diri dalam bidang perniagaan. Diharap semua kawan dibukakan hati dapat hadir dalam majlis itu nanti dan yang paling besar sekali ialah dalam majlis reunion kita nanti.

Mengenai bayaran untuk menghadiri majlis reunion pula, seperti mana dimaklumkan ianya terbuka sehingga hujung oktober 2008. Beberapa orang kawan2 kita telah menyatakan komitmen untuk hadir kemajlis itu nanti. Diharap kawan2 yang belum lagi berbuat demikian, eloklah memberitahu saya tahap keinginan mereka untuk hadir setidak2nya dapat saya membuat persediaan dan sebagainya.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah berbuat sekarang.

Seperti yang dimaklumkan dalam email yang terdahulu, kawan kita, saudari Ramlah LRB atau nick name nya Emi telah melancarkan novel keduanya “Hanya Sebatas Ini” baru baru ini. Bersama ini di attached kan gambar kulit novel tersebut dan sedikit pesanan dari Emi atau nama penanya Indah Hairani. (Untuk Emi : Novel Emi tempoh hari sedang dibaca oleh anak saya yang no 4. Giliran bapaknya belum lagi……)



Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com







Monday, August 4, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 22/07/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Proses pencarian dan menanya khabar kawan2 yang masih tidak dihubungi masih berjalan berterusan. Diharap kita dapat menghubungi sebahagian dari mereka sebelum tiba hari majlis reunion nanti. Kalau boleh tidak ada yang ketinggalan. Sekali lagi saya meminta kawan2 yang mempunyai alamat2 kawan yang masih belum ditemui itu, sila berikan kepada saya, jika kebetulan saya berada dikawasan yang berhampiran dengan rumah mereka, saya akan ketuk pintu rumah mereka. Senarai kawan2 yang masih belum dikesan akan disiarkan pada email berikutnya.

Lanjutan dari email mengenai majlis pelancaran koperasi alumni IKM, saya telah mendapat panggilan dan pertanyaan dari kawan2. Antara yang sudah menyatakan kesedian untuk sama2 hadir pada majlis itu ialah Syed dan Sujah. Sesiapa lagi yang yang hendak hadir walaupun tidak sempat mendaftarkan diri, saya rasa kita boleh terus saja datang ke PWTC pada 23 Ogos ini jam 8.00 pagi hari sabtu ini dan daftar disana. Habis majlis nanti boleh kita lepak kat mana2 kedai mamak yang berhampiran sambil sembang2. Bab bayar membayar untuk menjadi ahli koperasi itu tidak semestinya kita bayar semasa hadir kesana atau sebelumnya jika tidak bersedia. Yang penting kita hadir dulu dan dengar apa yang mereka kata.

Saya difahamkan antara matlamat koperasi ini ditubuhkan ialah untuk membentuk sebuah jaringan (network) perniagaan antara ahli ahli atau bekas2 pelatih IKM seluruh Malaysia. Saya rasa ini satu peluang yang sangat baik untuk kita semua dan merasakan tepat pada masanya kita pula bersatu dalam reunion kita sendiri nanti.

Sesiapa yang mempunyai rancangan atau berminat dalam bidang pertanian khasnya dalam bidang penanaman kelapa sawit, boleh menghubungi saudara Zahir LSB di telefon 019-2243120. Beliau boleh membekalkan benih sawit dari jenis terbaik dengan harga yang teristimewa kepada kawan2 semua.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah berbuat sekarang.

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Wednesday, July 16, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 16/07/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Proses pencarian dan menanya khabar kawan2 yang masih tidak dihubungi masih berjalan berterusan. Diharap kita dapat menghubungi sebahagian dari mereka sebelum tiba hari majlis reunion nanti. Kalau boleh jangan ada yang ketinggalan. Manakala yang sudah sedia ini WAJIB hadir dalam majlis itu nanti.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah berbuat sekarang.

Perkembangan lain ialah mengenai pelancaran Koperasi Alumni IKM dan KKTM Malaysia yang terbuka kepada semua bekas pelatih IKM seluruh negara. Bersama ini diserta kan borang keahlian Koperasi tersebut. Segala pertanyaan yang berkaitan atau faedah2nya boleh terus menghubungi pihak koperasi. Diharap kawan2 semua tidak ketinggalan mendaftarkan diri. Borang yang disertakan ini dalam format PDF dan boleh di buka dengan Adobe Acrobat atau Acrobat Reader. Bagi yang tidak ada program ini.boleh di download dengan percuma di internet. (Borang dan dokumen yang berkaitan dengan Koperasi Alumni IKM tidak di sertakan disini tetapi telah di hantar melalui email masing masing)

Sementara itu baru baru saya telah bertemu dengan seorang sahabat kita, Puan Ramlah atau Emi dari LRB, di KL yang kebetulan datang untuk menghadiri majlis menanda tangani novel nukilan beliau bersama2 peminatnya2. Novel tersebut, yang berjodol “Rindu Berbisik” dengan nama penanya Indah Hairani dan diterbitkan oleh DBP. (Bukan senang nak dapat pengiktirafan DBP…..) Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penggiat2 seni sastera negara yang terkenal.

Beliau juga akan mengeluarkan novel terbaru beliau tidak lama lagi

Cover novel “Rindu Berbisik”

Kawan2 yang mempunyai idea atau ada kisah hidup masing2 yang mahu dinovelkan, boleh lah menghubungi Emi untuk digarapkan. Novel ini boleh didapati di kedai2 buku ternama atau boleh order terus dengan Emi dengan email terus kepada beliau.

(Saya teringat masa belajar kat IKM dulu, kat dalam kelas LJM pantang ada ayat ayat sastera atau sajak2, terus kena kondem dengan Encik Hamid……….)

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Sunday, July 13, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 07/07/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sehingga kehari ini dari tarikh terakhir email yang lalu, saya tidak menerima sebarang kemasukan nama nama yang baru. Walaubagaimana pun usaha merisik masih terus dijalankan. Diharap semua kawan2 sedia ada sama2 mengesan kawan2 kita yang masih tidak dapat ditemui.

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah dibuat sekarang.

Perkembangan lain pula ialah Saudara Shahidan LRB telah menukar email nya kepada dantoo65@yahoo.com dan saudara Karim LSB pula telah memberi email untuk memudahkan dihubungi iaitu carrim2rimila@yahoo.com.my. Diharap kawan2 semua meng update kan email address masing2.

Bersama ini pula disiarkan beberapa keping gambar yang dipetik semasa kenduri kahwin di rumah Ustadz Nahrawi untuk tatapan semua.


Gambar kerumah Ustaz

Pengantin lelaki tu anak ustaz. Pengantin perempuan tu menantu ustaz, yang kiri kanan tu besan ustaz….

Bersalam dengan ustaz. Kuat punya genggaman tu………

Ole ole dari ustaz


Tukar2 no hp dan menyatakan hasrat menjemput ustaz ke majlis reunion kita……..

Selamat tinggal ustaz, nanti jumpa lagi…………….

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang baru boleh dihubungi juga boleh merujuk laman blog tersebut untuk melihat perkembangan yang lepas2.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Monday, June 23, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 24/06/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tidak ada pertambahan terbaru terhadap nama nama kawan2 kita. Oleh itu jumlah kesemuanya kekal pada angka 71. Pencarian dan pengumpulan maklumat masih sedang dijalankan. Kawan2 semua diharap sama2 membantu mengesan mereka2 ini dan memberitahu saya maklumat mengenai mereka. Nama2 mereka yang masih diburu disertakan di bawah ini. Jika ada lagi mana2 nama2 yang tertinggal diharap beritahu saya untuk tindakan selanjutnya.

Cadangan diterima dari Tuan Haji Hamzani mengenai perjalanan majlis reunion ini nanti. Cadangan yang boleh di laksanakan bersama sama ini ialah beliau mencadangkan majlis kita nanti akan adakan hadiah cabutan bertuah (lucky draw). Hadiah nya ialah masing2 antara kita membawa apa apa hadiah atau hamper yang bernilai antara RM20 atau RM30 kalau lagi mahal lagi bagus. Hadiah2 atau hamper2 ini akan dikumpulkan dan akan disampaikan kepada hadirin yang bernasib baik. Oleh kerana semua antara kita yang hadir akan membawa hadiah, maka secara otomatiknya semua kawan2 kita akan bernasib baik dan mendapat hadiah. Sesiapa yang mendapat hadiah sendiri, maka cabutan semula akan dilakukan. Diharap kawan2 semua harap maklum. (Ji, lu musti datang majlis reunion nanti, kalau nama lu naik lagi untuk gi mekah lagi, lu kasi tunda tahun depan…………….)

Sekali lagi dimaklumkan tarikh akhir pembayaran kemajlis reunion kita ialah pada 30 Oktober 2008. Oleh itu sesiapa yang ingin membayarnya boleh lah dibuat sekarang.

Satu lagi pengumuman ialah saya mendapat amanah dari seorang junior kita di IKM dulu untuk menjemput tuan2 dan puan2 ke majlis kenduri khawin anak Ustadz Nahrawi pada 27 Jun 2008 (8.30 malam) atau 28 Jun 2008 (waktu makan siang) di rumah beliau di Darul Saadah, Batu 6 Jalan Kebun, Kelang, Selangor. Sesiapa yang kelapangan boleh lah kita kesana dan boleh jumpa disana sambil sembang2 pasal majlis reunion kita nanti.

Berikut ini ialah antara nama2 kawan kita yang masih di cari dan di buru.

Lukisan Jentera –Merah

Sabariah
Azman Abu Bakar
Nordin Wahab
Uzir
Zakaria (Pak Ya)

Lukisan Jentera Biru

Razali
Farizan
Adila
Nik Muhammad Kamil
Abdul Hadi

Lukisan Senibina-A

Abu Bakar
Sukarno Alam Shah
Jamaluddin bin Rani
Othman Muhammad

Lukisan Senibina-B

Roslin
Nawirah
Jamilah
Abdul Ghani

Lukisan Rangkabina

Fuzilah

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com



Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com


Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 17/06/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Perkembangan Terbaru

Tidak ada pertambahan terbaru terhadap nama nama kawan2 kita. Oleh itu jumlah kesemuanya kekal pada angka 71. Pencarian dan pengumpulan maklumat masih sedang dijalankan.

Seorang lagi kawan kita yang boleh dihubungi melalui email ialah Sulaiman dari kelas LJB. Sulaiman boleh dihubungi dengan email man.sulaiman61@yahoo.com. Di harap sahabat2 semua dapat mengemaskini email address masing2.

Senarai email kawan2 kita adalah seperti berkut

IKM Adnan LSB - mymabar@yahoo.com
IKM Amir Hassan LRB - Amir@m3nergy.com
IKM Azahar LRB - wakazhar05@yahoo.com
IKM Azahari LJM - azahari.abdullah@yahoo.com
IKM Azahari LRB - azaharimustaffa@yahoo.com
IKM Badru LJM - Badru.Abdullah@ap.sony.com
IKM Basiron LJB - basironsulaiman@yahoo.com
IKM Dzahir LSB - dzahir2018@yahoo.com
IKM Fadir LSB - fadirshah@yahoo.com.my
IKM Hamzani LRB - masid66@yahoo.com
IKM Hanafiah LSB - haracad@yahoo.com
IKM Ishak LSB - nurislah@gmail.com
IKM Jamal LJM - Jamal@krr.com.my
IKM Kamariah LRB - cucujimi@yahoo.com
IKM Melor LSB - rohana@ehutara.com
IKM Meor LSB - meorzulkifli@plus.com.my
IKM Mohd Noor - geliga75@yahoo.com
IKM Osman Ali LRB - azlizanoordin@gmail.com
IKM Rahimi LRB - rahimi_zain@yahoo.com
IKM Ramlah LRB - indah_hairani@yahoo.com
IKM Rizuan Penang LJM - Rizuan@kgcompo.com.my
IKM Rodzi LJB - rodzi@ipmaindustry.com
IKM Ruby LSB - robiah@kptec.com.my
IKM Shahidan LRB - shahidan@pecd.com.my
IKM Sujah LJB - sujah65@yahoo.com
IKM Sulaiman LJB - man.sulaiman61@yahoo.com
IKM Syed Nazarudin LJM - fa.creatif@gmail.com
IKM Wan Ruzman LRB - wanruzman@yahoo.com
IKM Zailani LSB - zailani@mas.com.my
IKM Zawah LJM - salleza@yahoo.com.my
IKM Zolkeplee LJB - zolkeplee@pernec.com.my
IKM Zuki LJM - Mzuki07@yahoo.com

Hal2 berkaitan pembayaran merujuk kepada email terdahulu atau laman blog kita http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com



Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.

Monday, June 9, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 10/06/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Perkembangan Terbaru

Perkembangan selanjutnya mengenai pengumpulan nama2 kawan2 kita ialah setakat ini jumlahnya meningkat ke angka 71 orang. Yang paling terbaru ialah pertemuan seorang sahabat dari kelas LRB iaitu saudara Shamsuddin. Saudara Shamsuddin tidak menamatkan pengajian di IKM selama 2 tahun, sebalik nya beliau memilih ke profesion perguruan dengan memasuki maktab perguruan semasa masih belajar di IKM. Mereka2 dari kelas LRB mungkin lebih arif tentang beliau. Beliau sekarang ini sedang mengajar di salah sebuah sekolah di utara tanah air. Walaupun beliau atau sesiapa saja yang pernah belajar di IKM PJ walaupun tidak menamatkan pengajian nya disana, mereka ini tetap dikira sebagai sahabat kita dan tetap di jemput ke majlis reunion kita nanti.

Seorang lagi kawan kita yang boleh dihubungi melalui email ialah puan Zawah. Puan Zawah boleh dihubungi dengan email salleza@yahoo.com.my. Di harap sahabat2 semua dapat mengemaskini email address masing2.

Bayaran ke Majlis Reunion.

Seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini mengenai jumlah dan cara2 pembayaran ke majlis tersebut, dihuraikan seperti berikut.

Formula Bayaran Penyertaan

Bayaran untuk seorang ahli ialah RM35.00. Jika membawa pasangan sama ada suami atau isteri samada bekas pelatih IKM atau bukan, di tambah RM15.00. Jika membawa anak yang berumur 13 tahun keatas, tambah RM10.00 setiap seorang. Jika membawa anak berumur 7 tahun hingga 12 tahun tambah RM 5.00 setiap seorang. Anak yang berumur 6 tahun kebawah adalah percuma. Anda boleh membawa beberapa orang suami atau isteri2 dan anak2 yang anda suka tetapi formula bayarannya adalah sama seperti diatas.

(Adalah dimaklumkan ada antara kawan2 kita yang pasang lebih dari satu……..dan ada juga yang lebih dari dua…………..)

Cara2 Pembayaran

Cara pembayaran yang sesuai ialah dengan memasuki wang kedalam akaun bank. Sila masukkan wang tersebut berdasarkan jumlah wang yang telah dikira mengikut formula di atas ke akaun saya iaitu Maybank – 114227002587 – AZAHARI BIN ABDULLAH. Selepas itu beritahu saya samada melalui phone, sms, email atau sebagainya jumlah yang dimasukkan dengan menyertakan nama, kelas dan jumlah ahli keluarga yang akan hadir. Tarikh tutup ialah seelok2 nya sebelum masuk bulan November 2008. Ini adalah apabila masuk saja bulan November, saya akan menguruskan tempahan makanan dan sebagainya. Slip memasukkan wang kedalam akaun hendaklah disimpan dan boleh dibawa pada hari majlis itu berlangsung.

Pemulangan Kembali Wang

Wang tuan2 dan puan2 akan dikembalikan jika menukar fikiran untuk menarik diri sebelum sebarang tempahan telah dibuat. Tetapi jika selepas tempahan telah dibuat pertimbangan memulangkan kembali akan di buat atas alasan yang kukuh. Sekiranya berlaku kegagalan atau penundaan dari pihak saya dalam menguruskan keberlangsungnya majlis ini, saya akan kembalikan sepenuhnya wang tuan2 dan puan2 bila2 masa sahaja.

Penajaan atau Sponsorship

Saya juga mengalu alukan jika antara kawan2 kita mahu membuat sedikit sumbangan peribadi keatas menjayakan majlis reunion kita nanti itu. Atau mereka juga boleh berusaha mendapatkan sponsor dari pihak2 lain. Saya sendiri juga akan mencari dari sumber lain dan berusaha keras memorex setiap malam supaya dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan untuk majlis itu nanti.

Sesiapa yang mempunyai cadangan atau kemusykilan diatas perkara diatas, diharap dapat menghubungi saya secepat mungkin

Bagi sahabat sahabat yang masih tidak boleh dihubungi dengan email, saya akan menghubungi mereka melalui SMS, telefon atau surat menyurat untuk pemberitahuan ini.


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 26/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Selepas berpusing beberapa kali dan bertanya tunjuk arah di sekitar bandar Seremban, akhirnya kita dapat mengesan seorang lagi kawan yang menjadikan jumlah nama yang terkumpul mencecah keangka 70. Walaupun saya tidak dapat bersua muka dengannya tapi nombor hp nya telah berjaya dimiliki. Beliau ialah (Puan) Noreha binti Karim (LJM). Sekarang menetap di Kuala Pilah, N9.

Mengenai gambar2 yang disertakan pada email yang lepas, disini saya sertakan jawapan2 nya sekali

Encik Ibrahim, bekas tenaga pengajar LJ. Kini sudah bersara

Puan Saliah, Tenaga Pegajar LSB, kini masih mengajar di IKM Lumut

Encik Khalid, bekas tenaga pengajar LSB, sekarang business sendiri


Bersama ini saya serta kan senarai nama2 yang telah berjaya dikumpul setakat ini



BEKAS PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA
PETALING JAYA

JURUSAN LUKISAN JENTERA, SENIBINA DAN RANGKABINA
SESSI 1985 – 1986


SENARAI NAMA KAWAN2 YANG BOLEH DIHUBUNGI SEHINGGA 26.05.2008


Lukisan Jentera (Merah)

Azahari bin Abdullah
Badru bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Hasnan bin Muhammad
Rizuan bin Abd Razak
Nasir bin Yahya
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Zukila bin Ismail
Lailatussaadiah
Rozali
Jamal bin Hj. Jamlus
Roslina binti Othman
Zawah binti Deraman
Noreha binti Karim

Lukisan Jentera (Biru)

Osman
Basiron
Malek
Ridzuan
Zuhairi
Sujah
Sulaiman
Rodzi
Azlan
Roshidah binti Mustafa
Zolkeplee
Rohana
Seti Fatimah
Norhashima

Lukisan Senibina -A

Mohd Noor
Mohd Zailani Abdul Latif
Ahmad Fadil
Fauzi bin Ibrahim
Shahran
Dzahir bin Karim
Adnan
Narema
Rubiah
Melor binti Sabu
Omar bin Hamzah
Hanafiah
Suraya
Abdul Karim bin Saad

Lukisan Senibina-B

Bob
Ishak
Aziz
Rosnah
Abd Razak
Khairuddin Mat Zin
Asmah
Mohamad Latar bin Wahiddin @ Sam
Norazmah binti Salleh
Abd. Rahman Shukri bin Kasim
Muhamed Indera bin Maarof
Meor Zulkiflee bin Meor Muhammad

Lukisan Rangkabina

Mohd Hadzir@Det
Azahari bin Mustafa
Amir bin Hassan
Othman Bin Ghani
Wan Mohd Ruzman
Jamaluddin
Hamzani
Ramlah
Noraini bin Sudarji
Shahidan
Isnin bin Busro
Kamariah
Osman bin Ali
Azahar bin Seni
Rahimi
Mohd Nasiruddin bin Zakaria

Tenaga Pengajar

Encik Hamid (LJ)
Encik Ibrahim (LJ)
Encik Rozi (LJ)
Encik Kamil (LRB)
Encik Kadir (LJ)
Encik Khalid (LSB)
Ustadz Narahwi
Puan Rohaya (LJ)
Encik Halim (LSB)
Puan Saliah (LSB)


Boleh dihubungi melalui Email

Azahari bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Rizuan bin Abd Razak
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Mohd Noor
Mohd Zailani Abdul Latif
Ahmad Fadil
Dzahir bin Karim
Adnan
Amir bin Hassan
Hamzani
Ramlah
Shahidan
Rodzi
Ishak
Badru
Zolkeplee
Azahari bin Mustaffa
Basiron
Ruby
Sujah
Kamariah
Osman Ali
Seti Fatimah
Azhar bin Seni
Wan Mohd Ruzman
Melor binti Sabu
Meor Zulkiflee bin Meor Muhammad
Jamal bin Jamlus
Hanafiah
Rahimi bin Zain


Jumlah semua yang boleh dihubungi sehingga 26.05.2008 – 70 orang
Jumlah semua bekas pelatih ikm pj (anggaran 100 orang)
Yang masih dicari 30 orang
Tarikh Mula mencari 29.09.2007
Jumlah yang boleh yang boleh dihubungi dengan email – 31 orang


SENARAI NAMA2 YANG BAKAL DIKETAHUI DALAM MASA TERDEKAT

Abu Bakar
Fuzilah binti Surathman


SENARAI NAMA KAWAN2 YANG MASIH BELUM DAPAT DIHUBUNGI

Lukisan Jentera Merah

Sabariah
Azman Abu Bakar
Nordin Wahab
Uzir
Zakaria (Pak Ya)

Lukisan Jentera Biru

Razali
Farizan
Adila
Nik Muhammad Kamil
Abdul Hadi

Lukisan Senibina-A

Abu Bakar
Sukarno Alam Shah
Jamaluddin bin Rani
Othman Muhammad

Lukisan Senibina-B

Roslin
Nawirah
Jamilah
Abdul Ghani

Lukisan Rangkabina

Fuzilah
Shamsuddin

(No konteks mereka tidak dapat disiarkan tetapi akan diberikan jika di minta)



Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com



Thursday, May 22, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 23/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Atas usaha gigih seorang sahabat yang membekalkan alamat dan seorang sahabat lagi yang bersungguh2 mengesan jejak berdasarkan alamat yang dibekalkan, akhirnya kita telah dapat mengesan seorang lagi kawan ikm kita iatu (Puan) Zawah binti Deraman dari kelas LJM. Dengan itu index nama kawan2 kita telah mencecah ke bilangan ke 69 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diatas usaha kawan2 kita ini dan diharap yang lain2 dapat memberi kerja sama sepenuhnya untuk mengesan saki baki sahabat kita yang lain yang bilangannya lebih kurang 30 orang lagi.

Bersama ini saya sertakan 3 keping gambar terbaru untuk menyegarkan ingatan kawan2 semua kepada suatu masa dulu, iaitu kira2 lebih 20 tahun yang lampau. Cuba teka siapa dalam gambar2 ini.








Mereka ini adalah antara tetamu2 jemputan yang akan hadir dalam majlis reunion kita nanti, insyallah


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 20/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tidak apa apa perubahan tentang bilangan nama kawan2 kita yang sudah dapat dikumpul. Jumlah keseluruhan nama yang terkumpul sehingga kehari ini ialah 68 orang. Kita harap beberapa nama lagi akan dapat dikumpul dalam tempoh kurang 6 bulan akan datang ini. Diharap sama2 lah kita melipat gandakan proses pencarian kita seterusnya. Tarikh dan tempat majlis reunion kita masih kekal seperti mana yang dirancang. Bayaran dan cara2nya akan saya jelaskan dalam email bulan june nanti.

Mengenai email saya sebelum ini mengenai beberapa projek tajaan Mara, seperti mana yang dijanjikan bersama ini saya sertakan beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk difikirkan

Untuk pengetahuan sahabat2 semua, sekarang bahagian usahawan Mara telah memperkembangkan lagi bantuan kewangannya kepada projek2 agrikultur selain dari projek2 sedia ada, Antara yang terbaru ialah projek menternak ikan keli, kambing, lembu, ikan laut, dan lintah. Kebanyakkan projek ini melibatkan program mentor-menti.

Antara yang terbaru dan menarik ialah projek menternak lintah. Projek ini dibiayai oleh Mara dari segi kewangan manakala Mentor pula akan membekalkan peralatan, benih, nasihat dan membeli semula lintah2 tersebut. Pulangan modal sungguh menguntungkan dan hasilnya boleh dikecapi dalam masa yang singkat dan boleh diusahakan secara sambilan. Kepada kawan2 yang berminat mahu menceburi dalam bidang ini atau sekadar mahu tahu lebih lanjut, boleh lah merujuk kepada pejabat2 Mara yang berdekatan.

Bagi projek lain yang bukan bercorak agrikultur, kawan2 boleh juga merujuk kepada pejabat Mara.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com



Friday, May 16, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 09/05/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Saya minta maaf kerana agak lambat membuat update mengenai kawan2 kita semua kerana berada diluar kawasan liputan sejak dari minggu lepas.

Perkembangan selanjutnya ialah setakat hari ini saya belum ada menerima apa apa nama baru yang boleh ditambah didalam senarai kita. Oleh itu angka 68 kekal sebagai jumlah semua nama kawan2 yang sudah dapat dikumpul. Lebih 10 pucuk surat dihantar kepada 10 nama/alamat kawan kita tapi masih tidak mendapat balasan.

Diperkembangan yang lain pula, saya telah menghubungi beberapa orang pegawai mara khususnya di bahagian pembangunan usahawan untuk dijemput bersama dalam majlis reunion kita nanti. Ini ada lah untuk memperjelaskan kepada kita tentang peluang2 yang diboleh direbut oleh kita sebagai bekas pelatih IKM. Saya juga mendapat makluman dari mereka mengenai peluang2 semasa yang telah sedia ada yang perlu disegerakan. Dalam email yang seterusnya saya akan jelaskan tentang peluang2 tersebut juga mengenai pembiayaan Mara dalam projek2 tertentu.


Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Thursday, April 24, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 17/04/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Perkembangan terbaru sehingga kehari ini ialah kita telah dapat mengumpul satu lagi nama kawan kita ia itu Roslina binti Othman dari kelas LJM. Ini bermakna kita telah berjaya mengumpul 68 orang nama setakat ini. Pertambahan demi pertambahan nama2 ini menunjukkan ada antara kawan2 kita yang sentiasa bekerja keras dalam usaha mengesan kawan2 bekas pelatih IKM ini secara berterusan. Saya di fahamkan ada beberapa nama lagi akan di kumpulkan pada minggu2 hadapan. Untuk pengetahuan semua, secara kebetulan, taman perumahan tempat Roslina sekeluarga tinggal bersebelahan dengan taman perumahan tempat saya tinggal.

Diperkembangan yang lain pula, beberapa orang kawan2 kita mula bertanya mengenai bila kah saya akan mula mengutip wang untuk menjayakan program reunion ini?. Untuk pengetahuan semua masa yang agak sesuai untuk saya mengutip wang tersebut ialah sekitar bulan Jun dan Julai nanti. Ini adalah kerana saya tidak mahu menyimpan duit2 kawan2 semua lama2 sangat takut tersalah guna. Cara pembayaran dan syarat2 lain nya akan saya emailkan bila tiba masa yang sesuai nanti.

Saya juga mendapat cadangan dari salah seorang kawan kita untuk mencipta stiker kereta yang berkonsepkan Alumni IKM PJ. Stiker itu akan/sedang direka cipta oleh pencadangnya dan akan diedarkan selewat2nya pada hari reunion nanti.

Banner majlis reunion itu nanti pula telah dipersetujui untuk direka/sponsor oleh salah seorang kawan kita yang kebetulan menjalankan perniagaan yang berkaitan.

Manakala ada kawan2 kita dari selatan tanah air mengajak antara kawan2 yang mempunyai kelapangan datang kesana untuk beramas mesra sambil makan2. Rancangan ini akan diteliti dengan lebih lanjut. Mereka mungkin akan berkumpul disana dan kita akan pergi kesana pada hari minggu (balik hari) secara berkongsi kereta, minyak dan tol.

Sejak program cari mencari kawan2 ini berjalan, ada juga antara kawan2 kita yang pandai/suka memasak mengajak saya sekeluarga kerumah mereka untuk menjamu selera. Terima kasih banyak2 kepada yang berkenaan. (Ada yang dah pergi, ada yang belum).

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com


Wednesday, April 9, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 10/04/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Dari tempoh email saya yang terbaru minggu lepas, kita tidak menerima apa apa penambahan baru dalam indeks nama kawan2. Walau bagai mana pun kita akan dapat menambah beberapa nama baru dalam minggu2 akan datang. Ini memandangkan ada antara kawan2 kita yang sedia ada ini dan juga diri saya sendiri sedang gigih mengesan beberapa nama lagi. Oleh itu untuk minggu ini jumlah indeks nama kawan2 yang sudah boleh dihubungi kekal kepada angka 67 orang.

Seperti yang dijanjikan, di samping menunggu penambahan nama2 baru juga sambil menunggu majlis sebenar reunion kita itu, mari lah kita sama2 menatap beberapa keping foto lama sebagai menyemarakan lagi kenangan antara kita yang pernah kita lalui dalam jarak masa lebih 20 tahun yang lampau. Foto2 ini antaranya adalah dipinjamkan dari kawan2 dari kursus lain selain lukisan jentera supaya semuanya dapat dinikmati dengan adil.

Sekeping gambar boleh bercerita 1000 makna. Hanya mereka yang ada di dalam gambar ini sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku semasa gambar ini diambil.



Gambar campuran LSB, LJ dan Senior.

Gambar campuran LSB-A, LSB-B dan LRB semasa kursus menguruskan jenazah. Majoriti dah di temui kecuali bro yang dudok antara Indera dan Karim tu masih belum ditemui dan Sukarno…….


No comment
LSB sahaja…….Jamal dan sukarno masih dicari……….
Hero2 dan heroin2 LSB ……….Bro Sukarno (yang tak tido belakang sekali) masih belum dapat dihubungi……

LSB sahaja……..

Masih banyak gambar2 yang terkumpul untuk disiarkan tetapi byte yang terhad menyebabkan saya menghadkan penyiaran gambar2 tersebut untuk kali ini dan akan disambung di email yang berikutnya.

Sekali lagi seperti yang di jelaskan, tujuan menyiarkan gambar2 ini adalah semata2 untuk menyemarakan kenangan antara kita dan tiada apa2 maksud lainnya. Saya meminta maaf sekiranya dengan penyiaran gambar2 ini boleh menimbulkan masalah lain dikemudian hari. Diharap sesiapa ada didalam gambar2 ini bersetuju gambar2 nya disebar luaskan, kerana bila saya masukkan dalam laman blog nanti, semua gambar2 ini boleh di tonton seluruh dunia.

Bersama ini juga saya mengalu alukan sebarang feedback, saranan, cadangan, comment dan sebagainya. Kawan2 boleh email terus kepada saya atau reply kepada grup. Kawan2 juga boleh beri comment dalam laman blog.

Akhir sekali, jangan lupa tarikh Reunion kita pada13hb Disember 2008 nanti , seminggu sebelum Persidangan Umno 2008 yang dijadualkan seminggu kemudian yang dijangka paling hangat dalam sejarah….

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Wednesday, April 2, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 02/04/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Pejam celik pejam celik sedar sedar sudah enam bulan berlalu proses mengumpul maklumat kawan2 kita berjalan. Dan, dengan itu juga kita ada lagi lebih kurang lapan bulan lebih lagi berlangsungnya majlis reunion kita.

Dalam tempoh enam bulan tersebut, dia atas kerja keras kawan2 semua, kita sudah berjaya mengumpul 67 nama kawan2 yang sudah boleh dihubungi. Yang paling terbaru sekali ialah saudara Abd Karim bin Saad dari kelas LSB-A. Beliau sekarang adalah seorang usahawan yang berjaya di negeri asalnya iaitu Kedah.

Bila dikenang kembali, rasanya agak mustahil dapat mengumpul maklumat tentang kawan2 seramai itu dalam tempoh masa enam bulan, tetapi atas usaha keras berterusan dan semangat kerjasama yang ada, tidak ada perkara yang tidak dapat dilaksanakan.

Saya difahamkan, pada masa sekarang ini pun ada antara kawan2 kita yang sedang mengesan kawan2 kita yang lain yang mereka rasa boleh dikesan. Dalam masa terdekat ini, kita mengharapkan beberapa nama lagi akan dapat dikesan dan boleh dihubungi. Saya percaya dalam tempoh lapan bulan ini, kita akan berjaya mengesan kesemua kawan2 kita tersebut yang saki bakinya kurang dari 30 orang lagi.

Mengenai feed back yang saya dapat dari kawan2 mengenai majlis reunion itu nanti sungguh memberangsangkan. Ramai yang sudah tidak sabar2 menunggu tarikh tersebut. Di email yang lain nanti kita akan siarkan nama2 kawan2 yang sudah komited untuk menghadiri majlis itu nanti.

Saya juga telah diberikan beberapa keping gambar lama semasa di IKM dulu dari kawan2 kita untuk discan dan disiarkan di laman blog kita tapi saya masih tak berkesempatan.

Sekian dahulu untuk kali dan jumpa lagi Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Sunday, March 30, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 24/03/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Perkembangan terbaru kita ialah pada minggu lepas kita telah berjaya mengesan seorang lagi kawan kita iaitu Norhashima dari kelas LJB. Beliau kini tinggal di selatan tanah air dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini bermakna indeks nama yang dapat dikumpul setakat ini telah berjumlah 66 orang semuanya. Terima kasih diatas insentif kawan2 yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses mengesan kawan kita ini.

Tempat sudah ada, tarikh sudah ada, tetamu jemputan sudah ada, kos sudah ada cuma sekarang menunggu tiba masanya saja. Diharap kawan2 yang sudah dapat dikumpulkan namanya ini tidak menghalang diri masing masing untuk hadir di KKTM (IKM) PJ pada 13 Disember nanti. Dengan tarikh yang masih terlalu awal ini, di harap masing2 antara kita dapat merancang cuti dan perjalanan dan sebagainya untuk sama2 memeriahkan majlis itu nanti.

Dengan masa yang masih terlalu awal ini juga, marilah kita sama2 mengesan saki baki kawan2 yang masih gagal dihubungi.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com

Friday, March 21, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 17/03/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Perkembangan terbaru proses pengumpulan nama2 kawan kita nampaknya sehingga kini tidak ada apa apa perbezaan sejak email yang lalu. Jumlah keseluruhan masih ditahap 65 orang.

Bersama ini saya sertakan kembali senarai nama2 kawan kita yang sudah boleh dihubungi dan yang masih belum boleh dihubungi. Diharap kawan2 semua dapat memberi kerjasama sepenuhnya mengesan kawan2 kita yang masih tidak dapat dihubungi itu.

Kawan2 yang tidak mempunyai email sudah dihubungi melalui sms berkenaan tarikh dan jumlah bayaran yang dikenakan. Mengenai bayaran yang patut dikenakan seperti mana yang terangkan dalam email yang lepas, nampak nya saya tidak menerima sebarang bantahan oleh itu saya menganggap semuanya telah bersetuju.

Selepas negara mengalami tsunami politik pada 8 mac yang lalu, mari lah kita sama sama meng”tsunami”kan IKM PJ kita pada 13 Disember 2008 ini nanti.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak anak kawan2 yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM yang lalu (jika ada). Jika ada yang kurang bernasib baik, jangan bimbang, usaha lagi dan jangan lupa apply masuk IKM macam abah dan mama (hahhahahhahahahaha)

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azahari.abdullah@yahoo.com








BEKAS PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA
PETALING JAYA

JURUSAN LUKISAN JENTERA, SENIBINA DAN RANGKABINA
SESSI 1985 – 1986


SENARAI NAMA KAWAN2 YANG BOLEH DIHUBUNGI SEHINGGA 17.03.2008


Lukisan Jentera (Merah)

Azahari bin Abdullah
Badru bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Hasnan bin Muhammad
Rizuan bin Abd Razak
Nasir bin Yahya
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Zukila
Lailatussaadiah
Rozali
Jamal bin Hj. Jamlus

Lukisan Jentera (Biru)

Osman
Basiron
Malek
Ridzuan
Zuhairi
Sujah
Sulaiman
Rodzi
Azlan
Roshidah binti Mustafa
Zolkeplee
Rohana
Seti Fatimah

Lukisan Senibina -A

Mohd Noor
Mohd Zailani Abdul Latif
Ahmad Fadil
Fauzi bin Ibrahim
Shahran
Dzahir bin Karim
Adnan
Narema
Rubiah
Melor binti Sabu
Omar bin Hamzah
Hanafiah
Suraya

Lukisan Senibina-B

Bob
Ishak
Aziz
Rosnah
Abd Razak
Khairuddin Mat Zin
Asmah
Mohamad Latar bin Wahiddin @ Sam
Norazmah binti Salleh
Abd. Rahman Shukri bin Kasim
Muhamed Indera bin Maarof
Meor Zulkiflee bin Meor Muhammad

Lukisan Rangkabina

Mohd Hadzir@Det
Azahari bin Mustafa
Amir bin Hassan
Othman Bin Ghani
Wan Mohd Ruzman
Jamaluddin
Hamzani
Ramlah
Noraini bin Sudarji
Shahidan
Isnin bin Busro
Kamariah
Osman bin Ali
Azahar bin Seni
Rahimi
Mohd Nasiruddin bin Zakaria

Tenaga Pengajar

Encik Hamid (LJ)
Encik Ibrahim (LJ)
Encik Rozi (LJ)
Encik Kamil (LRB)
Encik Kadir (LJ)
Encik Khalid (LSB)
Ustadz Narahwi
Puan Rohaya (LJ)
Encik Halim (LSB)


Boleh dihubungi melalui Email

Azahari bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Rizuan bin Abd Razak
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Mohd Noor
Mohd Zailani Abdul Latif
Ahmad Fadil
Dzahir bin Karim
Adnan
Amir bin Hassan
Hamzani
Ramlah
Shahidan
Rodzi
Ishak
Badru
Zolkeplee
Azahari bin Mustaffa
Basiron
Ruby
Sujah
Kamariah
Osman Ali
Seti Fatimah
Azhar bin Seni
Wan Mohd Ruzman
Melor binti Sabu
Meor Zulkiflee bin Meor Muhammad
Jamal bin Jamlus
Hanafiah
Rahimi bin Zain


Jumlah semua yang boleh dihubungi sehingga 17.03.2008 – 65 orang
Jumlah semua bekas pelatih ikm pj (anggaran 100 orang)
Yang masih dicari 35 orang
Tarikh Mula mencari 29.09.2007
Jumlah yang boleh yang boleh dihubungi dengan email – 31 orang


SENARAI NAMA2 YANG BAKAL DIKETAHUI DALAM MASA TERDEKAT

Abu Bakar
Abdul Karim
Noreha bin Abdul Karim
Fuzilah binti Surathman



SENARAI NAMA KAWAN2 YANG MASIH BELUM DAPAT DIHUBUNGI

Lukisan Jentera –Merah

Roslina
Sabariah
Zawah
Azman Abu Bakar
Nordin Wahab
Noreha
Uzir
Zakaria (Pak Ya)

Lukisan Jentera Biru

Razali
Farizan
Adila
Nik Muhammad Kamil
Abdul Hadi
Norashima

Lukisan Senibina-A

Abu Bakar
Sukarno Alam Shah
Jamaluddin bin Rani
Othman Muhammad

Lukisan Senibina-B

Roslin
Nawirah
Jamilah
Abdul Ghani

Lukisan Rangkabina

Fuzilah
Shamsuddin

Sunday, March 16, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 11/03/2008

Assalamualakum kawan2 semua.

Alhamdulillah. Akhirnya PRU yang ke 12 telah pun berakhir. Tidak dinafikan bahang atau kesannya masih lagi hangat di perkatakan di segenap pelusuk negara. Tahniah di ucapkan kepada sahabat sahabat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PRU kali ini. Saya di fahamkan ramai kawan2 kita yang terlibat dalam memastikan kemenangan calun masing2 telah berjaya mencapai matlamatnya dan sedang meraikan kejayaannya.

Diharap bahang pilihanraya ini akan sedikit demi sedikit akan menjadi sejuk dan marilah pula kita sama sama menumpukan pula kepada majlis reunion kita yang akan berlangsung pada 13 Disember 2008 ini.

Sehingga pada email saya yang terakhir sebelum ini dan hingga kini, kita masih tidak dapat menambah sebarang nama baru dalam senarai kita. Angka 65 masih tidak berganjak.

Diharapkan selepas ini kita akan menambah beberapa nama lagi sebelum berlangsungnya majlis reunion kita itu nanti. Kepada kawan2 yang dapat sebarang konteks dari kawan2 lain di harap menghubungi saya untuk dikemaskinikan senarai kita.



Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com

Tuesday, February 26, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 27/02/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Sehingga ke hari ini, bilangan nama2 orang kenamaan yang berjaya dikumpul ialah seramai 65 orang. Tidak ada apa apa perubahan dari minggu lepas. Proses pencarian masih terus dijalankan. Kepada kawan2 yang berjanji untuk mengesan kawan2 lain, di harap dapat menunaikan janji2 masing2.

Bahang pilihanraya ke12 jelas terasa di segenap pelusuk negara. Saya difahamkan ramai kawan2 kita yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengamalkan konsep demokrasi di negara ini. Mereka ini aktif dalam pelbagai parti politik yang ada. Kepada mereka ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan supaya bekerja kuat dan terus bersemangat untuk mempastikan calun pilihan anda akan mencapai kemenangan. Kepada yang kurang aktif tu, jangan lupa keluar mengundi nanti.

Sempena bahang pilihanraya yang sedang hangat ini, saya ada satu cadangan dalam mencari kawan2 yang masih lagi tidak dapat dikesan. Kawan2 boleh pergi ke mana mana pusat/markas atau bilik gerakan mana mana parti yang ada dan mengikut keselesaan masing2, minta buat kan satu salinan CD nama2 pendaftaran pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mengikut negeri masing2. Bisanya dalam kes ini anda mistilah kenal rapat dengan petugas yang ada disitu. Dengan CD itu kita dapat mengesan nama kawan kita dengan memasukkan nama kawan2 kita yang kita agak2 betul namanya. Hasil pencarian itu kita akan mendapat beberapa nama dan bin/binti yang berlainan. Dari situ kita boleh agak yang mana satu nama kawan kita. Bisanya hasil pencarian itu membolehkan mendapat maklumat lain iaitu kawasan mengundi dan no kad pengenalan mereka. Jika kawan2 dapat maklumat nama penuh dan no kad pengenalan mereka, kirimkan kepada saya untuk tindakan lanjut. (Cadangan ini hanya akan berjaya jika kawan yang kita cari itu mendaftarkan nama mereka dengan SPR)

Bayaran kemajlis Reunion

Mengenai bayaran yang perlu dibayar untuk menjayakan majlis reunion kita nanti, saya telah membuat kira kira seperti berikut. Bayaran wajib untuk seorang ahli ialah RM 35.00. Tambahan untuk pasangan suami atau isteri ialah RM 15.00. Tambahan untuk anak 13 tahun keatas ialah RM 10.00 seorang. Tambahan untuk anak 7 hingga 12 tahun ialah RM 5.00 seorang. Untuk anak yang dibawah 7 tahun adalah percuma. Bayaran yang diperlukan ini ialah untuk menampung makan dan minum tengah hari dan minum petang, hadiah dan souvenir juga makan minum tetamu jemputan. Pada masa ini kawan2 semua tidak perlu membuat sebarang bayaran lagi. Saya akan umumkan kemudian bila tarikh akhir membuat bayaran dan cara2 nya. Kawan2 diminta membuat cadangan atau bantahan dengan bayaran yang dikenakan ini.

Sekian dulu untuk kali ini. Wasallam

Selamat Mengundi


Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com

Tuesday, February 19, 2008

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 18/02/2008

Assalamualaikum kawan2 semua.

Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan, perjumpaan dengan pihak KKTM Petaling Jaya telah diadakan dengan jayanya antara pihak kita (selepas ini saya akan gunakan perkataan Alumni yang lebih dimaksudkan kepada bekas pelatih sesebuah pusat pengajian) pada 13 Februari yang lepas. Hasil perjumpaan sungguh mengkagumkan kerana pihak KKTM telah bersetuju, bukan sahaja membenarkan kita menggunakan dewan mereka tetapi mereka sendiri mahu terlibat secara langsung menganjurkannya.

Dengan itu, boleh lah dimaksudkan bahawa program majlis Reunion 2008 akan datang ini akan diadakan atas dasar anjuran bersama antara KKTM, Koperasi KKTM dan Alumni. Antara perkara asas yang dipersetujui ialah mereka telah bersetuju membenarkan menggunakan dewan dan halaman, peralatan PA system. pentas dan beberapa fasiliti lain seperti surau, bilik air, ruang parking dan sebagainya. Beberapa orang pihak pengurusan KKTM dan kakitangan mereka juga sudi akan hadir sama dalam majlis itu nanti. Mereka juga akan menyediakan seorang teknisen untuk membantu dan mengawal selia jika ada sebarang masalah pada alat PA mereka. Pihak KKTM/Koperasi KKTM juga akan meguruskan penyediaan makanan dan minuman untuk majlis tersebut.

Pihak Alumni pula akan memastikan kehadiran maksima semua ahli, menjemput tetamu jemputan seperti bekas para pengajar dan sebagainya, menyediakan aturcara majlis juga melantik pengerusi atau juruacara majlis, mengurus kutipan wang daripada ahli untuk pembelanjaan makan dan minum, hadiah dan sebagainya dan seterusnya menguruskan pembayaran kepada KKTM/Koperasi KKTM,

Dari segi tarikh pula, kedua dua pihak telah bersetuju menetapkan bahawa 13.12.2008 adalah tarikh keramat yang sangat sangat dinantikan itu. Pihak KKTM tidak boleh melambatkan lagi dari tarikh tersebut kerana pada minggu berikutnya mereka sibuk dengan penyediaan menyambut pelatih baru dan pada minggu selepas itu lagi adalah merupakan hari pendaftaran pelatih baru. Pengistiharan tarikh ini telah di war war minggu lepas kepada kawan2 yang tidak mempunyai email melalui SMS. Mereka juga diminta menghantar alamat masing masing untuk tujuan menghantar borang penyertaan. SMS reply dari mereka sungguh menggalakkan diharap dan kesemua mereka akan membuat perkara yang sama. Kepada kawan2 yang boleh dihubungi dengan email pula, buat masa ini saya tidak memerlukan alamat surat menyurat anda kerana segala urusan penghantaran borang akan dilakukan melalui email.

Ada juga antara kawan2 kita yang bertanya kepada saya apakah itu KKTM?. Sukacita dimaklumkan KKTM ialah singkatan dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Ini bermakna KKTM PJ ialah yang dahulunya ialah IKM PJ yang telah dinaik tarafkan.

Mengenai bayaran yang akan dikenakan nanti, saya akan jelaskan didalam email berikutnya memandangkan email ini pun sudah terlalu panjang.

Mengenai pertambahan jumlah nama kawan2 yang terkumpul sehingga kehari ini tetap tidak berubah iaitu 65 orang. Oleh itu saya berharap kita sama2 melipat gandakan usaha untuk mencari saki baki kawan2 yang masih gagal dikesan itu.

Tuan Rahimi (LRB) pula telah memberi email address beliau untuk sama2 menjadi ahli grup email kita. Email beliau ialah rahimi_zain@yahoo.com. Kepada Rahimi, sila lawati laman web blog kita untuk menyemak berita2 yang telas lepas di http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/.

Sekian dimaklumkan, jumpa lagi di email berikutnya.

Azahari bin Abdullah
012-9161042 atau azahari.abdullah@ranhill-worley.com.my atau azba757@streamyx.com