Wednesday, December 26, 2007

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 17/12/2007

Assalamualaikum kawan2 Semua

Untuk makluman semua, tidak ada sebarang pertambahan baru konteks kawan kawan kita yang terdahulu semenjak 3 hari lepas. Ini bermakna jumlah masih kekal kepada 57 orang. Kita berharap musim cuti raya dan cuti hujung tahun ini mungkin kita dapat mencari atau terserempak dengan mana mana kawan lama kita itu dan boleh menambah lagi koleksi data kawan2 bekas IKM kita.

Statistik mengikut Jantina ada lah seperti berikut

Lelaki = 45
Wanita = 12

Jumlah = 57

Maklum balas dari pihak KKTM Petaling Jaya

Saya baru saja mendapat maklum balas yang positif dari pihak KKTM PJ petang tadi. Puan Rosnah (Admin) kat sana memberi tahu puan Pengarah telah mengambil tindakan terhadap permohonan kita dan memberi arahan kepada pihak jabatan kebajikan pelatih dan koperasi membuat keputusan terhadapan permohonan kita. Kita harap apa apa jawapan yang dapat dari pihak mereka itu nanti ada lah positif.

Penentuan tarikh sebenar majlis reunion adalah bergantung kepada kelapangan pihak KKTM dan kesanggupan mereka menyediakan tarikh yang tidak menganggu perjalanan dan perancangan pentadbiran mereka. Diharap kawan2 semua maklum dan faham perkara ini. Mengenai bayaran yang akan dikenakan untuk menjayakan majlis reunion kita pula, juga bergantung kepada berapakah sewa dewan atau fasiliti lain nya yang akan dikenakan kepada kita. Dari jumlah bayaran sewa itu nanti dapatlah kita buat satu kira kira berapakah sumbangan yang perlu dibayar oleh setiap bekas pelatih yang akan hadir nanti, yang akan dicampur sedikit dengan sumbangan untuk menyediakan makan/minum, hiasan dewan, hadiah dan sebagainya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kawan2 dan keluarga. Ingat, kita ada sesuatu yang perlu dikurbankan. Pengorbanan kita tahun hadapan ialah UNTUK BERSAMA2 HADIR PADA MAJLIS REUNION 2008 itu nanti.


Sekian untuk kali ini. Wasallam


Azahari bin Abdulah
012-9161042
Azba757@streamyx.com

Monday, December 17, 2007

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 14/12/2007

Assalamualaikum kawan2 Semua

Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini kita telah mempunyai 57 orang senarai nama kawan2 yang boleh dihubungi. Tidak dapat nafikan kejayaan ini ada lah atas usaha gigih kawan2 semua.

Yang terbaru ialah

Abdul Rahman Shukri bin Kasim (LSB-B)

Shukri sekarang bertugas di salah sebuah firma arkitek di lembah kelang.


Statistik mengikut kelas adalah sepert berikut

10 LJM
12 LJB
10 LSB-A
10 LSB-B
15 LRB

Jumlah pelatih dalam satu kelas ialah antara 18 hingga 20 orang.

Beberapa orang lagi mungkin akan dapat dihubungi dalam masa terdekat.

Diharap kawan kawan semua dapat sama sama memberi kerjasama dan membantu mengesan saki baki kawan kawan yang masih “tersembunyi dialam nyata”

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak anak kawan2 yang dapat keputusan cemerlang dalam PMR dan masih tidak terlambat juga mengucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang lepas. Kepada yang kurang cemerlang, jangan kecewa, berusaha lagi di lain kali.

Kepada kawan2 yang menjadi mangsa banjir (jika ada) saya juga ucapkan supaya banyak2 bersabar dalam menghadapi ujian Allah.

Bagi mereka yang baru, laman web kita ialah http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/ dan diharap rajin2 lah kesana. Saya akan membuat update sekurang2 nya seminggu sekali sehingga ke tarikh majlis reunion kita nanti.



Sekian untuk kali ini. Wasallam


Azahari bin Abdulah
012-9161042
Azba757@streamyx.com

Tuesday, December 11, 2007

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 7/12/2007

Assalamualaikum kawan2 Semua

Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini kita telah mempunyai 57 orang senarai nama kawan2 yang boleh dihubungi. Tidak dapat nafikan kejayaan ini ada lah atas usaha gigih kawan2 semua.

Yang terbaru ialah

Norazmah M. Salleh (LSB)

SM Rahimi (LRB)

Norazmah sekarang tinggal kat JB. Cara mendapatkan no konteks Norazmah ialah melalui surat yang dihantar kealamat kampung yang didapati dari simpanan seorang kawan kita.

Rahimi sekarang pula bekerja di Unit Udara PDRM Ipoh dan dah pakai pangkat SM

Yang sudah dapat di kesan dan bakal dapat dihubungi tidak lama lagi ialah Mohd. Indera (LSB).

Respons awal dari pihak KKTM PJ ialah mereka sudah kehilangan buku besar yang menyimpan rekod bekas pelatih IKM PJ sessi 85/86 dan tidak dapat membantu. Hal ini telah diberitahu oleh Puan Shuhada, Guru Hal Ehwal Pelajar sekarang. Walaupun begitu kita masih menunggu respons samada dari Puan Pengarah sendiri atau timbalannya. Puan Pengarah sedang menghadiri kursus manakala timbalannya masih bercuti.

Jika kita tidak dapat menyemak buku rekod tersebut, ini bermakna kita akan bergantung kepada pencarian biasa yang seperti mana kita lakukan sekarang untuk mengesan saki baki kawan2 kita itu. Oleh itu kita harap kawan2 akan dapat sama sama membantu kawan2 kita itu.

Akan datang saya akan sertakan senarai penuh kawan2 yang sudah dihubungi.


Sekian untuk kali ini. Wasallam


Azahari bin Abdulah
012-9161042
Azba757@streamyx.com

Friday, December 7, 2007

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 – 3/12/2007

Assalamualaikum kawan2 Semua

Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini kita telah mempunyai 55 orang senarai nama kawan2 yang boleh dihubungi. Tidak dapat nafikan kejayaan ini ada lah atas usaha gigih kawan2 semua.

Yang terbaru ialah

Puan Melor binti Sabu (LSB).

Beliau sekarang bekerja di Bukit Kayu Hitam. Kedah. Sesiapa yang nak pergi shopping kat sana boleh lah menghubungi beliau. No HP ada dengan saya. Cara mendapatkan no konteks Melor ialah melalui surat yang dihantar kealamat kampung yang didapati dari simpanan seorang kawan kita.

Seorang lagi kawan yang boleh dihubungi dengan email ialah saudara Wan Muhd Ruzman (LRB) yang tinggal di Bachok, Kelantan. Sesiapa yang nak pergi ke Kelantan bolehlah menghubungi beliau. No HP ialah 0199828191. Beliau tidak kisah jika kawan2 semua mengetahui atau menyimpan no hp beliau

Email Puan Melor - rohana@ehutara.com

Email Wan Muhd Ruzman – wanruzman@yahoo.com

Ini bermakna kita sudah mempunyai 24 orang kawan2 yang boleh dihubungi melalui email. Diharap kawan2 semua mengemaskini email contact masing2.

Disini saya juga meminta kawan2 yang mempunyai gambar2 lama atau gambar2 baru atau gambar2 semasa berada diluar negara atau apa apa gambar yang istimewa, boleh lah email kan kepada saya untuk saya masukan dalam website. Jangan lupa sertakan cerita nya sekali.

Bagi mereka yang baru, laman web kita ialah http://reunion-ikmpj85-86.blogspot.com/ dan diharap rajin2 lah kesana. Saya akan membuat update sekurang2 nya seminggu sekali sehingga ke tarikh majlis reunion kita nanti.

Sekian untuk kali ini. Wasallam


Azahari bin Abdulah

012-9161042

Azba757@streamyx.com

Friday, November 30, 2007

Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 - 29/11/2007








Perkembangan Terbaru Reunion Ex-IKM PJ 85/86 2008 - 29/11/2007





Assalamualaikum Semua



29/11/2007 – Genap 2 bulan pencarian dan pengumpulan maklumat bekas pelatih IKM PJ sessi 85/86. Sehingga ke tarikh ini kita telah mengumpul 54 nama yang boleh dihubungi. Nampaknya nama2 ini tidak boleh berkembang lagi selepas menunggu beberapa ketika. Ini bermakna kita tidak boleh lagi mengharapkan proses pengumpulan maklumat ini melalui nama nama yang sedia ada kerana ianya sudah sampai ke tahap tepu. Walau pun bergitu kita masih menunggu beberapa nama lagi yang telah dijanjikan akan diperolehi oleh kawan2 sedia ada.



Untuk itu kita terpaksa menggunakan langkah yang kedua iaitu melalui pihak IKM sendiri. Saya sudah pun menghubungi pihak IKM PJ (Sekarang dikenali sebagai KKTM PJ) melalui telefon dengan En Husaini – Timbalan Pengarah KKTM PJ dan berbincang mengenai penyewaan dewan dan sebagainya dan beliau telah meminta saya memohon secara rasmi melalui surat dan dialamatkan kepada Pengarah KKTM sendiri. Surat telah dihantar dan menunggu balasan dari pihak KKTM PJ. Antara isi surat tersebut ialah memohon menggunakan dewan dan halaman KKTM, memohon untuk menyemak rekod bekas pelatih IKM PJ 85/86 dan juga memohon menggunakan asrama KKTM sebagai tempat penginapan bekas pelatih yang datang dari jauh semasa majlis reunion nanti (jika ada).



Selepas kita mendapat maklum balas dari pihak KKTM nanti, (harap harap yang positif) Kita akan mula membuat bajet dan tahu berapakah kos yang perlu di bayar setiap orang dari kita untuk menjayakan majlis itu nanti. Jika pihak KKTM masih ada menyimpan rekod lama dan membenarkan kita menyemaknya, maka kita akan dapat menghubungi saki baki kawan2 yang lebih kurang 46 orang lagi itu.



Kita juga mempunyai beberapa pelan alternatif sekiranya pihak KKTM PJ tidak dapat memberi kerjasama dari segi menyewakan tempat.



Disini saya sekali lagi menyeru kepada kawan2 semua untuk teruskan mencari dan mengesan saki baki kawan2 kita ataupun memberi kerjasama kepada saya untuk menghubungi mereka. Jika kawan2 pernah pergi kekampung mana2 kawan kita itu dahulu, cuba ingatkan alamat rumah mereka atau cubalah mencari rekod2 lama yang mungkin masih tersimpan. Alamat yang diperolehi itu berikan kepada saya untuk dihubungi. Kerjasama anda semua sangat sangat diharapkan.



Saya juga meminta anda memberitahu mengenai isi kandungan email ini kepada kawan2 lain disekitar anda yang tidak mempunyai kemudahan email.



Akhir sekali, saya juga telah dihubungi oleh beberapa orang kawan2 senior dan junior yang juga berminat untuk sama sama menghangatkan suasana majlis reunion kita itu nanti.



Sekian, wassalam







Azahari bin Abdullah

012-9161042

Azba757@streamyx.com

Monday, November 26, 2007

Perjumpaan Kawan2 Ex-IKM PJ - 24/11/2007

Assalamualaikum Sahabat2 Semua.

Seperti yang dirancangkan, satu perjumpaan telah diadakan pada 24hb November 2007 telah diadakan di Nurislah Restoran, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Perjumpaan kali kedua bagi kawan2 dari sekitar KL/Selangor ini telah dapat mengumpul sepuluh orang termasuk 3 orang yang datang untuk kali pertama.

Yang hadir bagi kali pertama ialah

Sujah (LJB)
Amir (LRB)
Md Lata@Sam (LSB)

Yang lain lain ialah

Azahari
Syed
Sulaiman
Fauzi
Zailani
Hasnan
Ishak (tuan punya Nurislah Restoran)

Kebanyakkan kawan2 lain tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri majlis yang lebih penting.

Perbincangan adalah lebih banyak tertumpu kepada hal ehwal politik semasa dan pengalaman bekerja masing masing sejak keluar dari IKM.

Perubahan ketara pada saudara Sujah dirasai oleh kebanyakkan kawan2 yang mengenali dirinya sebelum ini. Kalau di IKM dulu, dia seorang yang pendiam dan pemalu, tapi sekarang Sujah sudah jauh berubah. Sekarang dia seorang yang ramah dan periang. Ini diakui oleh tuan empunya badan itu sendiri. Dia memberitahu, dia mula berubah sebaik saja selepas mendirikan rumah tangga. Dia juga telah membawa buah anggur yang dipetik dari ladang anggurnya di Jenjarum, Banting.

Amir pula masih seperti dahulu dan telah sudi membelanja kawan2 goreng pisang dan kuih muih.

Ishak pula tidak dibenarkan menghidangkan makanan dan minuman secara percuma kepada kawan2. Jika dia masih lagi mahu menaja makanan percuma seperti yang lepas, kawan2 mengugut tidak mahu lagi berkumpul di restorannya. Zailani telah berbesar hati membayar makan dan minum pada petang itu.

Hampir semua kawan2 yang hadir bersetuju menangguhkan perjumpaan seterusnya ialah pada Januari tahun depan (2008).

Perjumpaan bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Kebanyakkan kawan2 masih berat hendak meninggalkan kerusi masing2 untuk pulang.

Sekian
Azahari bin Abdullah
012-9161042
Azba757@streamyx.com



Papan tanda Nurislah Restoran. Sepatut gambarnya diambil pada perjumpaan yang pertama.

Makanan dan minuman yang menjadi hidangan pada petang itu. Mee goreng, pisang goreng dan kuih muih. Yang dalam plastik putih itu ialah anggur yang dibawa oleh Sujah.

Ishak sedang mengidangkan mee goreng...........


Amir dan Sujah sedang beramah mesra........

Hari sudah semakin gelap. Kawan2 seakan2 masih tidak mahu meninggalkan kerusi masing2.


Masih ada banyak topik yang nak dibincangkan........

Wednesday, November 21, 2007

Tuesday, November 20, 2007

Perjumpaan Kawan2 Zone Utara dan Update







Satu perjumpaan telah diadakan di peringkat zone Utara. Empat orang telah menghadirkan diri dan berbincang mengenai perkembangan selanjutnya mengenai majlis reunion kita yang dicadangkan itu. Beberapa usul dan cadangan yang membina telah di bincangkan disamping bercerita kisah kisah lama di IKM. (Lihat gambar)


Seperti biasa, beberapa cerita misteri telah terbongkar yang selama ini menjadi rahsia yang tidak diketahui oleh pelatih lain.


Yang hadir dalam perjumpaan tersebut ialah


Azahari (LJM)

Othman Omar @ Man Ngap (LJB)

Rizuan (LJM)

Md Zuki (LJM)


Disamping itu kita juga menerima cadangan dan pandangan dari kawan lain samada melalui telefon atau email.


Segala cadangan dan pandangan akan dibincangkan diperingkat AJK bila mana ditubuhkan nanti. Setengah cadangan dan pandangan tersebut akan dilaksanakan seberapa segera.


Hingga hari ini kita sudah mempunyai 54 nama kawan kawan yang boleh dihubungi. Ini ada lah suatu kejayaan besar kerana dalam masa tidak sampai 2 bulan sahaja kita dapat mengumpul maklumat lebih dari 50% dari kira2 100 orang bekas pelatih. Ini adalah tidak lain tidak bukan ialah atas usaha gigih kawan2 semua.


Kita juga menerima pemberian alamat asal kawan2 yang masih gagal dihubungi. Ini akan diuruskan seberapa segera iaitu menghubungi kawan terbabit secara surat menyurat. Kepada kawan2 yang membaca tulisan ini, jika mempunyai alamat kawan kita yang lain, harap kirimkan kepada saya untuk diambil tindakan.


Disini disertakan senarai nama2 pelatih yang telah dapat dihubungi. Mana2 yang tiada namanya disini bermakna mereka itu masih belum dihubungi dan diharap kita sama2 mencari mereka2 tersebut.


SENARAI NAMA KAWAN2 YANG BOLEH DIHUBUNGI SEHINGGA 20.11.2007


LJM
Azahari bin Abdullah
Badru bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Hasnan bin Muhammad
Rizuan bin Abd Razak
Nasir bin Yahya
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Zukila
Lailatussaadiah
Rozali

LJB
Osman
Basiron
Malek
Ridzuan
Zuhairi
Sujah
Sulaiman
Rodzi
Azlan
Roshidah binti Mustafa
Zolkeplee
Rohana
Seti Fatimah

LSB A
Mohd Noor
Mohd Zailani Abdul Latif
Ahmad Fadil
Fauzi bin Ibrahim
Shahran
Dzahir bin Karim
Adnan
Narema
Rubiah

LSB B
Bob
Ishak
Aziz
Rosnah
Abd Razak
Khairuddin Mat Zin
Asmah
Mohamad Latar bin Wahiddin @ Sam

LRB
Mohd Hadzir
Azahari bin Mustafa
Amir bin Hassan
Othman Bin Ghani
Wan Mohd Ruzman
Jamaluddin
Hamzani
Ramlah
Noraini bin Sudarji
Shahidan
Isnin bin Busro
Kamariah
Osman bin Ali
Azahar bin Seni

Tenaga Pengajar
Encik Hamid (LJ)
Encik Ibrahim (LJ)
Encik Rozi (LJ)
Encik Kamil (LRB)
Encik Kadir (LJ)
Encik Khalid (LSB)
Ustadz Narahwi
Puan Rohaya (LJ)
Encik Halim


Boleh dihubungi melalui Email

Azahari bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Rizuan bin Abd Razak
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Mohd Noor
Mohd Zailani Abdul Latif
Ahmad Fadil
Dzahir bin Karim
Adnan
Amir bin Hassan
Hamzani
Ramlah
Shahidan
Rodzi
Ishak
Badru
Zolkeplee
Azahari bin Mustaffa
Basiron
Ruby
Sujah
Kamariah
Osman Ali
Seti Fatimah

Azhar bin Seni


Jumlah semua yang boleh dihubungi sehingga 20.11.2007 – 54 orang
Jumlah semua bekas pelatih ikm pj (anggaran 100 orang)
Yang masih dicari 46 orang
Tarikh Mula mencari 29.09.2007


Senarai nama2 yang bakal diketahui dalam masa terdekat

Omar (LSB)
Zawah (LJM)

Norazmah M. Salleh (LSB)

Melor binti Sabu (LSB)


Perjumpaan selanjutnya pula akan diadakan di Nurislah Restoran, Desa Pandan pada 24hb November 2007, Sabtu jam 5 petang.


Sekian untuk kali ini.


Wednesday, November 7, 2007

Perjumpaan Hari Raya dan Ramah Mesra KL/Sel 2007








Perjumpaan Hari Raya dan Bincang Mesra
Bekas Pelatih IKM P. Jaya 85-86
(KL/Sel)
4 November 2007

Assamualaikum sahabat2 semua

Kita telah berjaya mengadakan perjumpaan hari raya dan ramah mesra seperti mana yang dirancangkan pada 4hb Nov 2007 bertempat di restoran Nurislah. 13 orang bekas pelatih dari sekitar KL/Selangor telah hadir. 3 orang lagi tidak dapat hadir.

Yang hadir ialah;

Azahari Abdullah LJM
Ishak LSB2 (Tuan Rumah)
Sulaiman LJB
Adnan LSB1
Hasnan LJM
Fauzi LSB1
Badru LJM
Syed LJM
Mohd Hadzir (Det) LRB
Zailani LSB1)
Ahmad Fadir LSB1
Zolkeplee LJB
Zukila LJM

Yang tidak dapat hadir atas sebab2 yang tak dapat dielakan

Shahidan LRB
Azahari Mustaffa LRB
Azlan LJB
Amir Hassan LRB

Yang tidak dapat hadir atas sebab2 memang sengaja tak nak hadir
0

Ajenda.

4.45 Saya sampai dulu utk berbincang apa2 yang patut dengan tuan rumah
5.00 Para jemputan mula hadir
5.10 terpaksa berpindah meja ke meja yang lebih panjang
5.20 menunggu sambil bersembang mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
5.25 Bertukar tukar business card
5.30 Air dan makanan dihidangkan. (Menu seperti dalam gambar)
5.45 Semua korum dah cukup, persidangan dimulakan.
7.00 Berhenti solat maghrib di masjid berhampiran
7.15 Persidangan di sambung semula
8.30 Bersurai

Usul topik perbincangan dan resolusi

Semua yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan majlis reunion peringkat kebangsaan pada tahun 2008.

Reunion tahun depan akan diadakan di KL/Selangor dan semua bersetuju menjadi tuan rumah. Lebih sepesifik lagi ialah di dewan IKM P. Jaya

Pada awal tahun depan (jan 2008), salah seorang akan ke IKM PJ, untuk berjumpa dengan Pengetua untuk berbincang mengenai sewa dewan dan juga menyemak fail bekas pelatih yang lama (jika ada).

Saudara Ishak pula bersedia memberi idea idea mengenai perjalanan majlis reunion itu nanti. Beliau adalah seorang yang aktif dalam aktiviti2 NGO dan tahu selok belok perjalanan sesebuah majlis.

Saudara Zol mencadangkan kita mengadakan majlis reunion dikawasan pantai dengan menyewa resort atau chalet. Cadangan itu boleh diterima dan akan diper timbangkan untuk majlis pada tahun tahun kehadapan selepas semua ahli dan keluarga kita dapat dimesrakan.

Saudara Zol juga mencadangkan supaya kita mengumpul juga butir butir yang lebih peribadi dari kawan2 semua iaitu jumlah anak dan umur mereka. Ini adalah untuk memudahkan kita merancang jika kita hendak ada kan sesuatu “game” untuk mereka. Untuk mengumpul maklumat seperti ini kita rasakan adalah lebih baik kawan2 dari kelas masing2 dapat melaksanakannya supaya tidak menimbul sebarang syak wasangka yang negatif.

Mesyuarat sebegini akan diadakan lagi dari masa kesemasa. Bersetuju menjadikan Restoran Nurislah sepagai “port” tempat berkumpul.

Selewat2 bulan June tahun depan, semua yang terlibat akan bermesyuarat untuk menubuhkan jawatan kuasa sambutan majlis

Semua ahli yang hadir berkomitmen untuk mengumpul atau mencari mana mana nama ahli yang masih tercicir.

Semua maklumat yang dikumpul akan disimpan secara berpusat.

Beberapa orang ahli memberi idea dan maklumat bagaimana kita boleh mencari kawan lain.

Majlis yang dicadangkan nanti berkonsepkan kekeluargaan.

Sebuah website akan dilancarkan

Majlis tahun2 berikutnya akan diserahkan kepada zone lain.

Mencari bekas pelatih wanita lebih susah kerana mengikut suami masing2

Lain2 Topik Perbincangan

Mengenang kisah lampau.

Menanya khabar kawan2 yang tidak dapa hadir

Menanya khabar Pak Ya

Berapa orang anak?

Berapa orang isteri?

Bertukar tukar no telephone

Online dengan kawan2 lain

Sekarang kerja kat mana?


Dan lain lain lagi


Sponsor makanan dan minuman.

Saudara Ishak selaku tuan rumah sekaligus tuan punya Nurislah Restoran dengan ikhlas hati telah menyediakan makanan dan minuman secara percuma. Semoga Allah menambahkan dan memurahkan rezeki keatasnya. Terima kasih banyak

Ini aje yang ingat.



Sekian

Tuesday, October 30, 2007

Terbaru Sehingga 30hb Oktober 2007

Assalamuaikum Sahabat sahabat semua

Bersama ini disertakan senarai nama kawan2 kita yang sudah boleh dihubungi seperti mana yang dijanjikan. Kita sudah dapat mengumpul maklumat kawan2 semua seramai 39 orang dalam masa lebih kurang 1 bulan. Ini satu perkembangan yang menakjubkan memandangkan mengesan orang yang “lost contact” lebih dari 20 tahun bukannya mudah. Semua ini ada lah atas usaha gigih dan semangat kerjasama kawan kawan semua. Jika kita berteruskan mengekalkan semangat ini sudah pasti impian kita untuk mengadakan majlis reunion 2008 nanti akan menjadi kenyataan.

Sila lihat maklumat yang dilampirkan dalam ms words



Sekian dimaklumkan, terima kasih


Azahari bin Abdullah
012-9161042

BEKAS PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA
PETALING JAYA

JURUSAN LUKISAN JENTERA, SENIBINA DAN RANGKABINA
SESSI 1985 – 1986

SENARAI NAMA KAWAN2 YANG BOLEH DIHUBUNGI SEHINGGA 29.10.2007


LJM
Azahari bin Abdullah
Badrul
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Hasnan bin Muhammad
Rizuan bin Abd Razak
Nasir bin Yahya
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Zukila
Laila

LJB
Osman
Basiron
Malek
Ridzuan
Zuhairi
Sujah
Sulaiman
Rodzi
Azlan

LSB A
Mohd Noor
Mohamad Zailani
Ahmad Fadil
Fauzi bin Ibrahim
Shahran
Dzahir bin Karim
Adnan

LSB B
Bob
Ishak
Aziz
Rosnah


LRB
Mohd Hadzir
Azahari bin Mustafa
Amir bin Hassan
Othman Bin Ghani
Wan Mohd Ruzman
Jamaluddin
Hamzani
Ramlah
Noraini bin Sudarji
Shahidan

Tenaga Pengajar
Encik Hamid (LJ)
Encik Ibrahim (LJ)
Encik Rozi (LJ)
Encik Kamil (LRB)
Encik Kadir (LJ)
Encik Khalid (LSB)
Ustadz Narahwi


Boleh dihubungi melalui Email

Azahari bin Abdullah
Mohamad Zuki bin Abd Rahman
Rizuan bin Abd Razak
Syed Nazarudin bin Syed Aziz
Mohd Noor
Mohamad Zailani
Ahmad Fadil
Dzahir bin Karim
Adnan
Amir bin Hassan
Hamzani
Ramlah
Shahidan
Rodzi


Jumlah semua yang boleh dihubungi sehingga 29.10.2007 – 39 orang
Jumlah semua bekas pelatih ikm pj (anggaran 100 orang)
Yang masih dicari 61 orang
Tarikh Mula mencari 28.09.2007



Senarai nama yang bakal diketahui dalam tempoh masa terdekat

Omar (LSB)
Zawah (LJ)
Zulkefli (LJ)
Hanafiah (LSB)
Suraya (LSB)
Isnin (LRB)

Terbaru Sehingga 29hb Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian

Kita akan mengadakan satu majlis perjumpaan beramas mesra (ramas aje lah apa yang ada) pada hari ahad 4/11/2007 jam 5.00 petang di Restoran Nurislah.No.59, Jalan 5/76B, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Untuk perhatian semua, perjumpaan ini bukan lah majlis reunion yang kita cadangkan itu. Majlis reunion sebenar itu tetap akan di adakan pada tahun hadapan (2008).

Majlis yang hendak di adakan di desa pandan ini ada lah untuk beramas mesra dan berbincang mengenai rancangan mengadakan majlis reunion tahun depan itu. Ianya terbuka kepada semua bekas pelatih IKM PJ sessi 85/86 terutamanya dari sekitar KL/Selangor dan sekitarnya. Diharap semua dapat meluangkan masa.

Bagi kawan2 yang jauh jika kebetulan berada di KL sekitar tarikh tersebut juga dijemput untuk memeriahkan sekali majlis tersebut nanti.

Untuk perhatian semua, Restoran Nurislah adalah kepunyaan salah seorang kawan kita iaitu saudara Ishak (LSB). Ianya terletar berhampiran dengan IKM Kg. Pandan.

Lagi satu, untuk makluman, Mak Cik yang menjual kat warung tepi IKM dulu (yang bagi hutang buku 555) telah pun meninggal dunia 4/5 tahun lepas. (Dia ada mewasiatkan sesiapa yang masih berhutang dengannya hendaklah menjelaskan kat aku……….)

Sekian, Wasallam



Azahari bin Abdullah
012-9161042

Terbaru Sehingga 25 Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian.

Perkembangan terbaru ialah kita telah dapat berhubung dengan beberapa lagi kawan lama kita atas usaha gigih kawan kawan kita semua. Antara yang terbaru yang boleh dihubungi dengan email ialah saudara Shahidan dari kelas LRB dan saudara Fadir dari kelas LSB. (Sila lihat email address). Ada juga kawan2 lain yang dapat di hubungi hanya dengan phone. Semuanya sekarang sekitar 32 orang dan kita percaya ianya akan bertambah lagi dari semasa kesemasa.

Ada juga antara kawan kawan kita bertanya siapakah diantara kita yang jadi ketua atau presiden atau pengerusi atau boss atau sebagainya untuk majlis reunion itu nanti. Untuk pengetahuan kawan kawan semua, setakat ini kita tidak mempunyai sebarang ketua atau boss. Kita buat ini atas insentif masing masing dengan ikhlas hati tanpa memikirkan benda benda semacam tu. Cuma untuk setakat ini saya dengan rela hati melantik diri sendiri sebagai pengumpul maklumat secara berpusat. Ini memandangkan buat masa ini keadaan ditempat kerja saya tidak berapa sibuk. Dengan itu sahabat sahabat semua wajar lah melantik diri sendiri untuk bekerjasama mengumpul maklumat kawan kawan lain yang masih tersembunyi dialam yang serba terang ini.

Memang ada sebuah hadis yang lebih kurang berbunyi lebih kurang begini “bila kamu berdua, maka hendaklah kamu melantik antara kamu salah seorang sebagai ketua”. Ini kita akan memikirkan kemudian setelah antara kita duduk semeja berbincang kerana masanya memang akan tiba sebab bila nak buat majlis semacam ni memang kita kena ada ahli jawatan kuasa dan sebagainya. Tapi dalam proses mencari, mengesan dan mengumpul ini, biarlah kita sendiri menjadi “boss” kita sendiri masing masing……

Disini kita juga dapat mengesan bekas cikgu cikgu ikm kita. Antara yang dapat dikesan ialah Encik Hamid (LJ), Encik Kadir (LJ), Encik Rozi (LJ) Encik Kamil (LRB), Encik Ibrahim (LJ), Tok Ayah (LJ), Puan Rohayah (LJ)

Yang masih tidak dapat dikesan ialah Encik Khalid (LSB), Encik Kamal (LSB) dan Ustaz Nahrawi.

Dengan itu, diharap setiap dari kita yang telah dapat mengesan atau mengumpul mana mana maklumat tentang kawan kawan kita itu tanpa segan silu memaklumkan kepada saya untuk disimpan. Semoga selepas ini tidak terjadi lagi tragedi “Lost Contact” dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini.

Selepas ini nanti saya akan sertakan senarai nama kawan kawan yang telah dikumpul.

Maklum balas, cadangan atau apa apa buah fikiran atau idea bernas sangat lah diharapkan dari sahabat2 semua.


Sekalian…..


Azahari bin Abdullah
012-9161042

Terbaru Sehingga 23 Oktober 2007 - II

Assamualaikum Emi.

Balik dari kl semalam terus start kerja ke?. Terkilan juga sebab tak dapat jumpa emi hari itu, tapi tak pe lah kita boleh bincang dalam email ni. Salah satu yang nak disembangkan ialah nak tanya emi, ada berapa kawan kawan kita yang masih boleh berhubung atau dihubungi dengan emi. Kalau boleh emi beritahu saya nama2 mereka tu. Kalau tak nak bagi no phone pun tak pe. Yang penting masih boleh di konteks. Saya cuma nak buat statistik berapa ramaikah kawan2 kita yang masih boleh dihubungi dan berkemungkinan besar akan hadir dalam majlis itu nanti. Kalau boleh, emi juga dapat menghubungi mereka dan menyatakan hasrat kita nak mengadakan majlis reunion nanti.

Saya juga ada buat kertas cadangan berkenaan majlis itu. Saya ingat saya nak bentangkan dan bincangkan dengan emi masa emi kat kl tu. Tapi tak pe lah nanti saya email kan kertas cadangan tu untuk kita bincangkan sama2.



Azahari bin Abdullah
012-9161042

Sehingga 23hb Oktober 2007

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian

Selepas seminggu bercuti hari raya, tentu agaknya banyak cerita cerita yang boleh dikongsi bersama umpamanya berjumpa dengan kawan kawan lama IKM dulu. Kalau ada yang berjumpa dengan kawan kawan lama tu atau bertukar tukar no phone, jangan segan silu beritahu member lain juga supaya segala maklumat dapat di simpan secara berpusat.

Raya tahun ni aku pergi ke rumah Wan Ruzman (LRB), encik Hamid (LJ) dan encik Kadir (LJ). Dan tidak lupa aku menyampaikan hasrat untuk mengadakan majlis reunion pada 2008 nanti.

Sahabat sahabat sekalian. Setiap kita hendaklah membayangkan bahawa majlis yang hendak kita adakan nanti bukanlah majlis perseorangan atau ajenda individu atau anjuran individu2 tertentu. Ianya ada lah majlis kita semua. Oleh itu kita perlu lah bekerjasama samaada dalam kaedah mencari atau mengesan dan megumpul maklumat sehinggalah kepada membuat perancangan mengadakan majlis itu nanti. Setiap seorang dari kita mestilah merasa bertanggung jawab untuk menjayakan majlis itu nanti. Dalam bahasa yang mudah, boleh lah difahamkan bahawa majlis itu nanti ada lah majlis kita kita dan keluarga kita. Tujuannya juga ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kita dan juga keluarga kita.

Azahari bin Abdullah
012-9161042

Terbaru Sehingga 11 Oktober 2007

Saya sekeluarga juga mengambil kesempatan disini mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN” kepada sahabat2 semua. Kita jumpa semula lepas raya ni insyallah.

Terbaru Sehingga 10 October 2007

Assalamualakum sahabat sekalian.

Kita dah dapat seorang lagi sahabat email yang sama2 berbincang pasal majlis reunion kita nanti. Beliau ialah Tuan Haji Hamzani atau nama manjanya Am dari kelas LRB. Buat sementara ini beliau lah satu satu sahabat dari selatan tanah air yang boleh di access melalui email. Beliau juga bersetuju meluangkan masa untuk menjadi wakil kelas LRB zon selatan sekali gus wakil bagi semua kelas bagi zon selatan. Email beliau ialah masid66@yahoo.com

Sekarang senarai kawan2 email kita seperti berikut

Mohd Zuki – Kedah (LJ)
Dzahir – Kedah (LSB)
Zailani – KL (LSB)
Rizuan – Penang (LJ)
Amir Hassan – KL (LRB)
Mat Noor – Kuantan (LSB)
Azahari – KL (LJ)
Ramlah@emi – K.Trengganu (LRB)
Hamzani – Johor (LRB)
Syed Nazaruddin – Bangi (LJ)

Kita masih kurang wakil wakil dari kelas LJ yg satu lagi dan juga LSB yg satu lagi. (masa dulu kita ada 2 kelas LJ, 2 kelas LSB dan 1 kelas LRB)

Tuesday, October 9, 2007

Terbaru sehingga 9hb Oktober 2007

Assalamualakum sahabat2 sekalian.

Beberapa perkembangan terbaru tentang pengumpulan maklumat kawan kawan kita ialah buat masa ini kita sudah ada 28 orang yang boleh dihubungi, terdiri dari pelbagai jurusan dan dari segenap pelusuk Malaysia.

Jika semua member kita lebih kurang 90 orang, bermakna kita sudah mencapai lebih kurang 30%.

Dari beberapa perbualan dengan sahabat, ada juga antara sahabat kita telah pulang ke rahmatullah. Tetapi berita ini belum disahkan lagi.

Manakala ahli email kita pun sudah bertambah iaitu Ramlah LRB, Syed LJ, Dzahir LSB dan pertukaran email address Zuki. Sila update

Diharap pada member2 dari LSB dan LRB menyediakan senarai penuh bekas bekas pelatih dari kelas masing masing samada yang dapat dihubungi atau tidak. Ini ada lah untuk memudahkan mengesan mereka mereka yang mungkin kita lupai.

Saya juga mengharapkan sebarang input atau cadangan atau saranan dari sahabat sahabat sekalian dalam proses kita menjayakan majlis ini nanti.


Sekalian

Wasallam


Jawapan dari Zailani

Assalamu'alaikum.

Ini nama bekas pelajar LSB 4A yg saya ingat. Yang 2 lagi minta Md Noor & Dzahir tolong tambah.
1. Melor
2. Narema
3. Rubiah
4. Suraya
5. Hanafiah
6. Md Noor
7. Abu Karim
8. Ahmad Fadil
9. Omar
10. Rozi
11. Othman Mohamad
12. Fauzi13. Dzahir
14. Abu Bakar
15. Jamaludin Rani
16. Adnan
17. Mohamad Zailani
18. Shahran
19.
20.

SekianWassalam

Monday, October 8, 2007

Terbaru sehingga 8hb Oktober 2007


Perkembangan terbaru sehingga 8hb oktober 2007. Pada hujung minggu lepas banyak perkara baru berlaku dan banyak maklumat teman teman dapat di kumpul. Dari encik Kamil LRB, aku dapat no konteks Wan Ruzman dan Ramlah. Dari Wan Ruzman aku dapat Osman dan Hamzani. Dari Hamzani, aku dapat Malek, Wan LJB dan Bob. Ramlah berjanji nak beri nombor contact budak budak perempuan. Dalam bab ini aku serahkan kepadanya.


Pada hari sabtu aku telah pergi kerumah Syed di sungai Merab. Nasib baik dapat berjumpa. Dari Syed aku dapat no Badrul, Ishak dan Nasir. Dari Badrul pulak aku dapat Hasnan.


Pagi tadi dapat email dari Zuki dengan beberapa no konteks iaitu Basiron, Sujah, Man Baling, Shahran dan Zahir.


Aku dah dapat bersembang dengan Basiron. Manakala Sujah belum balas lagi SMS aku. Geng2 utara aku serahkan pada Zuki. Dengan Ishak pula aku janji nak pergi ke restoran dia kat Pandan Indah lepas raya nanti.

Semuanya sekarang dah ada lebih kurang 28 nama bekas pelatih IKM PJ yang boleh dihubungi. Segala maklumat tersimpan dalam master copy.
Menurut pehitungan aku ada lebih kurang 90 orang semuanya bekas pelatih dan ini bermakna kita baru dapat mengumpul 30%.
Kita harap selepas hari raya nanti kita akan dapat menambah lagi jumlah bekas pelatih yang dapat dihubungi.


Ramlah yang tak berapa cam dengan aku minta gambar aku. Inilah saja gambar yang dapat aku beri yang kebetulan aku ciluk dari laman RF.....


Wednesday, October 3, 2007

Pengistiharan AJK Sementara atau Wakil Kelas

Assalamualaikum sahabat sahabat semua

Untuk merealisasikan impian kita mengadakan majlis reunion nanti, aku mencadangkan untuk peringkat awal ini kita tubuhkan jawatan kuasa sementara untuk menguruskan mengumpul data dan maklumat sahabat sahabat lain.

Dibawah ini disenaraikan seperti berikut.

Lukisan Jentera Merah (LJM)
Zuki
Wan
Laila *

Lukisan Jentera Biru (LJB…..aku dah lupa warna sebenarnya)
Rodzi
Man Sengap

Lukisan Senibina (Kalau tak silap aku ada 2 kelas……..nanti susun balik)
Mat Noor
Zailani
Fauzi
Aziz

Lukisan Rangkabina
Amir
Det

Laila juga dengan izin suaminya bertindak sebagai orang yang bertanggung jawab dalam hal hal bekas2 pelatih wanita (makcik makcik) sebab buat masa ini hanya dia seorang saja bekas pelatih wanita yang boleh dihubungi

Ki, tolong forwardkan email ni kat Rodzi. Kalau boleh minta email address dan phone number sekali.

Semoga setiap orang dari kita dapat berkerja sama sepenuhnya. Bersama ini disertakan Excel file yang mengandungi sedikit data yang perlu dikongsi dan isi. Kalau boleh alamat rumah tu diisi dengan segera, sebab senang nak hantar kad raya…..

Segala maklumat yang di update hendak lah dihantarkan kembali kepada aku untuk centeralised kat master copy. Diharap maklumat yang ada dalam file ini tidak disalahgunakan untuk apa apa kepentingan peribadi.

Ada cadangan supaya kita kembangkan atau gabungkan majlis ini dengan junior kita, tapi aku rasa buat masa ini kita cuba kumpulkan maklumat dan melihat sambutan dari batch kita dahulu. Kalau sambutan kurang, kita akan fikirkan kemudian.

Satu perkara yang tidak kurang penting ialah untuk pengetahuan sahabat sahabat semua, sebahagian besar bekas pelatih batch kita dulu gagal mendapat perkerjaan dalam bidang yang dipelajari di IKM dahulu. Ini ada lah kerana semasa tamat latihan IKM dulu, negara dilanda kegawatan ekonomi (1987 – 1988) menyebabkan ramai terpaksa bekerja diluar bidang latihan yang diterima. Selepas ekonomi pulih, sebahagian mereka ini sudah hilang semangat dan hilang keyakinan diri dan terus kekal dengan pekerjaan asal. Ini menyebabkan mereka mengalami sindrom rendah diri dan segan untuk berjumpa dengan mereka mereka yang agak bernasib baik. Oleh itu aku berharap kita hendak lah berhati hati meng”approach’ mereka. Jangan sekali kali lukakan hati mereka.

Segala masalah yang timbul atau apa apa cadangan sila beritahu kat aku.

Sekian untuk kali ini. Harap balas balik email ini sebagai tanda kalian telah menerimanya.


Azahari bin Abdullah
012-9161042

Tuesday, October 2, 2007

Perkembangan Semasa "Jejak Kasih"


Sahabat sahabat sekalian


Bebarapa sahabat telah dapat kesan dan telah diberitahu tujuan kita. Majoritinya memberi jawapan yang positif. Melalui mereka, kita juga meminta mereka mengesan "jejak kasih" lagi sahabat sahabat yang lain. Di harap proses "jejak kasih" akan berterusan dan berjalan dengan lancar.


Tidak lama lagi kita akan mengistiharkan nama nama AJK atau wakil wakil kawasan. Kita juga akan menyertakan email mereka untuk dihubungi. Nama nama sahabat yang telah dikesan juga akan disiarkan disini.


Kita juga menggunakan perkhidmatan sahabat sahabat junior yang kita kenali untuk mengesan abang abang atau kakak senior mereka. Ini adalah kerana mereka ini masih berhubung dengan abang abang atau kakak kakak angkat mereka selepas keluar dari IKM.


Disini juga disertakan logo IKM PJ kita dulu (sekarang ni mereka dah guna logo baru....20 tahun, macam macam boleh jadi beb.....)

Sunday, September 30, 2007

Sahabat sahabat sekalian

Setelah 20 tahun berlalu, aku harap dapat lah kiranya kita adakan satu majlis reunion bagi bekas2 pelatih IKM PJ 85-86. Majlis ini meliputi bagi semua bekas pelatih dari jurusan lukisan, iaitu LSB, LRB dan LJ.

Tempat dan tarikh nya akan ditentukan kemudian

Aku harap sahabat sahabat semua dapat memberi kerja sama sepenuhnya. Kerjasama yang diperlukan ialah mengumpul maklumat dan data mengenai rakan rakan kita dahulu yang kita dapat hubungi. Dari sahabat kita itu, kita kembangkan lagi supaya mereka juga dapat mengesan atau menjejak kawan kawan yang lain.

Disamping itu kita akan menubuhkan AJK atau wakil2 negeri dalam projek mengesan kawan2 lama kita tersebut.


Sekali lagi, aku benar benar mengharap kerjasama sepenuhnya dari rakan rakan….


Sekian Wasalallam


Azahari bin Abdullah
012-9161042/03-61888746